Monday, November 9, 2020

Cara Nak Berniaga dari Rumah guna Foodpanda

Tak semestinya kena ada restoran atau kedai makan baru boleh guna servis Foodpanda. Berniaga dari rumah pun boleh. Pastikan anda berdaftar dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) barulah Foodpanda approve.

Foodpanda app
App foodpanda.

Kalau betul-betul nak tahu cara berniaga makanan atau minuman dari rumah guna foodpanda, teruskan membaca..

1. Pastikan dah ada SSM.

Cara daftar SSM boleh tengok di sini. Kalau dah ada SSM, boleh terus baca langkah nombor 2.

2. Buka website http://foodpanda.my

Web foodpanda
Website foodpanda.

Nak daftar sebagai peniaga di foodpanda tak boleh melalui app buat masa ni. Jadi kena daftar melalui website juga.

3. Cari dan tekan "Get Started".

Get start foodpanda
Get started.

4. Tekan "Sign up now".

Sign up di foodpanda
Sign up.

5. Bahagian Restaurant Category pilih "Home Based Kitchen".

Pilih foodpanda

Home Based Kitchen Foodpanda

Business Type : Restaurant.
Restaurant Category : Home Based Kitchen.

Bahagian Cuisine tu terpulang kepada anda. Sebagai contoh kalau nak jual makanan melayu contohnya nasi lemak dan kuih-muih pilihlah Malaysian. Kalau jual makanan orang seberang, contohnya nasi ambang, nasi jawa pilihlah Indonesian.

6. Letak nama restoran anda.

Shop name foodpanda

Walaupun anda cuma berniaga dari rumah tapi kena letak nama juga. Bahagian Restaurant / Shop Name tu tak semestinya mesti sama macam dalam SSM anda.

Letaklah apa-apa nama contohnya Dapur Mak Kiah, Pak Sudin Kitchen, Aneka Lazat Selera, Dapur Pramugari Terasa Hati, Dapur Pilot Berasap, See My Level Kitchen, Dapur Cinta Kita dan macam-macam lagilah.

Bahagian City, letak daerah tempat anda nak berniaga. Bahagian Restaurant / Shop Address, letak alamat rumah anda.

7. Lengkapkan bahagian First Name, Last Name, Contact Number dan Email.

First name Foodpanda

Kalau nama anda Zainal Basri bin Mahmud, anda letak Zainal untuk "First Name" dan Basri untuk "Last Name". Tak perlu letak nama bapa.

Kalau nama anda Zainal bin Mahmud, anda letak Zainal untuk "First Name" dan "Last Name". Maknanya guna nama yang sama untuk kedua-duanya. Tak perlu letak nama bapa.

Untuk bahagian Contact Number, letak nombor handphone anda bermula dengan 1. Dalam tempat isi nombor telefon tu dah ada "+60" sebab tu jangan mulakan dengan nombor 0. Contohnya nombor telefon anda 012-3334444, letak je 123334444.

Bahagian Email, letak email anda. Senang kan?

8. Pilih anggaran harga.

Price at Foodpanda

Ada 3 pilihan iaitu $ (Less than RM15), $$ (RM15 - RM30) dan $$$ (More than RM30). Saya cadangkan pilih yang pertama iaitu $ (Less than RM15) kalau nak jual makanan murah. Apa-apa hal terpulang kepada anda nak jual makanan murah atau mahal.

9. Upload menu anda.

Menu item foodpanda

Sebelum nak upload file, sila baca dulu syarat-syaratnya.


Menu requirement foodpanda

Secara ringkasnya kalau nak ambil gambar tu pastikan pada sudut 90° atau 0° sahaja. Maknanya ambil gambar dari atas atau depan sahaja. Pihak Foodpanda tak terima gambar makanan dari sudut selain dari tu.

Boleh guna Microsoft Word atau Excel untuk buat menu list.

