Friday, July 11, 2025

Kenapa Kebanyakan Mangsa Tak Dapat Balik Duit Dari Scammer Walaupun Kantoi?

Dah banyak kali kita dengar kisah orang hilang duit disebabkan scammer. Ada yang rugi beratus-ratus ringgit dan ada yang sampai berpuluh-puluh ribu ringgit atau lebih lagi.

Kesian mangsa tak dapat balik duit.

Lebih menyakitkan hati bila mangsa dah tahu identiti scammer, siap ada bukti nombor akaun dan nombor telefon, malah ada yang sudah lapor kepada pihak berkuasa. Namun, akhirnya satu perkara tetap berlaku iaitu duit tidak dapat dikembalikan.

Persoalannya kenapa susah sangat nak dapatkan semula duit yang sudah ditipu walaupun scammer dah kantoi?

Mari kita rungkaikan jawapan sebenar yang jarang orang beritahu. Artikel ini akan jelaskan 7 sebab utama kebanyakan mangsa sukar dapat balik wang dari scammer.

1. Scammer Cepat Keluarkan Duit

Scammer biasanya tak tunggu lama-lama. Lepas dapat je duit dari mangsa, dengan pantas dorang keluarkan duit dari ATM.

Semua ini boleh berlaku dalam masa kurang dari 10 minit. Bila mangsa sedar dan buat laporan, wang itu mungkin sudah hilang entah ke mana.

Walaupun akaun disekat selepas itu, duit dah takde atau yang tinggal cuma baki beberapa ringgit je dalam akaun scammer.


2. Scammer Tukar Duit Dalam Bentuk Digital

Ini merupakan satu daripada taktik licik scammer. Bila dah kantoi atau hampir kantoi, scammer cepat-cepat tukar duit ke dalam bentuk digital seperti e-wallet, crypto, bitcoin dan seumpamanya.

Akibatnya, mangsa tak dapat wang kembali walaupun dah buat laporan kepada pihak berkuasa.


3. Akaun Keldai

Ini lagi satu taktik licik scammer, guna akaun orang lain. Akaun ini dipanggil “akaun keldai” atau “mule account”. Boleh jadi akaun bank milik orang awam yang dijanjikan bayaran lumayan atau warga emas yang terpedaya.

Dalam kes sebegini, bila wang mangsa masuk ke akaun ‘keldai’, ia sebenarnya tidak terus masuk ke akaun scammer sebenar. Susah untuk kenal pasti siapa dalang sebenar jika transaksi melibatkan banyak perantara.

Tambahan pula, si pemilik akaun keldai tak tahu perkara sebenar hingga menyebabkan siasatan jadi lebih rumit.


4. Transaksi Bank Tidak Boleh Patah Balik

Ramai mangsa ingat jika mereka cepat-cepat buat laporan, pihak bank boleh batalkan transaksi atau reverse semula duit yang dipindahkan.

Bank hanya bantu siasat, bekukan akaun suspek atau semak log transaksi. Itu pun bergantung kepada laporan rasmi daripada mangsa.

Pihak bank tidak akan ‘undo’ duit tu kembali ke akaun mangsa.


5. Scammer Pindah Platform

Scammer hari ini bukan sahaja guna satu platform. Dorang boleh guna :

  • WhatsApp

  • Telegram

  • Media sosial (Facebook, TikTok, Instagram)

  • Panggilan telefon

Lepas buat kerja scam, dorang boleh lenyap dan muncul semula dengan nama serta nombor lain. Akaun media sosial boleh ditutup sekelip mata.

Disebabkan itu walaupun mangsa tahu siapa scammer dalam satu transaksi, dorang cepat-cepat gunakan identiti dan akaun bank baru untuk teruskan kerja-kerja scam.


6. Awal-awal lagi Scammer Guna Identiti Palsu

Walaupun mangsa berjaya simpan nombor akaun, nama atau nombor telefon scammer tapi jika semua tu palsu.. Jangankan nak dapat duit semula, nak tangkap dorang pun susah.


7. Tiada Undang-Undang Untuk Kerah Scammer Pulangkan Duit

Bila duit hilang kerana ditipu, ramai mengharapkan pihak berkuasa buat sesuatu supaya scammer pulangkan balik duit mangsa.

Masalahnya tiada peruntukan khas untuk arahkan scammer pulangkan semua duit mangsa dorang.


Apa Anda Boleh Buat Jika Dah Kena Tipu?

Terus-terang biasanya mangsa scammer takkan dapat balik duit dorang. Kalau ada mangsa boleh buat scammer pulangkan balik duit 100%, sila kongsikan cara-caranya melalui komen. 

Kalau anda kena scam, kongsikan di media sosial. Ceritakan secara detail taktik licik scammer supaya orang ramai lebih berjaga-jaga.


Kalau betul anda miliki duit berpuluh-puluh ribu..

Jangan bagi pada scammer!

Buat apa nak kayakan scammer?

Rugilah kalau ada duit beribu-ribu tapi habis bagi pada scammer je. Lebih baik anda gunakan untuk kayakan diri sendiri.

Anda boleh melabur dalam pelaburan yang sah seperti ASB, Best Invest, Wahed dan lain-lain yang patuh syariah. Hasil tak banyak untuk jangka masa pendek tapi baik untuk jangka masa panjang.

Selain itu?

Boleh beli mesin canggih untuk buat mi kuning, laksa, cincau, daging kisar, daging burger, kuih-muih, air batu, aiskrim dan lain-lain.

Boleh beli freezer atau dapatkan terus bilik sejuk beku kalau nak buat bisnes aiskrim atau frozen food.

Lagi?

Kalau ada duit berkepuk-kepuk tu bolehlah buat beli kereta atau motor. Kerja buat penghantaran seperti Lalamove, Grab dan lain-lain.

Fikirkanlah untuk buat bisnes. Jangan sesekali bagi duit pada scammer.


Penutup

Dalam dunia yang semakin canggih ini, scammer juga semakin licik. Duit yang ditipu boleh lenyap dalam sekelip mata. Walaupun penipu dikenal pasti, ia tidak bermaksud wang anda akan dikembalikan.

Apa yang paling penting sekarang bukanlah tunggu bantuan selepas terpedaya tapi belajar kenal pasti tanda-tanda awal scam.

Kalau ada tawaran cepat jadi kaya, tak payah cari orang, hasil lumayan sekelip mata atau sebarang jenis janji manis yang 'too good to be true'.. awal-awal reject!


Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.