Tak semestinya kena ada restoran atau kedai makan baru boleh guna servis Foodpanda. Berniaga dari rumah pun boleh. Pastikan anda berdaftar dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) barulah Foodpanda approve.
App foodpanda. |
Kalau betul-betul nak tahu cara berniaga makanan atau minuman dari rumah guna foodpanda, teruskan membaca..
1. Pastikan dah ada SSM.
Cara daftar SSM boleh tengok di sini. Kalau dah ada SSM, boleh terus baca langkah nombor 2.
2. Buka website http://foodpanda.my
Website foodpanda. |
Nak daftar sebagai peniaga di foodpanda tak boleh melalui app buat masa ni. Jadi kena daftar melalui website juga.
3. Cari dan tekan "Get Started".
Business Type : Restaurant.
Restaurant Category : Home Based Kitchen.
Bahagian Cuisine tu terpulang kepada anda. Sebagai contoh kalau nak jual makanan melayu contohnya nasi lemak dan kuih-muih pilihlah Malaysian. Kalau jual makanan orang seberang, contohnya nasi ambang, nasi jawa pilihlah Indonesian.
6. Letak nama restoran anda.
Walaupun anda cuma berniaga dari rumah tapi kena letak nama juga. Bahagian Restaurant / Shop Name tu tak semestinya mesti sama macam dalam SSM anda.
Letaklah apa-apa nama contohnya Dapur Mak Kiah, Pak Sudin Kitchen, Aneka Lazat Selera, Dapur Pramugari Terasa Hati, Dapur Pilot Berasap, See My Level Kitchen, Dapur Cinta Kita dan macam-macam lagilah.
Bahagian City, letak daerah tempat anda nak berniaga. Bahagian Restaurant / Shop Address, letak alamat rumah anda.
7. Lengkapkan bahagian First Name, Last Name, Contact Number dan Email.
Kalau nama anda Zainal Basri bin Mahmud, anda letak Zainal untuk "First Name" dan Basri untuk "Last Name". Tak perlu letak nama bapa.
Kalau nama anda Zainal bin Mahmud, anda letak Zainal untuk "First Name" dan "Last Name". Maknanya guna nama yang sama untuk kedua-duanya. Tak perlu letak nama bapa.
Untuk bahagian Contact Number, letak nombor handphone anda bermula dengan 1. Dalam tempat isi nombor telefon tu dah ada "+60" sebab tu jangan mulakan dengan nombor 0. Contohnya nombor telefon anda 012-3334444, letak je 123334444.
Bahagian Email, letak email anda. Senang kan?
8. Pilih anggaran harga.
Ada 3 pilihan iaitu $ (Less than RM15), $$ (RM15 - RM30) dan $$$ (More than RM30). Saya cadangkan pilih yang pertama iaitu $ (Less than RM15) kalau nak jual makanan murah. Apa-apa hal terpulang kepada anda nak jual makanan murah atau mahal.
9. Upload menu anda.
Sebelum nak upload file, sila baca dulu syarat-syaratnya.
Secara ringkasnya kalau nak ambil gambar tu pastikan pada sudut 90° atau 0° sahaja. Maknanya ambil gambar dari atas atau depan sahaja. Pihak Foodpanda tak terima gambar makanan dari sudut selain dari tu.
Boleh guna Microsoft Word atau Excel untuk buat menu list.
Kalau jual nasi ambang, contoh isi maklumat :
Dish Name : Nasi Ambang
Dish Category : Indonesian
Food Description : White rice, fried noodle, red cooked chicken, fried tempe, long beans, coconut floss and spicy sambal.
Pax : 1
Price : RM7.00
Sertakan gambar sekali dalam Microsoft Word atau Excel.
Anda ada 10 menu? Letak 10 info menu termasuk gambarnya sekali. Bergantung kepada jumlah menu yang anda ada.
Kalau guna PC atau laptop senang je nak upload file word atau excel.
Harga tu pastikan harga yang anda jual sebelum guna Foodpanda. Jangan letak harga mark up sebelum Foodpanda approved. Foodpanda nak cari orang jual makanan murah-murah supaya senang nak dapatkan lagi banyak pengguna app Foodpanda.