Kalau jual nasi ambang, contoh isi maklumat :
Dish Name : Nasi Ambang
Dish Category : Indonesian
Food Description : White rice, fried noodle, red cooked chicken, fried tempe, long beans, coconut floss and spicy sambal.
Pax : 1
Price : RM7.00

Sertakan gambar sekali dalam Microsoft Word atau Excel.

Anda ada 10 menu? Letak 10 info menu termasuk gambarnya sekali. Bergantung kepada jumlah menu yang anda ada.

Kalau guna PC atau laptop senang je nak upload file word atau excel.

Harga tu pastikan harga yang anda jual sebelum guna Foodpanda. Jangan letak harga mark up sebelum Foodpanda approved. Foodpanda nak cari orang jual makanan murah-murah supaya senang nak dapatkan lagi banyak pengguna app Foodpanda.

Lagi senang kalau dah buat menu macam kat restoran. Ambil gambar dan terus upload file.

10. Tekan Submit Form
 


11. Tunggu dapat contact dari wakil Foodpanda.

Info required by Foodpanda

Another info required by Foodpanda

Kalau dapat whatsapp dari wakil Foodpanda, sila reply secepat mungkin. Nak tunggu approved ambil masa sebulan lebih. Ada yang terpaksa tunggu sampai 3 bulan!

Kalau dapat approved dalam masa seminggu tu memang hebatlah.

12. Tunggu dapat Registration Form.


Registration form tu dalam bentuk pdf. Dalam tu ada maklumat pasal anda dan kontrak anda sebagai peniaga di Foodpanda.

13. Tunggu dapat email Foodpanda.

Email foodpanda
Dalam email tu ada link untuk anda manage menu. Boleh letak gambar, letak harga dan ubahlah apa-apa yang patut. Inilah masanya untuk mark up harga.

Contoh nasi ambang RM7.00, letak harga RM10.80. Anda ambil RM7.02, Foodpanda ambil RM3.78. Pihak Foodpanda ambil 35% dari setiap hasil jualan anda.

Senang kira, pihak Foodpanda ambil 35 sen dari setiap RM1 dari anda. 35% dari RM1.00 ialah RM0.35. 35% dari RM10.00 ialah RM3.50.

Harga nasi ambang RM7 tu contoh semata-mata. Nanti anda pandai-pandailah letak harga makanan anda sendiri.

14. Tunggu dapat parcel.





Dalam parcel tu ada barang-barang untuk promote Foodpanda di tempat anda.

Paling menarik ada smartphone / device khas untuk guna app Foodpanda sebagai vendor. Guna untuk terima order dan checkout order Foodpanda je. Tak boleh guna untuk kegunaan lain, kalau rosak atau hilang kena ganti.


Update 11.11.2020

Foodpanda dah ubah design interface untuk daftar.

New form foodpanda


Email and address form foodpanda

Walaupun rupanya dah berubah tapi cara isi tak banyak berubah.


Update 2.1.2022
Cara nak pilih home based kitchen ada 2 step je seperti ini :

Pilih je restaurant dulu
Pilih je Restaurant dulu.

Mula-mula pilih je 'Restaurant' dulu di bahagian 'Business Type'. Lepas tu keluar bahagian 'Category'.

Kemudian pilih Home Based Kitchen
Pilih Home Based Kitchen.

Di bahagian 'Category' sila pilih 'Home Based Kitchen'.

Setel masalah pilih 'Home Based Kitchen'. Bahagian-bahagian lain tu boleh isi macam biasa.

Kalau masih bermasalah masa nak daftar online, boleh contact pihak Foodpanda di 03-92262200 / 0154-8770791.


Penutup
Saya sendiri tak daftar lagi di Foodpanda tapi nak buat juga topik ni. Saya kongsikan info ni lepas saya baca blog dari orang lain punya. Link blog asal pasal info Foodpanda ada saya letak under "Source".

Peniaga-peniaga yang dah daftar dengan Foodpanda amat dialu-alukan untuk beri komen di sini. Mungkin ada perkara-perkara tertentu yang boleh dibetulkan dalam topik ini.

