Friday, October 23, 2015

Kenapa MLM teruk?

Dulu aku pernah ikut mak dengan ayah aku beraya dekat Muar. Aku nak share sikit masa beraya dekat rumah kawan ayah aku masa tu.

anti mlm
Anti Multi Level Marketing

Mula-mula ayah aku dengan kawan dia berboraklah pasal masa dorang muda dulu..

Entah macam mana boleh terselit pulak cerita MLM. Mungkin ni teknik ahli MLM nak jerat mangsa dia. Tiba-tiba kawan ayah aku bukak cerita pasal Uptrend. Dia kata kalau join Uptrend nanti boleh jadi kaya. Ayah aku terus-terang tak berminat.

logo uptrend
Logo Uptrend

Dipujuklah ayah aku jangan kata tak berminat. Last-last ayah aku suruh kawan dia tanya aku plak. Eh, aku pun tak berminat jugak! Tapi takpe sebab nak jaga air muka kawan ayah aku punya pasal aku layankan aje.

Kawan ayah aku penuh excited tunjuk kat aku gambarajah cara-cara nak jadi kaya. Macam-macam gambarlah kononnya sebagai bukti betapa hebatnya Uptrend. Dia siap tunjuk suratkhabar ada gambar ND Lala join Uptrend. Lepas aku tengok gambarajah macam piramid tu aku pun amik kesempatan tanya dia "Ini skim piramid ke?"

nd lala uptrend
N.D. Lala
Dia terdiam sekejap. Aku detailkan sikit pertanyaan aku. "Skim piramid ni samalah macam MLM, kalau nak dapat duit kena cari orang lagi ramai join lagi banyak dapat duit kan?" Dia pun jawab "Lebih kuranglah."

Dia siap offer lagi kalau tak tahu nak ajak orang join nanti dia boleh tolong. Dia kata kalau dekat kilang tempat aku kerja lagi besar peluang orang nak join. Masa ni aku masih kerja makan gaji so dia offerlah kat aku yang dia boleh turun JB untuk tolong terangkan pasal Uptrend dekat mana-mana pekerja kilang yang berminat. Pekerja kilang ni gaji dia kecik so lebih mudah nak join uptrend katanya.

susie yeoh ceo uptrend
Dato Susie Yeoh CEO Uptrend Network Sdn Bhd
Dia ceritalah pengalaman dia sendiri masa mencari orang join MLM. Banyak student yang dah join. Sampaikan pencuci kereta pun ada join under dia jugak. Kebetulan ada orang lain datang beraya ke rumah, dia kata orang yang datang tu pun dah join jugak. Tak ramai yang kata tak nak bila dengar peluang boleh buat duit dengan Uptrend katanya.

Masa ni aku dah tak seronok nak duduk lama-lama kat rumah dia. Aku terasa nak balik cepat je. Kawan ayah aku siap minta nombor telefon aku lagi sebelum balik. Ikutkan hati aku tak nak bagi tapi nak jaga hati kawan ayah aku punya pasal aku bagi je la nombor tepon aku kat dia. Bagi nombor tepon je tapi memang tak nak join pun.

peter wong
Peter Wong Naib Presiden Kanan Pentadbiran dan Operasi Uptrend
Bila dah balik JB, dia sms aku pasal Uptrend. Aku tak balas pun sms dia sebab memang aku tak berminat dengan MLM ni. Aku pernah beli majalah pasal keusahawanan tapi lupa lak tajuk dia. Benci betul bila aku terbaca pasal Uptrend dalam majalah yang aku beli.

"Kita mesti memperkasakan diri dengan ilmu." Ayat tu tak salah tapi disalahgunakan oleh agen MLM Uptrend. Dah terbeli majalah-tak-ingat-nama so aku baca je la pasal kejayaan orang yang join Uptrend di Johor, Melaka, Kelantan dan banyak lagilah orang dari negeri-negeri lain yang dah terpedaya dengan MLM.

Bukan semua info dalam majalah tu aku benci. Ada jugak info yang best contohnya pasal pemandu lori air batu yang berjaya buka syarikat air batu sendiri. Dah ada pengalaman hantar air batu sana sini jadi dia buka company air batu sendiri. Sejak dia buka company sendiri, pendapatan dia jauh lebih tinggi dari masa dia kerja makan gaji.

OK kita berbalik semula cerita pasal MLM. Lepas dekat setahun aku kerja kilang, tiba-tiba kawan aku yang dah berhenti kerja call aku bagitau ada peluang senang buat duit. Aku dah rasa lain macam dengan offer dia so aku jawab tengoklah dulu macam mana nanti.

