Monday, December 20, 2021

Cara Sebenar Penjawat Awam Boleh Berniaga

Tak salah penjawat awam nak berniaga tapi biar kena caranya.

Cara sebenar penjawat awam boleh berniaga
Cara sebenar penjawat awam boleh berniaga.

Jangan asal terluang masa sikit kat tempat kerja terus nak berniaga.

Kalau masih bekerja makan gaji, jangan berniaga secara full time. Buat secara sampingan je.

Berniaga di luar waktu bekerja supaya kualiti pekerjaan tak terjejas.

Beberapa tahun dulu sebelum PKP, ada sorang makcik saya ni berniaga di kantin sekolah mengadu kat saya. Katanya cikgu pun sibuk berniaga. Lepas dua tahun, dia stop berniaga kantin.

Dulu takde masalah orang mengadu cikgu pun sibuk berniaga. Cikgu-cikgu dulu masa saya sekolah lebih dihormati sebab fokusnya lebih untuk mengajar. Dari segi gaji, cikgu zaman sekarang punya gaji lagi besar.

Cikgu-cikgu zaman saya sekolah dulu bukannya takde yang berniaga. Ada yang berniaga tapi kurang menonjol macam sekarang.

Saya dapat tahu ada yang berniaga pun sebab terserempak cikgu berniaga kat pasar malam. Kalau berniaga di luar waktu sekolah takdela peniaga kantin merungut cikgu pun sibuk berniaga.

Ada juga budak-budak bagitau saya Cikgu Fulan ada kedai makan. Diorang tahu pun sebab dorang pernah makan di kedai makan Cikgu Fulan.

Cikgu-cikgu zaman saya sekolah dulu takdela sibuk nak promote produk-produk kosmetik bagai. Dorang bijak jaga reputasi sebagai penjawat awam. Nak berniaga pun di luar waktu sekolah je.

Bukannya salah penjawat awam nak berniaga tapi berniagalah di luar waktu kerja.

Sebelum berhenti kerja, penjawat awam kena ikut syarat-syarat tertentu kalau masih nak berniaga.

Syarat-syarat penjawat awam nak berniaga
Melakukan kerja luar tanpa kebenaran adalah satu kesalahan.

Peraturan 5. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P U. (A) 395]

Pekerjaan luar tidak boleh dilakukan melainkan dengan kebenaran Ketua Jabatan dengan syarat :

  • Tidak dilakukan dalam waktu pejabat dan semasa dikehendaki melaksanakan tugas rasmi.
  • Tidak dibenarkan menggunakan harta benda kerajaan untuk tujuan tersebut.
  • Tidak menjejaskan kebergunaan sebagai pegawai awam.
  • Tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam.

Sebelum ni ada seorang penjawat awam dikenakan denda RM8000 sebab berniaga waktu bekerja.

Suzana Murni didenda RM8000
Suzana Murni Mansor 53 tahun didenda RM8000.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai pegawai badan awam iaitu Pembantu Tadbir Gred N22 di Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu, sebuah hospital kerajaan terikat di sisi undang undang supaya tidak mengambil bahagian dalam perniagaan.

Ia sebagaimana diperuntukkan di bawah Peraturan 4(1), Jadual Kedua, Bahagian II Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 yang mana tertuduh telah mengambil bahagian dalam perniagaan, iaitu sebagai pemilik Syarikat Fana Global Resources yang mendapat kerja membekal dan menghantar sarung kaki kepada kakitangan hospital kerajaan terbabit yang bernilai RM44,500.

Kesalahan itu dilakukan di Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu, di sebuah hospital kerajaan pada Disember 2016.

Bagi mengelak masalah seperti itu terjadi, penjawat awam kena mohon untuk berniaga dari pihak atasan. Buat secara bertulis.

Contoh surat penjawat awam mohon berniaga
Contoh surat penjawat awam mohon berniaga.

Berkenaan kertas rancangan perniagaan tu kena tanya Ketua Jabatan. Cukup tak kalau bagitahu pengenalan, tujuan dan latar belakang perniagaan je? Kena tanya Ketua Jabatan di tempat kerja masing-masing untuk tahu lebih lanjut.

Kalau rasa leceh nak buat semua tu, baik fokus je kerja makan gaji. Insha Allah lebih berkat sebab tak timbul isu makan gaji buta, sibuk berniaga time kerja dan sebagainya.

Kalau masih nak berniaga walaupun masih bekerja sebagai penjawat awam, anda boleh minta orang lain uruskan bisnes anda. 

Time kerja, jangan mention langsung pasal bisnes anda untuk elak tindakan undang-undang. Kat tempat kerja fokus kerja.

Kalau ada isteri atau suami yang tak bekerja, minta dorang uruskan perniagaan sepenuhnya. Boleh juga minta tolong adik-beradik atau kawan-kawan yang amanah untuk bantu uruskan bisnes sepanjang waktu anda bekerja.

Saya tahu memang ada cikgu-cikgi dan banyak penjawat awam yang lain berniaga secara online siap ada group di media sosial.

Dalam content ini, saya cuma bagi cadangan kepada penjawat awam untuk berniaga di luar waktu kerja. Bukannya nak kecam atau halang penjawat awam berniaga.

Dah bersara atau berhenti kerja nanti anda berniagalah habis-habisan.

Wallahua'lam.


Source

Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

Panduan permohonan kebenaran Ketua Jabatan untuk berniaga bagi penjawat awam

6 comments:

  1. Berniaga secara online di luar waktu kerja maknanya kena offline yg online tu sepanjang waktu kerja. Macammana caranya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya berniagalah lepas habis waktu kerja atau waktu cuti je.

      Delete
  2. Kalau macam ni okay. Yang tak best bila ada tender, dia pulak boleh masukkan bisnes sendiri dalam tender then menang. Sangat rasa tak adil dan ada yang tak kena

    ReplyDelete
  3. saya nak tanya, harap dpt bantu. bagaimana ya sebelum menjadi penjawat awam, kita sudah menjadi pengarah syarikat ketika zaman universiti? apa prosedur yg boleh dilakukan?

    ReplyDelete

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.