Wallahua'lam.

Topik-topik lain yang mungkin menarik untuk anda baca



192 comments:

  1. peluang buat duit. kena rajin je

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi apa website ye untuk daftar?

      Delete
    2. Saya dah share dalam content, website untuk daftar sebagai peniaga foodpanda di : http://foodpanda.my

      Delete
    3. Terbaek info, senang nk faham tq penulis

      Delete
    4. Sama-sama Fairy. Terima kasih juga sudi baca.

      Delete
    5. Info yang sangat berguna. Bagi saya sangat detail. Terima kasih banyak2.

      Delete
    6. Terima kasih kerana dah kongsi cara daftar,, senang faham... Inshallah semoga di permudah semua

      Delete
    7. Good info... mudah untuk difahami. Semoga Allah merahmati penulis & semua pembaca

      Delete
    8. encik apakah kod MSIC yang di daftarkan dengan SSM untuk homechef ini?

      Delete
    9. kepada yang bertanya pasal SSM MSIC tu boleh cuba 56106 untuk berniaga makanan dari rumah.

      Delete
  2. Replies
    1. Thanks sbb reply dkt ats tu..sya ingt food panda dftr dia kna bayar😅😊

      Delete
  3. Mmg totally free ke daftar foodpanda ni? Kontrak dia brapa lama? Klu dah habis kontrak phone dia kena pulang eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat penulisan di atas beritahu 35%, encik update 30% , boleh saya dapatkan pencerahan ?

      Delete
    2. itu la saya ada baca juga 30% tapi di penulisan cik 35%? boleh tahu terangkan kenapa berbeza

      Delete
    3. Vendor dulu kena caj komisen 30%.

      Vendor baru kena caj komisen 35%.

      Delete
    4. kalau nak tambah menu boleh ke ?

      Delete
  4. Foodpanda ni dh sedia kan rider ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya dah sedia sebab memang kerja Foodpanda tu.

      Delete
  5. kalau berniaga duduk rumah bertingkat boleh ke join foodpanda ni?

    ReplyDelete
  6. Boleh tak meniaga barang lain selain makanan food panda ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tapi kena pilih kategori grocery atau runcit. Ada supermarket/hypermarket jual ubat gigi, pencuci muka, tisu, pad, pantiliner dan lain-lain yang bukan makanan.

      Delete
  7. Assalamualaikum, kalau kite tak dapat order dari cust dalam beberapa hari. Food panda akan kenakan penalti tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumussalam, penalty atau denda dikenakan kalau lambat siapkan order atau salah hantar untuk customer. Saya tak tahu pula kalau tak dapat customer dalam beberapa hari pun kena penalty atau denda.

      Cuba contact pihak Foodpanda atau tanya blogger/peniaga Foodpanda di link 'Cara daftar perniagaan makanan di Foodpanda' under Source yang saya dah sediakan.

      Semoga dapat jawapannya.

      Delete
    2. Boss blh bg contact blh sy hububgi tak...nombor dlm ni semua call xdpat

      Delete
    3. Cuba call nombor ni 0327727268

      Delete
  8. Kalau nk daftar berapa bayaran yg di kenakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada bayaran dikenakan sewaktu mendaftar.

      Delete
  9. Maaf food panda ambil 35% atau 30%

    ReplyDelete
  10. Klau rumah flat boleh buat home based food thru foodpanda ah..pls advise me..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rumah flat atau bertingkat-tingkat saya tak pasti boleh daftar Foodpanda atau tak. Cuba tanya pihak foodpanda atau tanya blogger/vendor foodpanda di bahagian 'Source'.

      Delete
    2. boleh je sbb kakak ipar sy duduk apartment. dia buat foodpanda dr rumah.

      Delete
  11. Menu tiap hari tu kita boleh ubah-ubah ke ape yang available,apa yang tak? Yelah, incase certain menu takde stok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tukar, tambah atau tutup menu. Tak jadi masalah.