Lagi senang kalau dah buat menu macam kat restoran. Ambil gambar dan terus upload file.
10. Tekan Submit Form
11. Tunggu dapat contact dari wakil Foodpanda.
Kalau dapat whatsapp dari wakil Foodpanda, sila reply secepat mungkin. Nak tunggu approved ambil masa sebulan lebih. Ada yang terpaksa tunggu sampai 3 bulan!
Kalau dapat approved dalam masa seminggu tu memang hebatlah.
12. Tunggu dapat Registration Form.
13. Tunggu dapat email Foodpanda.
Dalam email tu ada link untuk anda manage menu. Boleh letak gambar, letak harga dan ubahlah apa-apa yang patut. Inilah masanya untuk mark up harga.
Contoh nasi ambang RM7.00, letak harga RM10.80. Anda ambil RM7.02, Foodpanda ambil RM3.78. Pihak Foodpanda ambil 35% dari setiap hasil jualan anda.
Senang kira, pihak Foodpanda ambil 35 sen dari setiap RM1 dari anda. 35% dari RM1.00 ialah RM0.35. 35% dari RM10.00 ialah RM3.50.
Harga nasi ambang RM7 tu contoh semata-mata. Nanti anda pandai-pandailah letak harga makanan anda sendiri.
14. Tunggu dapat parcel.
Dalam parcel tu ada barang-barang untuk promote Foodpanda di tempat anda.
Paling menarik ada smartphone / device khas untuk guna app Foodpanda sebagai vendor. Guna untuk terima order dan checkout order Foodpanda je. Tak boleh guna untuk kegunaan lain, kalau rosak atau hilang kena ganti.
Update 11.11.2020
Foodpanda dah ubah design interface untuk daftar.
Walaupun rupanya dah berubah tapi cara isi tak banyak berubah.
Update 2.1.2022
Cara nak pilih home based kitchen ada 2 step je seperti ini :
Pilih je Restaurant dulu. |
Mula-mula pilih je 'Restaurant' dulu di bahagian 'Business Type'. Lepas tu keluar bahagian 'Category'.
Pilih Home Based Kitchen. |
Di bahagian 'Category' sila pilih 'Home Based Kitchen'.
Setel masalah pilih 'Home Based Kitchen'. Bahagian-bahagian lain tu boleh isi macam biasa.
Kalau masih bermasalah masa nak daftar online, boleh contact pihak Foodpanda di 03-92262200 / 0154-8770791.
Penutup
Saya sendiri tak daftar lagi di Foodpanda tapi nak buat juga topik ni. Saya kongsikan info ni lepas saya baca blog dari orang lain punya. Link blog asal pasal info Foodpanda ada saya letak under "Source".
Peniaga-peniaga yang dah daftar dengan Foodpanda amat dialu-alukan untuk beri komen di sini. Mungkin ada perkara-perkara tertentu yang boleh dibetulkan dalam topik ini.
Wallahua'lam.
Topik-topik lain yang mungkin menarik untuk anda baca
peluang buat duit. kena rajin je
ReplyDeleteYe betul tu.
Deletehi apa website ye untuk daftar?
DeleteSaya dah share dalam content, website untuk daftar sebagai peniaga foodpanda di : http://foodpanda.my
DeleteTerbaek info, senang nk faham tq penulis
DeleteSama-sama Fairy. Terima kasih juga sudi baca.
DeleteInfo yang sangat berguna. Bagi saya sangat detail. Terima kasih banyak2.
DeleteTerima kasih kerana dah kongsi cara daftar,, senang faham... Inshallah semoga di permudah semua
DeleteGood info... mudah untuk difahami. Semoga Allah merahmati penulis & semua pembaca
Deleteencik apakah kod MSIC yang di daftarkan dengan SSM untuk homechef ini?
Deletekepada yang bertanya pasal SSM MSIC tu boleh cuba 56106 untuk berniaga makanan dari rumah.
DeleteDaftar foodpanda mmg free ke?
