Wednesday, September 19, 2018

Company di Malaysia elak bayar SST?

Saya faham memang takde rakyat Malaysia yang enjoy bayar cukai. Kalau ada yang excited bayar cukai tu mungkin ada masalah mental. Paling baik pun orang bayar cukai sebab terpaksa walaupun atas sebab nak tolong bayar hutang negara, bayar duit repair jalan, bayar kos perubatan hospital awam, bayar gaji penjawat awam dan lain-lain.
SST maknanya Sales and Service Tax.
Persoalannya sekarang, adakah syarikat-syarikat di Malaysia bayar SST?
Kita tolak tepi barang-barang yang DIKECUALIKAN SST. Saya nak cerita pasal company yang menyediakan perkhidmatan atau jual produk yang kena SST.

Saya ambil contoh Astro. Sejak SST dilaksanakan pada 1 September 2018, Astro terus naikkan harga setiap pakej langganan sebanyak 6% SST. Maknanya pelanggan-pelanggan Astro yang bayar SST.

Astro dapat duit FREE untuk bayar SST dari setiap pelanggan. Lainlah kalau tak naik harga, barulah Astro sendiri yang merasa bayar SST. Itu baru satu contoh.

Syarikat-syarikat lain pun sama je. Mintak duit SST dari pelanggan jugak. Kalau ada company yang tak mintak duit SST dari pelanggan, tolong bagitau saya.

Hakikatnya para pelanggan yang tolong bayarkan SST untuk company. Orang yang begaji RM10,000 sebulan pun tak cecah setengah juta setahun tapi kena bantu jugak company bayar SST. Orang yang pendapatannya RM1500 ke bawah sebulan pun tak terkecuali untuk bantu company bayar SST.

Peniaga tepi jalan pun penyumbang kepada SST. Barang-barang plastik pun ada SST ye. Jangan pandang rendah peniaga-peniaga tepi jalan.

Masa zaman GST pun memang rakyat yang tanggung. Masuk zaman SST pun sama jugak rakyat yang tolong setelkan. Kan bagus kalau orang Islam bayar zakat je.

Zakat ada pelbagai jenis. Ada zakat Fitrah, zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat wang simpanan, zakat emas/perak, zakat penternakan, zakat pertanian, Zakat Ma’adin, Kunuz dan Rikaz. Banyaknya jenis zakat.

Anyway bayar zakat jauh lebih baik dari bayar cukai. Zakat bukan je wajib dilaksanakan tapi sebagai pembersih harta jugak. Bayarlah zakat demi kebaikan dunia dan akhirat!

Sumber

4 comments:

  1. Perkongsian yg menarik..SST memg menyusahkan rakyat..kerajaan kata SST utk company besar je,ni company pla naik kan harga barang..kita sebagai pembeli pula yg tolong bayarkn cukai SST secara tak langsung..kerajaan lama atau kerajaan baru sama je,tetap membebankan rakyat..:(

    ReplyDelete
  2. Setakat ini tak nampak beza apa-apa pun selepas GST ditukar kepada SST harga barang keperluan tetap naik. Kerajaan jer yang bertukar tapi nampak gayanya mereka tetap mementingkan diri-mereka sendiri dahulu daripada kepentingan rakyatnya. #justmy2cent

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa majoriti rakyat Malaysia setuju dengan pendapat Mrs.A.

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.