Saturday, June 25, 2022

Rumah "Bergerak"?

Rumah yang dibuat ni memang perlu digerakkan sehingga sampai ke tempat client.

Rumah bergerak?

Nak tahu rupa rumah "bergerak"?

Jom tengok video ini :


Dah tengok video tu?

Macam itulah rupanya.

Rumah "bergerak" ni dibuat oleh syarikat Mega Legacy Worldwide Sdn Bhd.

Di antara client yang berminat dengan rumah "bergerak" ini ialah golongan yang nak buat perniagaan sewa rumah, hotel atau homestay.

Rumah "bergerak" ni walaupun nampak kecik dan boleh dipindahkan tapi binaannya kukuh. Maknanya tahan tiupan angin kencang.

Kalau tsunami macam di Acheh tu.. Minta dijauhkanlah.

Kalau ada client yang tinggal di kawasan risiko banjir berminat dengan rumah "bergerak"?

Takde masalah tapi kena bina tiang bawah supaya rumah tak kena banjir.

Harga rumah "bergerak" ni berdasarkan saiz keluasan.

Harga bermula dari RM1500 bagi setiap meter per segi.

Ada caj tambahan untuk tambah bilik, tandas dan lain-lain.

Oleh itu kalau anda betul-betul berminat, kena bincang dulu dengan pihak Mega Legacy Worldwide Sdn Bhd untuk dapatkan harga sebenar rumah "bergerak" ni.


Lokasi syarikat :

Mega Legacy Worldwide Sdn Bhd,

PT 1631, Jalan Iks PS 11,

Kawasan Perindustrian Ringan,

78000 Alor Gajah, Melaka.


Selain pergi sendiri ke alamat tersebut boleh juga hubungi Amir Risha melalui Whatsapp 017-6470574 atau email Rishaasiaecohome(a)gmail.com. Gantikan (a) dengan @ untuk email.

Kalau saya ada banyak duit dan ada tanah sendiri, saya pun berminat nak beli rumah "bergerak" untuk buat homestay. 

Saya kongsi info ni sebab berkemungkinan ada pembaca-pembaca blog saya yang berkemampuan untuk beli rumah "bergerak". Tak kiralah sama ada untuk dijadikan tempat tinggal sendiri atau disewakan. Terpulang kepada anda.

Wallahua'lam.


Source

Prefab Modular House Malaysia


No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.