Wednesday, July 1, 2020

Tunggu Peluang VS Cari Peluang VS Guna Peluang

Kalau anda semua nak tahu peluang untuk berniaga sentiasa ada. Sama ada ditunggu, dicari atau digunakan.

Peluang perlukan taktik?
Jom teruskan baca..
Tunggu Peluang
Maknanya tunggu masa yang sesuai untuk dapatkan peluang. Tunggu peluang ni tak sama dengan cari peluang. Contohnya tunggu lagi sebulan nak Ramadhan baru promote kuih raya.

Takde modal berniaga jadi terpaksa kerja makan gaji dulu buat sementara. Tunggu dah cukup duit buat modal barulah berniaga. Ini pun dinamakan tunggu peluang juga.

Ada masa terpaksa tunggu tapi sementara tunggu buatlah sesuatu.

Cari Peluang
Maknanya cari sesuatu yang boleh dijadikan peluang. Orang yang mencari peluang ni merupakan orang yang agresif sebab dia takde tunggu-tunggu punya. Contohnya tak tahu nak buat produk jenama sendiri tapi berusaha cari guru/mentor/sifu untuk belajar cara buat produk jenama sendiri.

Ada juga orang cari peluang berniaga ni selepas bertahun-tahun kerja makan gaji. Duit simpanan dah banyak dalam bank so dia cari peluang untuk belajar berniaga. Dia cari peluang untuk berhenti kerja makan gaji dan jadi pemilik perniagaan yang sah dan menguntungkan.

Kadang-kadang peluang jangan ditunggu tapi perlu dicari sampai dapat.

Guna Peluang
Maknanya guna sesuatu yang memang dah ada pada anda atau sekeliling anda. Orang yang guna peluang tanpa mencari ni memang bertuahlah. Contohnya mak bapak sokong perniagaan anda dengan meminjamkan sejumlah wang yang besar.

Kalau mak anda tukang jahit, gunakan peluang untuk belajar menjahit. Tukang jahit ni selalu dicari time nak dekat raya. Time tak raya pun ada je yang mencari.

Kalau ada kawan-kawan jadi kaya hasil buka kiosk di pasaraya atau hypermarket, gunakan peluang untuk belajar dan berniaga macam dorang. Seandainya ada kenalan yang berniaga pasar pagi, tani atau malam pun peluang untuk anda join berniaga juga.

Gunakan peluang untuk luaskan perniagaan hasil pinjam duit keluarga, kawan atau kenalan yang baik. Kalau dorang tak nak bagi pinjam tapi nak melabur dalam perniagaan anda tu dikira peluang juga. Gunakan peluang yang ada dengan sebaik-baiknya.

Mungkin ada di antara anda yang guna istilah "ambil peluang". Walaupun tak salah guna istilah "ambil peluang" tapi saya rasa lebih baik guna istilah "guna peluang". Terpulanglah asalkan anda faham apa yang saya cuba sampaikan.

Anda tunggu peluang atau cari peluang atau guna peluang atau ketiga-tiganya?
Terus-terang saya katakan peluang tu sentiasa ada. Jangan fikir negatif. Kalau terpaksa tunggu peluang, tunggulah asalkan berbaloi.

Kalau tak nak tunggu lebih baik anda cari dan gunakan peluang yang anda ada. Apa-apa hal jangan sia-siakan peluang yang anda dapat.

P/s : Cipta peluang? Bagi peluang? Berpeluang?

4 comments:

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.