ReplyDeleteYa free
DeleteThanks sbb reply dkt ats tu..sya ingt food panda dftr dia kna bayar😅😊
DeleteMmg totally free ke daftar foodpanda ni? Kontrak dia brapa lama? Klu dah habis kontrak phone dia kena pulang eh?
ReplyDeleteDekat penulisan di atas beritahu 35%, encik update 30% , boleh saya dapatkan pencerahan ?
Delete35%
Deleteitu la saya ada baca juga 30% tapi di penulisan cik 35%? boleh tahu terangkan kenapa berbeza
DeleteVendor dulu kena caj komisen 30%.
DeleteVendor baru kena caj komisen 35%.
35% skang kan
Deletekalau nak tambah menu boleh ke ?
DeleteThanks a lot..
ReplyDeleteYou are welcome
DeleteAda kena bảyar deposit tak jika ada berapa RM? Ada kena bayar yuran bulanan ke?
DeleteFoodpanda tak kenakan deposit.
DeleteTerima ksih bos sudi tulis
DeleteSama-sama
DeleteFoodpanda ni dh sedia kan rider ke
ReplyDeleteSepatutnya dah sedia sebab memang kerja Foodpanda tu.
Deletekalau berniaga duduk rumah bertingkat boleh ke join foodpanda ni?
ReplyDeleteSaya tak pasti.
Deleteboleh je
DeleteBoleh tak meniaga barang lain selain makanan food panda ni
ReplyDeleteBoleh tapi kena pilih kategori grocery atau runcit. Ada supermarket/hypermarket jual ubat gigi, pencuci muka, tisu, pad, pantiliner dan lain-lain yang bukan makanan.
DeleteSynakk berniaga burger blh ke
ReplyDeleteBoleh.
DeleteKalau berniaga makanan sejuk beku boleh ke ??
DeleteAssalamualaikum, kalau kite tak dapat order dari cust dalam beberapa hari. Food panda akan kenakan penalti tak?
ReplyDeleteWa alaikumussalam, penalty atau denda dikenakan kalau lambat siapkan order atau salah hantar untuk customer. Saya tak tahu pula kalau tak dapat customer dalam beberapa hari pun kena penalty atau denda.
DeleteCuba contact pihak Foodpanda atau tanya blogger/peniaga Foodpanda di link 'Cara daftar perniagaan makanan di Foodpanda' under Source yang saya dah sediakan.
Semoga dapat jawapannya.
Boss blh bg contact blh sy hububgi tak...nombor dlm ni semua call xdpat
DeleteCuba call nombor ni 0327727268
DeleteKalau nk daftar berapa bayaran yg di kenakan...
ReplyDeleteTiada bayaran dikenakan sewaktu mendaftar.
DeleteMaaf food panda ambil 35% atau 30%
ReplyDelete35%
DeleteBagus maklumat ini. Terima kasih
ReplyDeleteSama-sama.
DeleteKlau rumah flat boleh buat home based food thru foodpanda ah..pls advise me..
ReplyDeleteKalau rumah flat atau bertingkat-tingkat saya tak pasti boleh daftar Foodpanda atau tak. Cuba tanya pihak foodpanda atau tanya blogger/vendor foodpanda di bahagian 'Source'.
Deleteboleh je sbb kakak ipar sy duduk apartment. dia buat foodpanda dr rumah.
DeleteMenu tiap hari tu kita boleh ubah-ubah ke ape yang available,apa yang tak? Yelah, incase certain menu takde stok.
ReplyDeleteBoleh tukar, tambah atau tutup menu. Tak jadi masalah.
DeleteMcm mna nk tutup menu tu ya? Then katakanlah kita meniaga dari rumah..kita selalu akan open order hari tertentu..so bleh close & open order ke?
DeleteDan nk tutup menu tu bleh tunjuk ajarkn caranya tak? ☺️😊
DeleteGuna device yang Foodpanda bagi tu pilih je menu yang nak ditutup atau bole close terus perniagaan untuk hari-hari tertentu. Detail cara-caranya boleh tanya foodpanda atau vendor foodpanda sendiri dalam topik blog ni di bahagian 'Source'.
