Friday, April 19, 2019

Che Tam Jangan Sombong

Baru-baru ni viral orang nak mintak Che Tam buatkan baju pengantin. Respons dari Che Tam tu kasar betul. Cuba baca wasap dorang ni.

Wasap antara prospek dan Che Tam.
Teruskan baca lagi.


Dialog gambar kedua.
Orang bertanya.
Nk upah bju mcm ni leh buat x? Kain pun nak songket mcm tu.kite dah bajet dlm rm350 upah sekali kain dan lace tu..x dpt 100%, dpt 90% mcm tu pon da ok.

Che Tam
U wasap i waktu ni mcm dh x dk hari siang...nk upah baju ajet retis...request lak kainmcm tu...ltk siap harga! X dpt 100%, 90% pn xpa????? U bgi bajet rm350, u nk quality setanding bju yg nilai puluh2 ribu... U nk buat kerja atau i yg nk buat kerja...retis tu tempah bju tu puluh2 ribu...cannot brain arr ...u lak dgn kain + upah siap2 ltk harga rm350...u ingat i ni tailor apa? U ingat pengalaman  dn kemahiran berpuluh tahun ni kutip free tepi jln kaa? U ingat p beli kain than ltk ataih meja dlm opis...dok esok chinggg siap baju tu!!! Lain kali klu nk tempah bju kat mana2 tailor sekalipun...jgn sekali2


Dialog gambar ketiga.
Che Tam.
bju kat mana2 tailor sekalipun...jgn sekali2 nak memandai letak harga!! Yg nk p beli kain tailor...yg nak buat pola tailor...yg nk potong kain tailor...yg nk buat serba serbi tailor!!! Apa hak u nk ltk harga siap2? Walau sekadar bertanya rm350 dpt x!! YOU ARE UNBECOMING PERSON!! Rm350 harga kain pun x lepaih, lace lagi!!! Nk melaram acah diva..acah retis,tp bajet ciput kedekut pettt..suka2 hati u jaa...pantang tok nenek aku dok main harga upah dengan aku!!!

Aku yg nk buat keja, hg lak suka suki ltk harga...hg ingat aku sapa? Aku CHE TAM tauuuu!! HOME TAILOR SENDU CAP AYAM..home tailor bkn sebarang home tailor tauuuu!! Sendu bkn sebarang sendu tauuu!!! Cap ayam bkn sebarang cap ayam tauuuu!!

Orang bertanya.
Allahu..ampun sya mintak maaf sya silap.sya mimpi2 pakai bju tu time nikah.sya tewos pm che tam.

Dialog gambar keempat.
Che Tam.
Lani u nk habaq u ngingau kaaa time taip tu??? Haa i pn nk habaq intgh ngigau time taip td...mtk maap la naa klu terkasaq

Orang bertanya.
Kak perli saya ke?

Che Tam.
Laa qasa mcm tu kaa?

Orang bertanya.
Lebih kurang larr.
Boleh buat x kak?

Che Tam.
Insha Allah boleh rm3500..tiga ribu lima ratus ringgit Malaysia...take it or leave it!

Orang bertanya.
Di luar kemampuan.

Che Tam.
Take my advice...x mampu buat cara x mampu..nk buat kerja kawen keutamaan kos bkn pada bju persalinan jaa..bnyk lg yg kena jaga...terutama selepas


Dialog gambar kelima.
Che Tam.
Take my advice...x mampu buat cara x mampu..nk buat kerja kawen keutamaan kos bkn pada bju persalinan jaa..bnyk lg yg kena jaga...terutama selepas kenduri...berbelanjalah ikut kemampuan poket sendiri...bju kurung moden plain, boh lace, boh sikit blink2 & boh veil..pn dh ckup berseri, indah dn sweet...buat bagi ada cutting tapi longgar...aurat nk kena jaga gk...bajet kain ngan upah rm300/rm350 pun elok dh..yg afdal akad nikah tu! Think wisely not only twise... Okay got to go...tabarakallah..bye!

Orang bertanya.
Tq kak
Kurung moden ltk lace bajet mcm tu kak bleh buat ke?

Che Tam.
Insha Allah...do my best.

Orang bertanya.
Bagi no akaun.
Betulkan kwn sya ckp kak garang tapi sweet.

Apa pendapat saya dalam hal ni?
Ok mula-mula saya bagi pendapat saya pasal Che Tam. Kemudian baru saya bagi pendapat pasal orang bertanya.

Pada pendapat saya, jangan berkasar dengan orang yang bertanya. Jaga akhlak sebagai peniaga. Tak payah nak meroyan balas wasap tu.

Kalau rasa orang wasap pukul 5 pagi tu melampau, boleh reply pukul 9 pagi. Tak payah layan orang wasap pagi-pagi buta.

Jawab elok-elok rm350 tak cukup buat baju pengantin macam Fasha Sandha. Pengalaman berpuluh tahun bukannya lesen untuk berkasar dengan bakal pelanggan yang tak tahu menahu pasal bajet baju pengantin. Kalau Allah nak tarik nikmat, sekejap je hilang.