      Delete
    2. Mcm mna nk tutup menu tu ya? Then katakanlah kita meniaga dari rumah..kita selalu akan open order hari tertentu..so bleh close & open order ke?

      Delete
    3. Dan nk tutup menu tu bleh tunjuk ajarkn caranya tak? ☺️😊

      Delete
    4. Guna device yang Foodpanda bagi tu pilih je menu yang nak ditutup atau bole close terus perniagaan untuk hari-hari tertentu. Detail cara-caranya boleh tanya foodpanda atau vendor foodpanda sendiri dalam topik blog ni di bahagian 'Source'.

      Delete
  12. Pengusaha kantin sekolah boleh mohon ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak tahu. Boleh hubungi pihak Foodpanda untuk pertanyaan.

      Delete
  13. Macam mna pula bayaran dari food panda kepada peniaga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayaran masuk ke akaun bank peniaga. Saya tak pasti sama ada 2 minggu sekali atau sebulan sekali peniaga terima bayaran dari foodpanda.

      Boleh tanya blogger/vendor foodpanda sendiri di bahagian 'Source' untuk maklumat lebih lanjut.

      Delete
    2. vendor foodpanda ada call baru2 ni..dia ckp payment masuk 2 hari sekali..kira ok jugaklah..xperlu tggu lama

      Delete
    3. Terima kasih bunga kasih kreatif kongsi info pasal payment.

      Delete
  14. Sy nk tnya..sy ni bru je nk start berniaga..klau sy dftar dgn food panda tpi guna SSM yg org lain punya boleh ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti sebab biasanya peniaga daftar guna SSM sendiri.

      Delete
    2. Boleh..dia cakap guna sedara mara pun boleh..xjadi masalah..kalau nak mohon pun boleh senang je..bayar rm40 utk setahun

      Delete
  15. Hi nak tanya foodpanda caj 30% atau 35% ya ? Sebab saya tengok blog lain ada yang kata 35%

    ReplyDelete
  16. saya telah dua kali daftar untuk register buat bussiness dari rumah apakah contact center number ye. saya try num 03 92262200 ni tiada dlm perkhidmatan pulak . bantu saya dah sebulan lebih tunggu orang lain saya tengok cepat jer dapat .

    ReplyDelete
  17. Saya nk Tanya Saya nk meniaga di rumahh..mknan msakan nasi ayam..tp foodpanda mintak sijil halal ...Dan gambar sijil halal Saya xde sijil halal...mcm mna nk submit yeahh ...x bole submit jika tiada sijil halal...SYA org melayu islamm mesty la totally halal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertama kali saya dengar masalah ni. Ada ramai je peniaga Islam takde sijil halal tapi masih boleh berniaga guna Foodpanda.

      Delete
    2. Ada pilihan halal- non certificate

      Delete
  18. Kalau tiada SSM masih boleh daftar foodpanda ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ada SSM baru boleh daftar sebagai peniaga di Foodpanda.

      Delete
  19. Sya rasa pasal rumah bertingkat tu boleh. Sbb sy pnh buat lalamove so amik brg kat kondo, tgkat2 la siap register ic kat guard. Ms. Nak naik lift amik brg, jumpa rider foodpanda pun amik order rumah yg sama. 3 rider dtg sekali. Lalamove, foodpanda, mr speedy kot xsilap

    ReplyDelete
  20. Assalammualaikum.
    Tumpang tanya.
    Typhoid wajib kena buat ke sebelum apply?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumussalam. Tak wajib, buat masa ni.

      Delete
  21. kami dh dafr dpt email suruh lengkapkan alamat...nk buka link kt mana nk lengkapkn tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau takde link, cuba reply email tu dengan alamat lengkap.