DeletePengusaha kantin sekolah boleh mohon ke
ReplyDeleteSaya tak tahu. Boleh hubungi pihak Foodpanda untuk pertanyaan.
DeleteMacam mna pula bayaran dari food panda kepada peniaga?
ReplyDeleteBayaran masuk ke akaun bank peniaga. Saya tak pasti sama ada 2 minggu sekali atau sebulan sekali peniaga terima bayaran dari foodpanda.
DeleteBoleh tanya blogger/vendor foodpanda sendiri di bahagian 'Source' untuk maklumat lebih lanjut.
vendor foodpanda ada call baru2 ni..dia ckp payment masuk 2 hari sekali..kira ok jugaklah..xperlu tggu lama
DeleteTerima kasih bunga kasih kreatif kongsi info pasal payment.
DeleteSy nk tnya..sy ni bru je nk start berniaga..klau sy dftar dgn food panda tpi guna SSM yg org lain punya boleh ke??
ReplyDeleteSaya tak pasti sebab biasanya peniaga daftar guna SSM sendiri.
DeleteBoleh..dia cakap guna sedara mara pun boleh..xjadi masalah..kalau nak mohon pun boleh senang je..bayar rm40 utk setahun
DeleteHi nak tanya foodpanda caj 30% atau 35% ya ? Sebab saya tengok blog lain ada yang kata 35%
ReplyDeleteFoodpanda sekarang caj 35%
Deletesaya telah dua kali daftar untuk register buat bussiness dari rumah apakah contact center number ye. saya try num 03 92262200 ni tiada dlm perkhidmatan pulak . bantu saya dah sebulan lebih tunggu orang lain saya tengok cepat jer dapat .
ReplyDeleteTry email support@foodpanda.my
DeleteGOOD INFO
ReplyDeleteSaya nk Tanya Saya nk meniaga di rumahh..mknan msakan nasi ayam..tp foodpanda mintak sijil halal ...Dan gambar sijil halal Saya xde sijil halal...mcm mna nk submit yeahh ...x bole submit jika tiada sijil halal...SYA org melayu islamm mesty la totally halal
ReplyDeletePertama kali saya dengar masalah ni. Ada ramai je peniaga Islam takde sijil halal tapi masih boleh berniaga guna Foodpanda.
DeleteAda pilihan halal- non certificate
DeleteKalau tiada SSM masih boleh daftar foodpanda ke?
ReplyDeleteKena ada SSM baru boleh daftar sebagai peniaga di Foodpanda.
DeleteSya rasa pasal rumah bertingkat tu boleh. Sbb sy pnh buat lalamove so amik brg kat kondo, tgkat2 la siap register ic kat guard. Ms. Nak naik lift amik brg, jumpa rider foodpanda pun amik order rumah yg sama. 3 rider dtg sekali. Lalamove, foodpanda, mr speedy kot xsilap
ReplyDeleteAssalammualaikum.
ReplyDeleteTumpang tanya.
Typhoid wajib kena buat ke sebelum apply?
Wa alaikumussalam. Tak wajib, buat masa ni.
Deletekami dh dafr dpt email suruh lengkapkan alamat...nk buka link kt mana nk lengkapkn tu
ReplyDeleteKalau takde link, cuba reply email tu dengan alamat lengkap.
DeleteBoss, how to become food Panda rider? At Johor simpang renggam
ReplyDeleteI don't know but you can try register at http://rider.foodpanda.my
DeleteFoodpanda akan cas 35% commission kalau ada daftar dgn competitor yang lain. Kalau foodpanda satu je, hanya 30% commission yang di tolak. Pengalaman sendiri.
ReplyDeleteOrang baru daftar sebagai vendor foodpanda sekarang memang kena caj 35% walaupun tak daftar competitor yang lain. Mungkin vendor dulu-dulu je kena caj 30%.
DeleteSlm..nk tanya,alamat seller boleh tukar tak?
ReplyDeleteSalam. Saya tak tahu. Kena tanya pihak foodpanda.
