Friday, February 16, 2024

Persaingan Syarikat Besar Menguntungkan Pelanggan?

Persaingan dalam perniagaan ni bukan baru berlaku hari ni tapi dah bertahun-tahun berlaku. Ada yang persaingannya diketahui orang ramai dan ada juga persaingan yang tak ramai orang tahu.

Persaingan syarikat besar untungkan pelanggan?

Tak dinafikan memang banyak persaingan berlaku di dunia tapi dalam topik kali ni saya nak bagi contoh..

2 syarikat besar yang terkenal di Malaysia iaitu Maxis dan Umobile.

Persaingan?

MAXIS

Maxis menyediakan simkad Hotlink Prepaid East Malaysia atau lebih dikenali sebagai Hotlink Edisi Sabah di kalangan netizen.

U MOBILE

Umobile pula menyediakan prepaid U Borneo.


Harga Internet Plan ?

MAXIS

Seminggu RM5 dapat unlimited call to all network in Malaysia dan unlimited internet (FUP 4G 10 GB & 5G 1000 GB).

Sebulan RM20 dapat unlimited call to all network in Malaysia dan unlimited internet (FUP 4G 60 GB & 5G 1000 GB).

U MOBILE

Takde internet plan seminggu.

Sebulan RM15 dapat unlimited call to all network in Malaysia dan unlimited internet (FUP 4G 120 GB & 5G 2000 GB).


Bagaimana nak dapatkan prepaid internet plan 5G dorang ni?

MAXIS

Boleh beli nombor baru atau kekalkan nombor lama dari agent/dealer yang menjual simkad Hotlink Edisi Sabah. Saya dah tengok di website Maxis, tak dapat beli simkad Hotlink Edisi Sabah secara online.

Seandainya anda duduk di luar Sabah tapi berminat nak beli simkad Hotlink Edisi Sabah secara online, anda boleh pergi ke sini.

U MOBILE

Boleh beli nombor baru atau kekalkan nombor lama dari agent/dealer yang menjual simkad U Mobile. Kalau nak beli secara online boleh lihat di website rasmi U Mobile.


Boleh guna internet di Sabah sahaja?

MAXIS

Internet plan Hotlink Edisi Sabah boleh digunakan di seluruh Malaysia.

U MOBILE

Internet plan U Borneo hanya boleh digunakan di Sabah, Sarawak dan Labuan.


Harga internet plan laju dan murah sampai bila?

MAXIS

Tunggu sehingga pengumuman pada masa akan datang jika ada perubahan harga.

U MOBILE

Tunggu sehingga pengumuman pada masa akan datang jika ada perubahan harga.


Ada pesaing lagi?

YES pun ada prepaid internet plan tapi harga RM30 sebulan. Unlimited call to all network in Malaysia & unlimited internet tanpa FUP (4G capped speed 7Mbps & 5G uncapped speed).

Boleh beli simkad YES 5G dari agent/dealer YES atau boleh beli secara online di website rasmi YES.

CelcomDigi?

Walaupun Celcom dan Digi sudah bergabung tapi takde internet plan yang menarik bagi saya buat masa ini.

Mungkin akan datang baru CelcomDigi nak buat prepaid internet plan RM20 sebulan unlimited call dan unlimited 5G?

Kita tengoklah dulu macam mana nanti.


Lumrah persaingan dalam perniagaan

Ada yang menang, ada yang tak menang dan ada yang masih belum menang.

Terus-terang saya katakan berdasarkan tarikh saya buat topik ni, internet plan Hotlink Edisi Sabah adalah yang terbaik. Boleh guna di seluruh Malaysia.

Internet plan U Borneo memang lebih murah tapi hanya untuk pengguna di Sabah, Sarawak dan Labuan sahaja. Beruntunglah penduduk di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Pengguna 5G smartphone di negeri-negeri lain kalau nak internet plan 5G yang murah, terpaksa guna Hotlink Edisi Sabah.

'terpaksa'?

RM20 sebulan dapat unlimited call dan 5G internet tu dah cukup murah. Kalau penggunaan internet cecah FUP 1000GB, masih boleh guna internet walaupun slow. Data 1000GB tu besar insya Allah cukup untuk kegunaan sebulan atau mungkin tak habis guna pun.

Apa pendapat anda?


Sumber

Hotlink Prepaid East Malaysia

U Mobile Prepaid U Borneo

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.