      Delete
  22. Boss, how to become food Panda rider? At Johor simpang renggam

    ReplyDelete
    Replies
    1. I don't know but you can try register at http://rider.foodpanda.my

      Delete
  23. Foodpanda akan cas 35% commission kalau ada daftar dgn competitor yang lain. Kalau foodpanda satu je, hanya 30% commission yang di tolak. Pengalaman sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang baru daftar sebagai vendor foodpanda sekarang memang kena caj 35% walaupun tak daftar competitor yang lain. Mungkin vendor dulu-dulu je kena caj 30%.

      Delete
  24. Slm..nk tanya,alamat seller boleh tukar tak?

    ReplyDelete
  25. last year ad try apply, kena masuk kn no sijil halal, terus tak apply..😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde sijil halal pun takpe. Boleh je apply sebab banyak je peniaga Islam takde sijil halal tapi boleh berniaga guna foodpanda.

      Delete
  26. sy ada ssm deco boleh guna tak

    ReplyDelete
  27. Hi,sekrg mmg dah xde ke home based kitchen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya check kat web foodpanda sekarang ada pilihan restaurant dan shop sahaja. Memang dah takde pilihan home based kitchen sekarang tapi tak pastilah kalau boleh daftar pilih restoran je walaupun berniaga dari rumah.

      Delete
  28. jangan lupa ya, selain 35% food panda ambil, 6% tax vendor kena tanggung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Contohnya kalau jual makanan RM10 di foodpanda, kena caj RM3.50 dan 6% dari RM3.50 iaitu 0.21.

      Jumlah yang vendor dapat ialah 10 - 3.50 - 0.21 = 6.29.

      Maknanya vendor dapat RM6.29 dari hasil jual RM10 selepas tolak 35% komisen foodpanda dan 6% SST.

      Kesian peniaga kecil-kecilan pun kena tanggung SST untuk Foodpanda.

      Delete
    2. banyak tu. Lebih 1/3 harga makanan kena bayar kat orang lain.

      Delete
  29. Sy nak tnya, panda ade contract tak? Incase lpas kita register and panda approved, pastu few month later kita dah tak meniaga lagi. Boleh ke? Ade penalty ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti tapi kalau nak berhenti selepas beberapa bulan kemudian, kena bagitau pihak foodpanda.

      Delete
  30. boleh ke kalau kita nak tambah menu lepas dah buka kedai kat foodpanda.. Contoh time first time kita daftar tu kita letak 5 menu, lps sebulan kita nak tmbah menu baru kat kedai kita tu macam mana pulak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je tambah menu. Foodpanda ada sediakan website/portal untuk vendor tambah atau kurangkan menu.

      Delete
    2. aah boleh.. member sy kata lepasnkita update menu baru dalam masa 2minggu kot di approved menu tu. Jadi amik masa juga..

      Delete
  31. Susah nya nk upload gambaq dh tiga bulan dh x boleh2 lg asyik rejek ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Foodpanda memang cerewet pasal gambar. Dorang nak gmbar clear dari atas atau depan je. Jangan ambil gambar terlalu jauh atau terlalu dekat.

      Delete
    2. screenshot dari video masakan boleh lps kalo xdpt tangkap gambar sendiri.

      Delete
  32. Saya nak tanya, kalau kita nak bagi harga menu tu, kita mark up price Lepas dah ambil kira caj foodpanda dan SST ke

    ReplyDelete
  33. saya nk daftar Food panda untk kdai

    ReplyDelete
  34. Hi, macam mana nak daftar foodpanda dari rumah menggunakan komputer@laptop??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buka website foodpanda dan daftar. Mudah je.

      Delete
  35. Kalau nak tukar alamat premis macam mana yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu. Kena tanya terus pihak Foodpanda.

      Delete
  36. Salam Tuan, nak tny saya baru dpt agreement dari foodpanda, ada tertera RM75 utk service charge. Itu bayaran utk setahun atau bagaimana ye Tuan? Dah email pada mereka tp FP belom reply lg.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam puan, saya tak tahu pasal RM75 service charge. Terpaksa tunggu FP reply email untuk penjelasan pasal RM75 tu.