DeleteBoleh
Deletelast year ad try apply, kena masuk kn no sijil halal, terus tak apply..😅
ReplyDeleteTakde sijil halal pun takpe. Boleh je apply sebab banyak je peniaga Islam takde sijil halal tapi boleh berniaga guna foodpanda.
Deletesy ada ssm deco boleh guna tak
ReplyDeleteSaya tak tahu.
DeleteHi,sekrg mmg dah xde ke home based kitchen
ReplyDeleteSaya check kat web foodpanda sekarang ada pilihan restaurant dan shop sahaja. Memang dah takde pilihan home based kitchen sekarang tapi tak pastilah kalau boleh daftar pilih restoran je walaupun berniaga dari rumah.
Deletejangan lupa ya, selain 35% food panda ambil, 6% tax vendor kena tanggung
ReplyDeleteBetul tu. Contohnya kalau jual makanan RM10 di foodpanda, kena caj RM3.50 dan 6% dari RM3.50 iaitu 0.21.
DeleteJumlah yang vendor dapat ialah 10 - 3.50 - 0.21 = 6.29.
Maknanya vendor dapat RM6.29 dari hasil jual RM10 selepas tolak 35% komisen foodpanda dan 6% SST.
Kesian peniaga kecil-kecilan pun kena tanggung SST untuk Foodpanda.
banyak tu. Lebih 1/3 harga makanan kena bayar kat orang lain.
DeleteSy nak tnya, panda ade contract tak? Incase lpas kita register and panda approved, pastu few month later kita dah tak meniaga lagi. Boleh ke? Ade penalty ke?
ReplyDeleteSaya tak pasti tapi kalau nak berhenti selepas beberapa bulan kemudian, kena bagitau pihak foodpanda.
DeleteInfo sgt berguna! Tq
ReplyDeleteTq juga sudi baca.
Deleteboleh ke kalau kita nak tambah menu lepas dah buka kedai kat foodpanda.. Contoh time first time kita daftar tu kita letak 5 menu, lps sebulan kita nak tmbah menu baru kat kedai kita tu macam mana pulak?
ReplyDeleteBoleh je tambah menu. Foodpanda ada sediakan website/portal untuk vendor tambah atau kurangkan menu.
Deleteaah boleh.. member sy kata lepasnkita update menu baru dalam masa 2minggu kot di approved menu tu. Jadi amik masa juga..
DeleteSusah nya nk upload gambaq dh tiga bulan dh x boleh2 lg asyik rejek ja
ReplyDeleteFoodpanda memang cerewet pasal gambar. Dorang nak gmbar clear dari atas atau depan je. Jangan ambil gambar terlalu jauh atau terlalu dekat.
Deletescreenshot dari video masakan boleh lps kalo xdpt tangkap gambar sendiri.
DeleteSaya nak tanya, kalau kita nak bagi harga menu tu, kita mark up price Lepas dah ambil kira caj foodpanda dan SST ke
ReplyDeleteYe betul
Deletesaya nk daftar Food panda untk kdai
ReplyDeleteHi, macam mana nak daftar foodpanda dari rumah menggunakan komputer@laptop??
ReplyDeleteBuka website foodpanda dan daftar. Mudah je.
DeleteKalau nak tukar alamat premis macam mana yer?
ReplyDeleteTak tahu. Kena tanya terus pihak Foodpanda.
DeleteSalam Tuan, nak tny saya baru dpt agreement dari foodpanda, ada tertera RM75 utk service charge. Itu bayaran utk setahun atau bagaimana ye Tuan? Dah email pada mereka tp FP belom reply lg.
ReplyDeleteTerima kasih.
Salam puan, saya tak tahu pasal RM75 service charge. Terpaksa tunggu FP reply email untuk penjelasan pasal RM75 tu.
DeleteSeyes la kena RM75,belum start lagi.Ada update tak?
Deletekena scamm ne jangan layan atau terus call pejabat berdaftar foodpanda.
DeleteAssalamualaikum .
ReplyDeleteSaya nak tanya lah .
Klu kita tutup kedai . Semasa panda bagi kita promo .
Tak pe ke ?
Kena denda ke ?
