Kalau anda aktif di TikTok, hampir mustahil anda tak pernah tengok muka Khairul Aming. Video masak yang ringkas terus buat orang rasa nak cuba sendiri resepi yang dikongsikan.
![]() |
| Khairul Aming Usahawan Berjaya |
Khairul Aming bukan sekadar content creator tapi..
Dia ialah contoh paling ‘menjadi’ sebagai usahawan Malaysia.
Siapa Sebenarnya Khairul Aming?
Khairul Aming Mohamad Zahir ialah graduan kejuruteraan yang memilih jalan berbeza daripada kebiasaan. Lepasan universiti luar negara tapi tak terikat dengan mindset “kena kerja pejabat untuk berjaya”.
Sebaliknya, dia nampak peluang besar dalam dunia content dan bisnes makanan.
Apa yang menarik, latar belakang kejuruteraan tu jelas mempengaruhi cara dia buat kerja :
- Semua nampak tersusun
- Konsisten
- Fokus proses bukan harapkan viral
Ini yang ramai orang terlepas pandang.
Video Masak Paling Simple Tapi Paling Viral
Zaman sekarang, semua orang berlumba-lumba buat video panjang, banyak bunyi, banyak drama, banyak mengarut..
Khairul Aming buat benda yang bertentangan.
Ciri video dia:
- Durasi pendek
- Jelas dan padat
- Tak banyak drama
Tak ada jerit-jerit, tak ada lawak bodoh tapi orang tetap tengok video dia sampai habis.
Sebab apa? Sebab senang faham dan tak buang masa.
Konsistensi : Senjata Paling Mahal
Ramai orang boleh buat satu video yang viral tapi tak ramai yang boleh buat benda sama setiap hari tanpa gagal.
Khairul Aming antara contoh paling jelas tentang konsistensi:
- Hari ni upload
- Esok upload
- Lusa upload
Tak kira view turun atau naik, dia tetap konsisten upload video. Algoritma suka. Penonton pun setia.
Inilah yang perlahan-lahan naikkan nama dia.
Sambal Nyet : Bila Content Creator Jadi Usahawan Berjaya
Bila Khairul Aming lancarkan Sambal Nyet, ramai sangka ini cuma produk influencer biasa tapi sangkaan tu silap besar.
Apa yang buat Sambal Nyet lain daripada yang lain:
- Marketing power
- Packaging kemas
- Branding jelas
- Stok sentiasa latis manis
Setiap kali restock, habis dalam masa singkat. Bukan sebab marketing murahan tapi sebab permintaan betul-betul tinggi.
Paling penting kepercayaan. Orang beli sebab mereka percaya dengan Khairul Aming.
Cara Khairul Aming Jual Tanpa Nampak Menjual
Khairul Aming jarang buat iklan yang nampak terdesak atau memaksa. Dia jual secara santai
Buat video masak guna Sambal Nyet. Tak push ayat “mesti beli sekarang!". Tahu-tahu je ramai yang beli.
Ini teknik soft selling tahap tinggi. Orang tak rasa dipaksa tapi teringin sangat nak beli.
Restoran Rembayung : Langkah Besar Seterusnya
Ramai orang dah tahu, Khairul Aming bukan setakat jual sambal. Dia juga pemilik Restoran Rembayung.
Restoran ini membawa konsep masakan Melayu. Kalau nak makan di Rembayung kena booking secara online di Booking Restoran Rembayung.
Buat masa ni tak boleh walk-in. Mesti booking dulu.
Rembayung bukan sekadar restoran ‘nama influencer’. Ia dibina dengan konsep jenama yang jelas dan sasaran pelanggan yang nak makanan sedap, cepat dan tak kisah pasal harga.
Langkah buka restoran ni menunjukkan satu benda penting.. Khairul Aming fikir jangka panjang bukan sekadar trending.
Dari Digital ke Dunia Sebenar
Tak semua influencer berjaya bila masuk bisnes fizikal tapi Khairul Aming ada kelebihan :
- Dia faham jenama
- Dia faham operasi
- Dia faham pelanggan
Sebab tu Sambal Nyet laris manis dan orang tak kisah harga makan minum mahal di Restiran Rembayung.
Imej Bersih, Fokus Berniaga
Satu benda yang buat ramai orang respect Khairul Aming ialah dia jauh dari kontroversi.
Tak cari gaduh.
Tak buat "drama".
Tak jual cerita sensasi.
Dia fokus berniaga. Dalam jangka panjang, ini aset paling mahal.
Kritikan Tetap Ada
Bila dah popular, pasti ada yang tak puas hati.
Contohnya orang kata makanan mahal di Rembayung, rasa Sambal Nyet biasa-biasa je, KA ni overrated dan lain-lain lagi.
Khairul Aming selalu tenang hadapi complaint dari pelanggan. Dia perbaiki produk dan perkhidmatan, bukannya marah pelanggan yang complaint.
Ini mindset usahawan bukan sekadar content creator.
Kenapa Anak Muda Mudah Terinspirasi Dengan Khairul Aming?
Sebab dia realistik.
Dia tak janji cepat kaya. Dia tunjuk proses. Dia tunjuk konsistensi.
Ramai anak muda mula sedar :
- Media sosial boleh jadi aset
- Personal branding itu penting
- Disiplin lebih penting daripada bakat
Khairul Aming Bukan Sekadar Fenomena
Ramai orang buat video viral lepas tu "senyap" tapi Khairul Aming bina sesuatu yang lebih besar daripada sekadar viral.
Khairul Aming jaga nama baik jenama, kualiti produk dan kepercayaan pelanggan.
Selagi dia pegang nilai ni, Sambal Nyet dan Rembayung ada potensi besar untuk berkembang lebih jauh. Mungkin ke peringkat antarabangsa.
Tak mustahil kalau Khairul Aming buka pasaraya besar seperti Mydin atau Econsave, ramai yang nak masuk berbelanja walaupun terpaksa booking dulu.
Kalau Khairul Aming dapat buka shopping complex jual produk-produk Muslim sahaja, insha Allah lebih ramai usahawan Muslim berjaya bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Penutup
Khairul Aming ialah contoh terbaik generasi baru usahawan Malaysia. Bermula dengan video masak ringkas, kini dia bina empayar sendiri — dari content ke produk dan ke restoran.
Kalau ada satu pengajaran besar daripada kisah dia :
Buat benda simple secara konsisten.
Duit, populariti dan lain-lain bakal menyusul kemudian.
Wallahua'lam.

No comments:
Post a Comment
Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.