Jangkaan aku tak salah sebab dia datang ke kilang bawa risalah Uptrend! Sedangkan dia yang tak berapa faham pasal sistem MLM pun boleh buat duit apa lagi orang macam aku katanya. Dia ada juga cerita kat aku yang dia pernah join MLM lain sebelum ni tapi gagal. Penuh excited dia bagitau Uptrend ni bagus siap masuk dalam majalah.

Aku serba salah sebab dia baik dengan aku tapi aku terpaksa tolak juga. Aku katalah sebelum ni pun ada orang offer aku join Uptrend tapi aku tak berminat. Aku kesian dekat dia tapi apa nak buat, nak berkasar tapi tak sampai hati. MLM punya pasal sesama member pun boleh terasa hati dibuatnya.

Yalah, member dah ada bini dah ada anak sorang. Tiba-tiba ada orang perdaya dia suruh join Uptrend kalau nak hidup senang. Mungkin dia fikir senang nak tanggung keluarga dia, itu yang dia terperangkap dalam dunia MLM.

Bila aku dah berhenti kerja kilang, aku kerja kat company network pulak. Bukan networking merangkap MLM tu tapi memang betul-betul networking. Company yang sediakan servis pasang kabel untuk networking kat ofis, sekolah, balai polis, kilang dan macam2 tempat lagilah.

Masa kerja kat sini pun ada orang offer business penapis air. Bukan orang lain pun tapi makcik aku sendiri yang suruh aku datang meeting Dr. Sukida. Adalah beberapa orang makcik-makcik dan pakcik-pakcik aku yang terlibat dengan Dr Sukida. Mula-mula pergi je la meeting Dr. Sukida dekat Taman Tampoi Indah sebab aku nak tahu sistem perniagaan dia macam mana.

Dalam meeting tu aku dan orang-orang yang hadir diterangkan pasal kebaikan minum air yang ditapis guna penapis air Dr. Sukida. Dijelaskan juga kalau dapat tarik orang join Dr. Sukida ada imbuhan dia mengikut level-level tertentu. Cis, MLM lagi!

Bab MLM ni yang buat aku tak suka tapi bab vending machine ni yang aku berminat. Jadi aku dengan makcik aku share duit sewa vending machine dr.sukida RM4200 setahun. Saja nak tengok setahun macam mana. Join MLM? No way!

Not bad, setiap bulan average RM600 hasil vending machine sukida. Berbahagi dua dengan makcik aku so average RM300 sorang setiap bulan. OK memang boleh buat duit walaupun tak join MLM Dr. Sukida. Aku mula terfikir sampai bila aku nak kerja makan gaji macam ni? Aku tak nak tipu diri sendiri.

Lepas setahun lebih kerja kat company network, aku bertukar arah nak berniaga sepenuh masa. Masa nilah aku dihentam teruk oleh family aku. Takde sorang pun yang sokong niat aku nak berniaga sepenuh masa. Rancangan aku nak berniaga sepenuhnya seolah-olah jenayah besar bagi dorang!

Takde pendapatan tetaplah! Sayangnya! Ruginya! Berniaga mesti ada pendapatan tetap setiap bulan! Kalau pendapatan tak tetap jangan berniaga!

Damn it!!!!!

Kalau ada anak korang yang nak berniaga, jangan hentam dia! Sebab aku sendiri dah merasa macam mana sakitnya hati masa tu!!!! Mungkin korang fikir lebih selamat anak korang kerja makan gaji tapi kalau anak korang lebih cenderung nak berniaga, aku ulang lagi sekali.... jangan halang dia! Tak kira sama ada halang dengan perli, sindir, direct sound atau apa-apa cara sekalipun! Jangan halang anak korang yang nak berniaga. Sokong je la dorang nak berniaga.

Jangan setakat biarlah... Dah kemaruk nak sangat berniaga biarlah... Biarlah... Biarlah... Biarlah...

Ini maknanya tak ikhlas!!! Korang mesti ikhlas doakan yang terbaik untuk anak korang! Doakan keuntungan anak korang di dunia dan akhirat. Jangan paksa anak korang sama cara fikir kerja makan gaji lebih baik macam korang. Kalau anak korang berjaya dalam bisnes, korang pun dapat tumpang senang. Jangan ego dengan anak sendiri !!!