      Delete
    2. Seyes la kena RM75,belum start lagi.Ada update tak?

      Delete
    3. kena scamm ne jangan layan atau terus call pejabat berdaftar foodpanda.

      Delete
  37. Assalamualaikum .
    Saya nak tanya lah .
    Klu kita tutup kedai . Semasa panda bagi kita promo .
    Tak pe ke ?
    Kena denda ke ?
    Atau kita berhutang dengan panda ke .
    Saya baru buka vendor 20 hari .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumussalam. Tutup kedai tak jadi masalah walaupun ada promo.

      Saya tak tahu pulak pasal denda kalau tutup kedai masa ada promo.

      Delete
  38. Nak tanya kalau kita jual makanan.maknanya ada order atau tak setiap hari mesti kena sediakan la.apa yg kita jual pastikn selalu ada stock

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, pastikan sentiasa bersedia dan ada stock.

      Kalau kurang atau takde stock, boleh tutup menu.

      Contohnya jual nasi lemak telur dan nasi lemak ayam tapi ayam tak cukup. Boleh tutup menu nasi lemak ayam tapi masih boleh on jual nasi lemak telur di Foodpanda.

      Delete
  39. Ada tulis service fee , ada tulis platform fee . Setahu platform fee tu , cthnya sale kita sbln bwh 1000 , toada caj dikenakan . Tp ada 1 table yg mula2 tu , dia tulis service fee rm75 . Da tny fp , dia ckp tiada caj . Haaa musykil sy . Byk sgt dah org melayu mkn melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya takde caj RM75 sebab pihak FP sendiri dah bagitau takde.

      Delete
    2. Kenapa nak sangkut paut melayu? Food panda bukan melayu punye ye..

      Delete
    3. hahaha kenapa melayu pulak bisness is bisness boss utk makluman boss foodpanda asal dia dari germany orang putih yang punya boss awak tau tak orang putih cuba buat carian dalam goolgles buss

      Delete
  40. Nk tye ade mintak sijil kursus makanan x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat masa ni tak minta sijil kursus makanan.

      Delete
  41. Saya ada terima call n wsp dari food panda dia tunjuk cara utk join n publish jualan kita di food panda. Dia ada bg detail utk saya isi di wsp. Betul ke ada agent dari food panda akan call kita utk suruh join atau itu scammer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana boleh dapat call dan wasap dari pihak Foodpanda? Pernah daftar secara online di web Foodpanda sebelum ni?

      Kalau ragu-ragu, jangan join.

      Delete
  42. boleh ke letak food yg kena pre-order 1-day earlier macam customized kek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat masa ni tak boleh sebab Foodpanda nak customer dapat food/drink pada hari yang sama secepat mungkin.

      Tak tahulah akan datang kalau Foodpanda bagi pilihan pre-order.

      Delete
  43. Minimum untuk berniaga jika buka di umh seminggu 2x boleh ke?

    ReplyDelete
  44. Nak tanya. If customer beli guna apps foodpanda dan mgunakan promo kod bagai, kita still dpt penuh ke payment?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peniaga dapat bayaran penuh penuh walaupun customer guna promo kod bagai.

      Delete
  45. sy dah dafta foodpanda..memang lambat mcm tu die nak settel kan vendor kite..lambat sesangat tu ade care lain tak call xdapat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa tunggulah. Mungkin buat masa ni ramai betul yg apply nk jadi vendor foodpanda.

      Delete
  46. Hi askm, terima kasih atas maklumat atas, sangat berguna utk saya yg baru minat nak register online food delivery ni. Saya nak tanya brp soalan la klau sudi menjawab kerana saya tgh banding dgn jadi peniaga Grab

    1) Brp kali peniaga dapat income dari foodpanda?masuk seminggu skli atau sebulan skli?
    2) Peniaga boleh withdraw duit tu masuk bank account sendiri ke?
    3) Setiap kali withdraw duit tu ade dikenakakan caj?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cuba jawab setakat yang saya tau buat masa ni.