Pengalaman puluh-puluh tahun pun tak guna kalau berlagak. Mana tahu accident sampai koma atau terencat akal atau cacat seumur hidup? Kuasa Allah jangan dibuat main-main Che Tam.

Lainlah kalau orang yang bertanya tu paksa siap maki hamun suruh buat jugak. Haa itu jam barulah boleh berkasar kasi sekolah sama dia. Ingat Che Tam, jangan anggap semua orang tahu pasal bajet baju pengantin.

Ok giliran pendapat saya untuk orang bertanya pulak. Tak adillah kalau komen pasal Che Tam je kan?

Cuba fikir yang Fasha Sandha tu selebriti dan berduit lebih. Takkanlah dia nak pakai baju pengantin RM350 je. Walaupun tidur mimpi pakai baju pengantin Fasha Sandha tak bermakna boleh terus wasap Che Tam pukul 5 pagi.

Mimpi takkan jadi realiti kalau takde kemampuan. Kalau saya mimpi pakai baju Sultan Brunei sekalipun, saya takkan wasap Che Tam pukul 5 pagi suruh buat baju tu pada harga RM350. Sebab saya tahu saya tak mampu nak berpakaian macam Sultan Brunei.

Bak kata pepatah ukur baju di badan sendiri. Lepas ni jangan percayakan mimpi 100% ye? Boleh jadi itu mainan tidur je.

Saya dah bagi dua pendapat untuk dua belah pihak pasal viral Che Tam dengan orang bertanya. Masing-masing ada kelemahan. Sebelum tidur muhasabah diri, jangan anggap diri sendiri je yang betul.

Pernah tak sepanjang saya berniaga tepi jalan, orang siap-siap letak harga nak beli kuih? Jawabnya ada.

Ada sorang makcik nak beli banyak mintak harga kuih macam harga tahun 1999. 4 biji epok-epok RM1 katanya sebab nak beli banyak. Saya terus-terang jawab tak boleh.

Makcik tu cakap biasa ambil kuih banyak dari orang lain memang 4 biji RM1. Pastu dia kata nak jual balik kuih kat tempat lain 5 biji RM2. Saya dan isteri saya jawab tak boleh sebab 3 biji RM1 dah cukup murah.

Terus-terang saya sakit hati dengan makcik tu. Memang geramlah tapi saya takdelah nak sekolahkan dia macam Che Tam. Ini namanya ujian dari Allah jadi kena banyak-banyak bersabar.

Walaupun beli banyak kuih harga paling rendah 3 biji RM1. Kalau order banyak contoh RM10,000 dapat 30,000 biji epok-epok. Bukan kedekut tak nak bagi diskaun tapi penat tau nak buat banyak epok-epok.

Kalau terasa mahal sangat 3 biji seringgit, boleh cari orang lain yang sanggup jual kuih 4 biji seringgit. Beli sikit atau banyak dari saya harga maintain 3 biji RM1 buat masa ni. Saya tak nak paksa orang beli kuih dengan saya dan saya tak nak dipaksa rendahkan lagi harga kuih walaupun beli banyak.

Walaupun beli frozen pun, harga tetap 3 biji RM1. Kalau rasa tak adil, cuba beli dekat tempat lain. Biasanya harga kuih frozen lebih mahal dari yang peniaga tepi jalan jual siap goreng punya.

Terus-terang lebih mudah saya jual epok-epok yang siap goreng punya berbanding frozen. Kalau frozen, nak kena susun elok-elok supaya tak kena hempap. Kalau dah keras membeku setiap biji epok-epok tu barulah boleh masuk sekali dalam satu plastik.

Kalau sanggup beli epok-epok frozen 3 biji RM1, insha Allah saya akan pertimbangkan untuk bazar tahun ni. Kalau terasa mahal, takpelah mungkin ada orang lain jual kuih frozen yang lagi murah? Saya pasti anda tidak suka dipaksa, begitu juga saya.

Sekian.

Sumber

6 comments:

  1. Sy setuju dgn pendapat admin..sbg peniaga kita kena la jaga adab selagi customer tu xbercakap kasar..sbg customer pula kena la fikir logik..jgn minta sesuatu yg mengarut dn xmasuk akal..lg satu che tam tu jgn la ckp camtu..sombong sgt bunyinya..ckp elok2 xboleh ke..pasal kuih pula,sekarang ni kebanyakan peniaga akan jual kuih 5biji rm2..kalau ambil dalal sekalipun dorg tetap akan ambil 3biji rm1 dr peniaga lain..cukup mengarut bila nak jual 5biji rm2 tp nak beli dkat peniaga lain 4biji rm1..nak cepat naik haji agaknye makcik tu..

    ReplyDelete
  2. macam2 hal..macam2 karenah manusia ni..hehehe

    ReplyDelete

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.