Atau kita berhutang dengan panda ke .
Saya baru buka vendor 20 hari .
Wa alaikumussalam. Tutup kedai tak jadi masalah walaupun ada promo.
DeleteSaya tak tahu pulak pasal denda kalau tutup kedai masa ada promo.
Nak tanya kalau kita jual makanan.maknanya ada order atau tak setiap hari mesti kena sediakan la.apa yg kita jual pastikn selalu ada stock
ReplyDeleteYa, pastikan sentiasa bersedia dan ada stock.
DeleteKalau kurang atau takde stock, boleh tutup menu.
Contohnya jual nasi lemak telur dan nasi lemak ayam tapi ayam tak cukup. Boleh tutup menu nasi lemak ayam tapi masih boleh on jual nasi lemak telur di Foodpanda.
Ada tulis service fee , ada tulis platform fee . Setahu platform fee tu , cthnya sale kita sbln bwh 1000 , toada caj dikenakan . Tp ada 1 table yg mula2 tu , dia tulis service fee rm75 . Da tny fp , dia ckp tiada caj . Haaa musykil sy . Byk sgt dah org melayu mkn melayu
ReplyDeleteMaknanya takde caj RM75 sebab pihak FP sendiri dah bagitau takde.
DeleteKenapa nak sangkut paut melayu? Food panda bukan melayu punye ye..
Deletehahaha kenapa melayu pulak bisness is bisness boss utk makluman boss foodpanda asal dia dari germany orang putih yang punya boss awak tau tak orang putih cuba buat carian dalam goolgles buss
DeleteNk tye ade mintak sijil kursus makanan x?
ReplyDeleteBuat masa ni tak minta sijil kursus makanan.
DeleteSaya ada terima call n wsp dari food panda dia tunjuk cara utk join n publish jualan kita di food panda. Dia ada bg detail utk saya isi di wsp. Betul ke ada agent dari food panda akan call kita utk suruh join atau itu scammer?
ReplyDeleteMacam mana boleh dapat call dan wasap dari pihak Foodpanda? Pernah daftar secara online di web Foodpanda sebelum ni?
DeleteKalau ragu-ragu, jangan join.
boleh ke letak food yg kena pre-order 1-day earlier macam customized kek?
ReplyDeleteBuat masa ni tak boleh sebab Foodpanda nak customer dapat food/drink pada hari yang sama secepat mungkin.
DeleteTak tahulah akan datang kalau Foodpanda bagi pilihan pre-order.
Minimum untuk berniaga jika buka di umh seminggu 2x boleh ke?
ReplyDeleteSeminggu 2 kali je? Saya tak pasti.
DeleteNak tanya. If customer beli guna apps foodpanda dan mgunakan promo kod bagai, kita still dpt penuh ke payment?
ReplyDeletePeniaga dapat bayaran penuh penuh walaupun customer guna promo kod bagai.
Deletesy dah dafta foodpanda..memang lambat mcm tu die nak settel kan vendor kite..lambat sesangat tu ade care lain tak call xdapat..
ReplyDeleteTerpaksa tunggulah. Mungkin buat masa ni ramai betul yg apply nk jadi vendor foodpanda.
DeleteHi askm, terima kasih atas maklumat atas, sangat berguna utk saya yg baru minat nak register online food delivery ni. Saya nak tanya brp soalan la klau sudi menjawab kerana saya tgh banding dgn jadi peniaga Grab
ReplyDelete1) Brp kali peniaga dapat income dari foodpanda?masuk seminggu skli atau sebulan skli?
2) Peniaga boleh withdraw duit tu masuk bank account sendiri ke?
3) Setiap kali withdraw duit tu ade dikenakakan caj?
Saya cuba jawab setakat yang saya tau buat masa ni.
Delete1)Biasanya 2 minggu sekali.
2)Memang masuk dalam bank peniaga tu sendiri.
3)Takde caj withdraw.
Untuk lebih jelas, boleh tanya vendor foodpanda sendiri. Mana tau kalau foodpanda ada buat perubahan baru.
Ssm saya dh mati boleh ke guna untuk berniaga di food panda..
