Thursday, May 12, 2022

Lepas Beraya Sambung Berniaga

Adakah sudah terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca-pembaca beragama Islam di blog saya? Belum terlambat kan?

Selamat Hari Lebaran 1443 Hijrah
Selamat Hari Raya!

Lepas raya masih ada mood nak berniaga?

Nak berniaga tapi masih ada mood beraya?

Berniagalah walaupun anda masih ada mood nak beraya. Raya tu raya juga tapi kenalah berniaga. Kepada yang bekerja tu bekerjalah.

Kalau perniagaan anda banyak untung masa bulan Ramadhan, Alhamdulillah.

Seandainya perniagaan anda rugi masa bulan Ramadhan, inilah masanya untuk tebus balik segala kerugian tu. Cari punca kerugian bisnes dan setelkan.

Pada pendapat saya cara basic nak dapat hasil jualan yang laris manis ada 2 je :

1. Produk / Perkhidmatan Mantap

Produk yang anda jual tidak semestinya mesti paling murah. Kalau barang yang anda jual tu mahal tapi mantap, orang beli juga.

Contohnya nasi Arab Chef Ammar. 1 kotak nasi Arab lambshank harga RM50 pun orang ramai sanggup beratur nak beli masa bulan Ramadhan.

Mantap bagi anda mungkin tidak mantap bagi orang lain. Mantap bagi orang lain pun belum tentu mantap bagi anda.

Contohnya ada orang lebih suka beli nasi lemak RM1 dengan kuantiti nasi seciput, telur satu per empat dengan sambalnya sikit. Ada penjual nasi lemak RM2, nasi lemaknya semangkuk, telur rebus sebiji, ada kacang, ada ikan bilis, sambal bungkus asing.

Itu pun orang masih nak beli nasi lemak RM1 walaupun sebungkus nasi lemak RM2 lebih berbaloi berbanding dua bungkus nasi lemak RM1 dari segi kuantiti nasi, telur, kacang, ikan bilis dan sambal.

Orang kita kalau barang dah murah, nak murah lagi.

2. Terkenal

Tak semestinya mesti terkenal di seluruh dunia. Cukuplah anda terkenal di kalangan orang yang memerlukan produk atau perkhidmatan dari anda.

Contohnya Chef Ammar. Terkenal di seluruh Malaysia. Orang sanggup rentas daerah dan rentas negeri semata-mata nak beli nasi Arab ayam atau nasi Arab kambing.

Orang perlu kenal anda sebagai peniaga. Kalau orang tak kenal anda sebagai peniaga, macam mana anda nak dapat pelanggan?

Contohnya Dahlia seorang suri rumah yang menjual produk kosmetik secara sambilan. Kebanyakan ahli keluarga dan kawan-kawannya hanya mengenali dia sebagai seorang suri rumah. Oleh itu Dahlia lebih terkenal sebagai suri rumah berbanding sebagai penjual produk kosmetik.

Kalau orang ramai hanya kenal Dahlia sebagai suri rumah sahaja,  adakah orang ramai akan beli produk kosmetik dari Dahlia?

Takde angin takde ribut tiba-tiba ada orang jumpa Dahlia kata,

"Aku nak beli eyeliner!"

Tiba..

Mana ada macam tu. Kalau nak buat content lawak untuk Youtube atau TikTok bolehlah. Main tiba-tiba je.

OK kembali ke topik semula.

Dalam contoh tersebut, Dahlia perlu gunakan masa terluang di rumah untuk promote produk-produk kosmetik yang nak dijual secara online atau offline. Biar orang ramai tahu Dahlia seorang suri rumah dan juga sebagai penjual produk-produk kosmetik.

Kalau orang tak kenal dia sebagai suri rumah pun takpe asalkan orang kenal dia sebagai penjual barang-barang kosmetik. Barulah orang beli.

Nak jadi terkenal, kena promote produk atau perkhidmatan yang disediakan.

Nak jual barang murah macam mana sekali pun, kalau orang tak tahu anda jual apa, orang tak beli.

Kenapa dua je basic nak laris manis?

Ini adalah pendapat saya je. Lain orang lain pendapatnya.

Asalnya saya nak masukkan point nombor tiga, harga murah. Masalahnya orang yang nak beli tu macam mana fikirannya?

Iphone terbaru beribu-ribu ringgit boleh beli.

Nasi lemak RM2? Eh mahalnya!

Orang yang nak membeli ni kadang-kadang sanggup keluar duit lebih walaupun mahal. 

Kadang-kadang orang yang nak membeli ni dah jumpa barang murah tapi masih nak minta kurangkan harga.

Adakah ini bermaksud lebih baik jual barang harga mahal je?

Ada peniaga tu jual nasi briyani seketul daging yang kecik dan telur rebus sebiji belum kopek pada harga RM20.

Screenshot dari sini

Orang nak beli barang mahal tapi berbaloi. Bak kata pepatah 'alah membeli menang memakai'.

Saya juga ada terfikir nak masukkan point keempat, lokasi. Masalahnya orang sanggup berjalan jauh nak beli nasi Arab Chef Ammar masa bulan puasa. Lokasi seratus kilometer lebih pun orang sanggup datang.

Di negeri masing-masing takde orang jual nasi Arab yang sedap di bulan puasa?

Ini yang buat saya fikir lokasi dekat atau jauh tak jadi masalah untuk dapatkan hasil jual yang laris manis.

Zaman sekarang kan dah ada internet. Boleh jual secara online dari rumah je so lokasi tak jadi masalah. Asalkan orang senang jumpa produk/perkhidmatan anda di alam maya insha Allah laku.

Selain itu ada juga saya terfikir nak masukkan point kelima, percepatkan atau permudahkan proses jual beli supaya pelanggan-pelanggan tak perlu tunggu lama. Masalahnya orang ramai sanggup beratur  panjang selama berjam-jam untuk beli nasi Arab Chef Ammar.

Orang kita ni suka beratur panjang lama-lama ye?

Chef Ammar merupakan contoh seorang peniaga yang berjaya. Sebab tu orang ramai berpusu-pusu nak beli nasi Arab dari dia.

Nak tahu resepi nasi Arab Chef Ammar?

Video resepi Mandi Rice Lambshank

Dah tengok video tu sampai habis?

Chef Ammar dah belanja cara-cara buat nasi Arab lambshank tu. Tinggal nak buat je. Kalau menjadi, boleh buat berniaga.

Anyway, tak semestinya mesti jual nasi Arab kalau nak berjaya. Boleh juga jual benda-benda lain. Macam-macam boleh jual.

Asalkan produk anda mantap dan terkenal.

Produk mantap dan terkenal?

Orang beli walaupun mahal.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.