      1)Biasanya 2 minggu sekali.
      2)Memang masuk dalam bank peniaga tu sendiri.
      3)Takde caj withdraw.

      Untuk lebih jelas, boleh tanya vendor foodpanda sendiri. Mana tau kalau foodpanda ada buat perubahan baru.

      Delete
  47. Ssm saya dh mati boleh ke guna untuk berniaga di food panda..

    ReplyDelete
  48. Kalau berniaga foodtruck bole x

    ReplyDelete
  49. Tumpang tanya,selepas daftar dan dah sign contract,berapa lama ye kita akan terima kit merchant dari foodpanda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti. Ada yang dapat dalam masa 2 minggu dan ada yang ambil masa sebulan. Saya tak dapat bagitau secara tepat.

      Delete
  50. Boleh tahu smartphone/device Foodpanda tu kena bayar ke? / Berapa ya?

    ReplyDelete
  51. Saya nk tnya nama SSM saya utaqa enterprise..tp boleh ka guna account bank ats nama saya...saya daftar ssm PEMILIK dia adalah saya

    ReplyDelete
  52. nk tnye kenapa saya daftar dia nk kene isi certificate halal..saya niaga bihun sup jee dari rumah..mcm mana yee mohon tunjuk ajar..daa cuba call fdpanda tapi tade respon

    ReplyDelete
  53. Kalau saya nak berniaga biskut, kerepek dan kek.. kira saya kne pilih shop atau restaurant?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jual makanan sahaja lebih baik pilih 'Restaurant'.

      Delete
  54. Tumpang tanye.

    1. Masih ade lg ke home based kitchen?
    2. Kalau takde, boleh ke pilih 'restaurant' tapi meniaga dari rumah?
    3. Masih berbaloi ke jadi vendor?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Ya, masih ada home based kitchen.
      2. Tak tahu sebab pilihan home based kitchen masih ada buat masa ini.
      3. Pada pendapat saya tak berbaloi sebab potongan komisen 35% dari Foodpanda terlampau tinggi. Mungkin pendapat saya salah jadi boleh tanya otai-otai lain yang dah lama jadi vendor Foodpanda. Contohnya tekan link di bahagian 'Source' dan tanya direct blogger yang dah lama jadi vendor Foodpanda.

      Delete
  55. Nak tanya,sebelum apply food panda kena ada akaun perniagaan ke? atau boleh guna personal akaun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud awak akaun bank ke?
      Kalau guna akaun bank personal pun boleh.

      Delete
  56. hai. maaf bertanya. maksudnya contoh saya jual ayam. 1 set 2 ketul rm8 .jadinya saya perlu markup menu kat food panda harga 35% mahal dari harga sebenarke.terima kaseh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena jual RM12.80 sebab Food Panda ambil komisen 35% dan SST 6%.

      Komisen Foodpanda ambil :
      35% dari RM12.80 ialah RM4.48.

      SST dari komisen Foodpanda :
      6% dari RM4.48 ialah RM0.27

      Harga jual tolak komisen termasuk SST :
      RM12.80 - RM4.48 - RM0.27 = RM8.05.

      Oleh itu nak jual 1 set ayam RM8 terpaksa dinaikkan harga jadi RM12.80.

      Delete
    2. Salam. Macam mana nak markup harga dlm foodpanda

      Delete
    3. Salam. Kalau dah daftar, boleh naikkan harga guna email/website khas untuk vendor Foodpanda. Untuk lebih detail, kena tanya pihak Foodpanda.

      Delete
  57. Kalau buka payung tepi jalan boleh apply Foodpanda tak.?