ReplyDeleteHidupkan ssm dulu
DeleteSsm dh mati boleh guna ke
ReplyDeleteSebaik-baiknya hidupkan ssm dulu.
DeleteKalau berniaga foodtruck bole x
ReplyDeleteBoleh.
DeleteTumpang tanya,selepas daftar dan dah sign contract,berapa lama ye kita akan terima kit merchant dari foodpanda?
ReplyDeleteTak pasti. Ada yang dapat dalam masa 2 minggu dan ada yang ambil masa sebulan. Saya tak dapat bagitau secara tepat.
DeleteBoleh tahu smartphone/device Foodpanda tu kena bayar ke? / Berapa ya?
ReplyDeleteFree device untuk vendor Foodpanda.
DeleteSaya nk tnya nama SSM saya utaqa enterprise..tp boleh ka guna account bank ats nama saya...saya daftar ssm PEMILIK dia adalah saya
ReplyDeleteBoleh, tak jadi masalah.
Deletenk tnye kenapa saya daftar dia nk kene isi certificate halal..saya niaga bihun sup jee dari rumah..mcm mana yee mohon tunjuk ajar..daa cuba call fdpanda tapi tade respon
ReplyDeleteTak perlu isi sijil halal pun.
DeleteKalau saya nak berniaga biskut, kerepek dan kek.. kira saya kne pilih shop atau restaurant?
ReplyDeleteKalau jual makanan sahaja lebih baik pilih 'Restaurant'.
DeleteTumpang tanye.
ReplyDelete1. Masih ade lg ke home based kitchen?
2. Kalau takde, boleh ke pilih 'restaurant' tapi meniaga dari rumah?
3. Masih berbaloi ke jadi vendor?
Terima kasih.
1. Ya, masih ada home based kitchen.
Delete2. Tak tahu sebab pilihan home based kitchen masih ada buat masa ini.
3. Pada pendapat saya tak berbaloi sebab potongan komisen 35% dari Foodpanda terlampau tinggi. Mungkin pendapat saya salah jadi boleh tanya otai-otai lain yang dah lama jadi vendor Foodpanda. Contohnya tekan link di bahagian 'Source' dan tanya direct blogger yang dah lama jadi vendor Foodpanda.
Nak tanya,sebelum apply food panda kena ada akaun perniagaan ke? atau boleh guna personal akaun?
ReplyDeleteMaksud awak akaun bank ke?
DeleteKalau guna akaun bank personal pun boleh.
hai. maaf bertanya. maksudnya contoh saya jual ayam. 1 set 2 ketul rm8 .jadinya saya perlu markup menu kat food panda harga 35% mahal dari harga sebenarke.terima kaseh
ReplyDeleteKena jual RM12.80 sebab Food Panda ambil komisen 35% dan SST 6%.
DeleteKomisen Foodpanda ambil :
35% dari RM12.80 ialah RM4.48.
SST dari komisen Foodpanda :
6% dari RM4.48 ialah RM0.27
Harga jual tolak komisen termasuk SST :
RM12.80 - RM4.48 - RM0.27 = RM8.05.
Oleh itu nak jual 1 set ayam RM8 terpaksa dinaikkan harga jadi RM12.80.
Salam. Macam mana nak markup harga dlm foodpanda
DeleteSalam. Kalau dah daftar, boleh naikkan harga guna email/website khas untuk vendor Foodpanda. Untuk lebih detail, kena tanya pihak Foodpanda.
DeleteKalau buka payung tepi jalan boleh apply Foodpanda tak.?
ReplyDeleteBoleh asalkan ada SSM.
Deleteterbaik, mula2 mcma semangat je nak berniaga di FP , tp bila baca komen, n caj tax wse, kene fikir2 juge ni. tq tuan. info yang bermanfaat .
ReplyDeleteSama-sama sudi baca content pasal Foodpanda di sini. Memang kena fikir semasak-masaknya sebab komisen 35% tu terlampau banyak.
DeleteAssalamualaikum. Terima kasih atas perkongsian. Sy nak tanya kalau grabfood boleh ke berniaga dari rumah jugak?
