Sunday, June 29, 2025

Kalau Saya Betul-Betul Terdesak, Ini 3 Cara Saya Cari Duit Cepat

Pernah tak rasa sesak sangat sampai tak tahu nak buat apa?

Macam mana ni?

Duit tak cukup, kerja tak ada, banyak tunggakan bil, makanan pun cukup-cukup je.

Kalau saya sendiri berada di tempat itu dan tak ada orang nak tolong, inilah 3 cara yang saya akan pilih untuk dapatkan duit dengan cepat tanpa tipu, tanpa jadi scammer dan tanpa jatuhkan maruah.


Kalau Saya Betul-Betul Terdesak, Ini 3 Jalan Halal Yang Saya Akan Pilih

1. Tukar Barang Yang Ada Jadi Duit

Apa yang saya akan buat?

  • Pusing keliling rumah

  • Kumpul semua barang yang masih elok tapi dah tak guna

  • Terus buka 3 tempat ni :
    ✅ Telegram
    ✅ Mudah
    ✅ Carousell

Kenapa ini jalan paling cepat?
✔ Ramai orang cari barang "preloved" sebab murah
✔ Boleh COD, tak perlu pos kalau alamat pembeli dekat
✔ Jual barang secondhand yang besar seperti peti sejuk, sofa, motor, kereta, van dan lain-lain pun boleh

Tips :
Jangan fikir nak jual barang terpakai yang mahal sahaja. Jual je walaupun barang murah asalkan dapat duit.


2. Ambil Upah Buat Kerja di Kawasan Terdekat

Dah terdesak kan?

Jadi saya sanggup buat kerja-kerja seperti bersihkan rumah, potong rumput, basuh kereta, jaga anak orang, jaga orang tua, jaga kucing dan lain-lain.

Kenapa ini realistik?
✔ Tak perlukan sijil
✔ Ramai perlukan servis tersebut sebab tiada masa nak buat sendiri
✔ Boleh mula dengan segera

Tips :
Fokus buat satu kerja dulu walaupun bayaran rendah. Mudah untuk dapatkan pelanggan baru dan pelanggan setia kalau hasil kerja bagus.


3. Jual Makanan dan Minuman Ikut Bajet Sedia Ada

Kalau cukup bahan-bahan asas di dapur, saya akan :

  • Pilih 1 makanan atau minuman yang simple tapi laku keras seperti aiskrim, puding, ice blended, cendol, ABC, kek batik, tiramisu, mexican bun dan lain-lain

  • Jual dari harga RM1 ke RM5 ikut saiz

  • Jual dalam kawasan perumahan

Kenapa cara ini power?
✔ Untung harian
✔ Tak perlukan lesen besar atau kedai
✔ Boleh jual dari rumah

Tips :
Pastikan kualiti makanan atau minuman dijaga dengan sebaik-baiknya. Kalau orang ramai beli rasa berbaloi, dorang bakal jadi pelanggan setia anda.


Anda sendiri dah cuba buat apa yang saya cadangkan?

“Saya Dah Cuba Banyak Kali Tapi Tak Menjadi Pun?”

Saya faham. boleh jadi kita dah cuba macam-macam tapi masih tak menjadi.

Percayalah rezeki Allah itu luas, cuma mungkin belum sampai masanya untuk anda rasa bebas dari kesempitan hidup.

Jangan risau, lakukan ini :
➡ Jaga solat
➡ Jaga akhlak
➡ Jaga istiqomah

Alang-alang dah penat berusaha, teruskanlah sampai berjaya!

Penutup

Jangan rasa kecewa bila usaha anda tak menjadi sebab anda masih belum gagal sebenarnya.

Selagi anda tak menipu, tak curi dan tak menzalimi orang lain, anda masih belum gagal.

Selagi anda masih bernyawa, jangan sekali-kali putus asa.

“Barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan menjadikan jalan keluar baginya, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”
(Surah At-Talaq, 65:2–3)

Kalau anda rasa artikel ini boleh bantu orang lain yang memerlukan, sila sebarkan.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.