    ReplyDelete
  58. terbaik, mula2 mcma semangat je nak berniaga di FP , tp bila baca komen, n caj tax wse, kene fikir2 juge ni. tq tuan. info yang bermanfaat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama sudi baca content pasal Foodpanda di sini. Memang kena fikir semasak-masaknya sebab komisen 35% tu terlampau banyak.

      Delete
  59. Assalamualaikum. Terima kasih atas perkongsian. Sy nak tanya kalau grabfood boleh ke berniaga dari rumah jugak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumussalam. Sama-sama. Saya tak tahu sama ada Grabfood terima peniaga dari rumah atau tak.

      Delete
    2. Grabfood pun blh berniaga dari rumah..

      Delete
  60. Assalam. Sy baru pindah KL. alamat syarikat dalam SSM didaftarkan di alamat johor. Boleh ke daftar foodpanda untuk berniaga di KL?atau alamat dalam SSM kena sama dengan tempat nak berniaga? Mohon percerahan. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya tak pasti. Cubalah saudara/saudari tanya pihak Foodpanda untuk kepastian.

      Delete
  61. Assalam boss..kiranya memg kena daftar food panda dlu ye.sblm markup harga?cth rm8 semasa on9 daftar..lpas tu fd panda akn suruh kita markup ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anon, foodpanda tak suruh mark up harga. Peniaga sendiri yang kena mark up harga.

      Delete
    2. Kalu tak mark up harga semula untung dapat sikit lah nantu selepas fp tolak komisen setiap oder yg dibuat. So nak tak nak kena jual mahal sikit lah dlm apps fp

      Delete
  62. Tq admin kongsi ilmu ni.

    ReplyDelete
  63. Klau daftar guna henfon blh ye? Tp nnti bhgian gmbar dan menu list tu mcm mna ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je. Gambar dan menu list tu bagi je ke pihak Foodpanda. Kalau ada sebarang perubahan, boleh contact pihak Foodpanda untuk keterangan lanjut.

      Delete
  64. terbaik . sy bru nk mencuba . moga dimurahkn rezeki

    ReplyDelete
  65. Hi saya peniaga home based restaurant dalam food panda. Saya baru sahaja menbuka perniagaan di dalam app ini tetapi tidak ramai yang membeli.. ada cara untuk menaikkan atau meningkatkan home restaurant saya tak? Kalau ada sila tunjuk ajar. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, saya tak tahu sebab agak mencabar kalau nak dapat sale lebih di FP. FP bersaing kuat dengan Grabfood.
      Selain tu, Misi juga pesaing kuat FP. Kelebihan Misi ialah peniaga-peniaga tidak dikenakan caj 35% seperti FP dan Grabfood.

      Delete
  66. Misi lebih baik sebab untung vendor 100%. Cuma kena promote sendiri sebab dia x sediakan marketing. Kena pandai main promo yg disediakan kat Apps. Sebab kos rider dia agak mahal. Sales dia agak slow sebab tidak bagus untuk user sebab x ada promo. Tapi kalau beli banyak item misi paling murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bagi pendapat pasal Misi di sini.

      Delete
    2. Misi tu apa. Mcm mana nak jadi partner dia

      Delete
    3. Secara ringkasnya Misi ialah app yang menyediakan servis hantar makanan. Kena download app Misi kemudian daftarlah sebagai vendor atau rider.

      Delete
  67. Katanya kena bayar deposit.. betul ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada bayar deposit dulu. Tak tahula kalau FP sekarang minta deposit pulak.

      Delete
  68. Assalamualaikum, kalau saya dah ada mesin foodpanda nak on kan balik kena daftar melalui website dia juga ke cmne..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumussalam. Kalau dah ada device foodpanda maknanya dah boleh gunakan. Kalau ada masalah boleh chat dengan dorang guna device foodpanda.

      Delete
  69. Kenapa kemasukan sale dr foodpanda tak sama dgn sale harian kita?bila semak kat akaun bank,jumlah tak sama dgn sale yg kita kira

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kena tanya pihak Foodpanda ni.

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.