Bagi ibu bapa yang sokong perniagaan anak mereka, you got my respect. Tak mampu sokong dari segi kewangan pun takpe. Sokong dia dengan kata-kata motivasi. Andaikata anak korang gagal dalam berniaga dan buat keputusan untuk kerja makan gaji pun takpe. Bukan masalah besar pun anak korang buat keputusan sendiri macam tu.

Andaikata anak korang masih berusaha keras untuk berniaga walaupun gagal berulangkali? Sokong je keputusan anak korang tu. Biar anak rasa dihargai, bila dirinya dihargai korang akan lebih dihormati. Bukannya sibuk tanya hari ni berniaga dapat berapa? Dua tiga bulan dah berniaga ni dapat berapa? Sibuk sangat tanya dapat berapa ni kenapa!!! Doakan jelah anak korang tu untung berlipat kaliganda!!!! Bila anak korang mula berniaga bermakna dia berani ambik risiko yang korang sendiri tak mampu nak buat!!!!

Arrghhh!!!! Geramnya aku bila teringat balik masa mula-mula nak berniaga tepi jalan!!!!

OK kita berbalik semula cerita pasal MLM. Bila dah berhenti kerja adalah beberapa kali aku pergi meeting Dr. Sukida. Sampailah satu tahap tu Goh dengan Lee tak sebulu lagi.

Lee Hock Seng orang atasan Dr. Sukida
Aku pun tak tahu apa masalah dorang. Goh keluar dari Dr. Sukida dan buka company baru untuk buat penapis air jenama baru. Dari MX Corporation muncullah penapis air baru yang diberi nama M6.

Guek Chong Goh Director MX Corporation
Makcik aku yang pernah share duit dengan aku sewa vending machine Dr Sukida join M6. Makcik aku dan pakcik aku yang lain-lain pulak masih setia dengan Dr. Sukida. Aku? Aku berminat dengan vending machine dia je. Bayangkan bisnes 10 sen 20 sen pun boleh dapat hasil sampingan yang OK.

Aku kurang berminat nak jual penapis air M6 yang beribu-riban tu. Memang ada penapis M6 bawah RM1000 yang kecik punya tapi aku tak berminatlah nak jual barang mahal-mahal macam tu. Orang jual M6 ada sistem MLM? Ada... tu yang aku tak berkenan tu. Aku tak join pun MLM dorang, aku cuma share duit dengan makcik aku beli sendiri vending machine M6 lepas tu letak dekat gudang tempat ramai pekerja.

Walaupun harga vending machine M6 mahal gila tapi beli jugak ikut harga ahli makcik aku RM9900. Harga jual dia masa tu RM16900. Kalau sekarang tak tahulah berapa puluh ribu harga dia. Sejak beli vending machine M6, aku dengan makcik aku dah tak sewa lagi vending machine Dr Sukida.

Lepas berhenti kerja aku berniaga tepi jalan walaupun dah ada vending machine. Aku jual popia goreng lepas tu tambah sikit jual pisang goreng dengan keropok lekor. Masuk bazar Smart pun jual popia goreng. Habis bazar pun berniaga lagi tepi jalan.

Sampailah satu masa tu ada makcik dan pakcik aku bertandang ke rumah. Bukan orang lain tapi kira pangkat anak sedara nenek aku ni. Tujuan dorang datang ni yang aku nak share dengan korang.

Dorang kata nak share pasal bisnes dengan aku sebab dorang tengok aku ni serius dalam perniagaan. Aku dah mula rasa tak senang duduk masa ni. Aku rasa tak senang sebab setahu aku dorang takde kedai atau berniaga kat mana-mana hatta tepi jalan sekalipun.

Dorang perkenalkan kopi Mahkota Dewa. Kalau nak jual sendiri pun boleh tapi kalau dapat cari orang join nanti dapat pulangan lebih banyak. Aku dah agak dah mesti dorang nak perkenalkan MLM tu yang aku tak senang duduk dari tadi.

Kopi Mahkota Dewa 14 dalam 1
Berkobar-kobarlah makcik aku yang sorang ni cerita pasal bisnes kopi Mahkota Dewa. Khasiat dia baik untuk kencing manis, gout, darah tinggi dan macam-macam lagilah kebaikan dia. Sistem bisnes dia pulak bagus katanya, ahli-ahli dia diberi pilihan ganjaran hebat di antaranya sama ada nak buat umrah, nak dapat kereta atau sekadar nak duit sahaja. Tak ada sistem MLM macam Aljannah Global Marketing kononnya. Aku nak cakap tak berminat tapi tak sampai hati mengenangkan dia baik dengan nenek aku.

zulkefli ceo ajglobal sabariah gm ajglobal
Orang kuat AJ Global Marketing
Last-last aku terpaksa juga tunjukkan yang aku kurang berminat. Aku cakaplah nantilah tengoklah macam mana. Terus lain muka makcik aku ni. Dia bagi aku risalah siap nombor telefon dia. Terus tukar topik tanya aku beli pisang buat berniaga dari mana. Aku jawablah beli kat Kampung Melayu. Dia kata memang murah beli pisang kat situ. Bla bla bla tukar topik.

