Monday, May 16, 2022

Harga iPhone RM700?

Siapa yang tak nak beli iPhone 12 Pro Max pada harga RM700? Harga pasaran iPhone 12 Pro Max RM3849.

Boleh percaya ke?

Boleh percaya ke iPhone harga RM700?

Sebelum anda nak cari iPhone harga RM700, baca dulu pengalaman netizen yang mahu dikenali sebagai Syukur berkenaan iPhone RM700 ni.

Syukur merupakan seorang pembantu di sebuah kedai serbaneka. Sebelum bulan puasa lagi Syukur tengok di Instagram ada orang jual iPhone 12 Pro Max harga RM700.

Pada mulanya Syukur hubungi penjual iPhone tersebut untuk kepastian. Lelaki yang promote iPhone di Instagram itu bersungguh-sungguh mengatakan iPhone yang dijualnya adalah produk terpakai diimport dari Singapore. Harga iPhone 12 Pro Max RM700 adalah promosi terhad untuk empat pembeli terawal sempena perayaan.

Disebabkan tak nak terlepas peluang, Syukur terus membuat bayaran secara online sebanyak RM700 tambah insurans RM300 kepada lelaki tersebut. Maknanya Syukur bagi dia RM1000 untuk dapatkan iPhone 12 Pro Max.

Selepas satu minggu tunggu, iPhone yang dijanjikan masih belum sampai. Syukur hubungi lelaki si penjual iPhone tapi lelaki tersebut mula berdolak-dalih. Bukan setakat tak dapat jawapan yang munasabah malah nombor telefon Syukur kena block jadi Syukur dah tak dapat nak hubungi lelaki tu lagi.

Akhirnya Syukur give up dan tak nak report kepada pihak berkuasa pasal kejadian diperdaya oleh scammer iPhone. Syukur tak nak buat report sebab bukannya boleh dapat semula duit RM1000 yang lesap tu.

Pengajaran dari kisah tersebut ialah kita jangan mudah terpedaya dengan harga iPhone 12 Pro Max pada harga RM700. Bohong je tu.

Arif Fitri Mursalim merupakan seorang penasihat jualan kedai iPhone, Perut.Ipoh-Tech Specialist mengatakan bahawa iPhone terpakai pun tak dapat harga macam tu, apa lagi kalau iPhone baru.

Arif Fitri Mursalim menunjukkan iPhone yang dijualnya di Ipoh.

Ada dua jenis orang yang jual iPhone harga murah hilang akal punya iaitu penjual iPhone klon/palsu dan scammer.

Arif bagi dua tips mudah untuk elak diperdaya beli iPhone dari individu secara online :

  1. Minta penjual tu bergambar dengan iPhone yang dijual sebagai bukti dia penjual iPhone.
  2. Minta nombor siri atau nombor IMEI iPhone yang dijual untuk buat semakan.


Apa itu IMEI?

IMEI adalah singkatan dari perkataan International Mobile Equipment Identity. Cara nak tengok nombor IMEI ialah dengan mendail *#06# nanti anda boleh nampak nombor IMEI di skrin smartphone tidak kira sama ada anda guna iPhone atau Android.

Kalau anda nak check status iPhone, boleh buat semakan nombor IMEI iPhone di sini.

Contoh result status IMEI iPhone yang dipaparkan.

Selain itu, nombor IMEI smartphone anda ada fungsi lain sekiranya smartphone anda dicuri.

Contohnya anda pengguna Celcom. Bagi nombor IMEI kepada pihak Celcom untuk track kedudukan smartphone atau sekat terus smartphone tu supaya si pencuri tak boleh guna.

Kalau pengguna telco Maxis, bagi kat pihak Maxis. Begitu juga dengan pengguna Digi, Umobile dan lain-lain.

Jangan lupa report polis kalau smartphone anda kena curi.

Anda rasa nombor IMEI penting?

Saya rasa penting.

Penutup

Kalau anda ada bajet RM700 untuk beli smartphone baru, belilah smartphone harga RM700 atau ke bawah. Harga iPhone memang mahal walaupun yang second hand punya.

Seandainya anda mampu beli iPhone, silakan beli. Kalau tak mampu, jangan beli sebab ada alternatif smartphone jenama-jenama lain yang lebih murah.

Wallahua'lam.


Source

Jerat iPhone serendah RM700

Fungsi nombor IMEI dan cara untuk mendapatkannya

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.