ReplyDeleteWa alaikumussalam. Sama-sama. Saya tak tahu sama ada Grabfood terima peniaga dari rumah atau tak.
DeleteGrabfood pun blh berniaga dari rumah..
DeleteAssalam. Sy baru pindah KL. alamat syarikat dalam SSM didaftarkan di alamat johor. Boleh ke daftar foodpanda untuk berniaga di KL?atau alamat dalam SSM kena sama dengan tempat nak berniaga? Mohon percerahan. Terima kasih.
ReplyDeleteSalam. Saya tak pasti. Cubalah saudara/saudari tanya pihak Foodpanda untuk kepastian.
DeleteAssalam boss..kiranya memg kena daftar food panda dlu ye.sblm markup harga?cth rm8 semasa on9 daftar..lpas tu fd panda akn suruh kita markup ke?
ReplyDeleteSalam Anon, foodpanda tak suruh mark up harga. Peniaga sendiri yang kena mark up harga.
DeleteKalu tak mark up harga semula untung dapat sikit lah nantu selepas fp tolak komisen setiap oder yg dibuat. So nak tak nak kena jual mahal sikit lah dlm apps fp
DeleteTq admin kongsi ilmu ni.
ReplyDeleteSama-sama.
DeleteKlau daftar guna henfon blh ye? Tp nnti bhgian gmbar dan menu list tu mcm mna ye?
ReplyDeleteBoleh je. Gambar dan menu list tu bagi je ke pihak Foodpanda. Kalau ada sebarang perubahan, boleh contact pihak Foodpanda untuk keterangan lanjut.
Deleteterbaik . sy bru nk mencuba . moga dimurahkn rezeki
ReplyDeleteTerima kasih doakan saya.
DeleteHi saya peniaga home based restaurant dalam food panda. Saya baru sahaja menbuka perniagaan di dalam app ini tetapi tidak ramai yang membeli.. ada cara untuk menaikkan atau meningkatkan home restaurant saya tak? Kalau ada sila tunjuk ajar. Terima kasih
ReplyDeleteHi, saya tak tahu sebab agak mencabar kalau nak dapat sale lebih di FP. FP bersaing kuat dengan Grabfood.
DeleteSelain tu, Misi juga pesaing kuat FP. Kelebihan Misi ialah peniaga-peniaga tidak dikenakan caj 35% seperti FP dan Grabfood.
Misi lebih baik sebab untung vendor 100%. Cuma kena promote sendiri sebab dia x sediakan marketing. Kena pandai main promo yg disediakan kat Apps. Sebab kos rider dia agak mahal. Sales dia agak slow sebab tidak bagus untuk user sebab x ada promo. Tapi kalau beli banyak item misi paling murah.
ReplyDeleteTerima kasih bagi pendapat pasal Misi di sini.
DeleteMisi tu apa. Mcm mana nak jadi partner dia
DeleteSecara ringkasnya Misi ialah app yang menyediakan servis hantar makanan. Kena download app Misi kemudian daftarlah sebagai vendor atau rider.
DeleteKatanya kena bayar deposit.. betul ke
ReplyDeleteMana ada bayar deposit dulu. Tak tahula kalau FP sekarang minta deposit pulak.
DeleteAssalamualaikum, kalau saya dah ada mesin foodpanda nak on kan balik kena daftar melalui website dia juga ke cmne..
ReplyDeleteWa alaikumussalam. Kalau dah ada device foodpanda maknanya dah boleh gunakan. Kalau ada masalah boleh chat dengan dorang guna device foodpanda.
DeleteKenapa kemasukan sale dr foodpanda tak sama dgn sale harian kita?bila semak kat akaun bank,jumlah tak sama dgn sale yg kita kira
ReplyDeleteNak kena tanya pihak Foodpanda ni.
DeleteSekarang foodpanda open lagi ke untuk homebased ni? Selain foodpanda, platform apa ye yang open for homebased?
ReplyDeleteFoodpanda masih ada untuk homebased.
DeleteSelain Foodpanda, boleh try Grab atau Misi untuk homebased.