Masa aku berniaga dekat bazaar Ramadhan, saudara aku singgah kat gerai aku. Dia cerita pasal Tune Talk Tone Excel. Dia kata lebih jimat guna Tune Talk sebab top up sekian sekian dapat sekian sekian. Aku tak berminat sebab aku dah ada nombor sendiri dah. Dia sekali top up RM50 sedangkan aku top up sebulan dalam RM10 atau RM30 je. Lagi jimat cara aku. Tak payah nak ber Tune Talk sebab nak jimat punya pasal.

Tone Excel
Tone Excel
Dia cerita lagilah yang perkenalkan Tune Talk dekat dia tu seorang ustazah! Ya ustazah! Ustazah MLM Tone Excel Tune Talk beb!

Lepas habis raya, terjumpa lagi sedara aku yang pernah ajak join tone excel masa dekat masjid lepas habis solat Jumaat. Dia cerita lagi pasal MLM. Kali ni ajak join onexox pulak..keliru aku jap tone excel jap onexox. Aku terus terang tak nak join MLM dia.

Ini yang aku tak suka pasal MLM. Sesama ahli keluarga pun boleh terasa hati dibuatnya. Masa bujang dulu aku jual pisang goreng tepi jalan sikit pun tak terasa hati kalau takde sorang pun sedara-mara aku nak beli dengan aku. Tapi kalau MLM ni korang sendiri faham-faham je la lepas baca cerita aku ni.

MLM dari segi sistem memang fail. Orang yang dah terperangkap dengan MLM terpaksa perangkap orang lain untuk join under dia supaya dapat balik duit modal dorang. Orang bawahan yang dah terperangkap pun terpaksa perangkap orang lain pulak dengan tujuan sama and so on. Last-last bila orang bawah punya bawah punya bawah punya bawah berapa kali bawah tak dapat cari lagi orang bawah, terus jahanam sistem MLM. Downline merana, upline ketawa.

Owh, tapi dorang pandai putar belit. Katanya sistem pekerjaan syarikat korporat pun tak lari dari MLM. Sakit perut aku gelak. Pandai betul hujah dorang macam Ahmad Maslan CGPA 3.85. 

Dari segi bisnes memanglah dorang nak luaskan perniagaan dorang dengan seluas-luasnya. Dalam syarikat korporat atau mana-mana syarikat bukan MLM ada limit dia yang tersendiri. Kalau dah cukup kakitangan dorang pun tak nak bazir duit tambah lagi kakitangan sedia ada. Kalau dorang ada kekosongan barulah dorang open kepada sesiapa yang berminat.

Kalau dalam MLM? Sumbat je downline sebanyak yang boleh. Lagi banyak downline lagi kaya, itu je la cara dorang fikir. Downline downline downline!

Ingat orang kerja makan gaji tak keluar banyak duit ke? Dorang sanggup keluar duit beribu-ribu nak dapatkan degree, master, phd sebab nak dapatkan gaji lagi tinggi. Dorang berebut-rebut nak dapatkan pangkat walaupun bekerja dalam satu company. Bohonglah kalau kerja makan gaji tak bersaing. 

Haish ada je suara-suara sumbang MLMers tak puas hati! Siapa usaha lebih dapatlah lebih. Tak kiralah kerja makan gaji atau kerja sendiri. Kalau ada peluang untuk dapat rezeki lebih, rebutlah walaupun terpaksa keluar duit lebih.

Hah kalau macam tu, MLM pun sama jugak. Kalau nak lagi maju keluarlah duit lebih amik pakej lagi besar. Ada pakej diamond, tungsten, steel, emas, intan, perak, tanah liat macam-macam ada.

Kalau dilayankan sangat puak-puak MLM ni, ada je cara dorang nak spin. Selagi bole putar memang dorang putar. Siap guna agama untuk kepentingan dorang sendiri. Sistem MLM ni merosakkan tapi dengan hujah siap ayat Quran, hadis bagai habis orang-orang kampung terpedaya...orang bandar pun apa kurangnya...

Daripada buat MLM, baik buat bisnes sendiri. Kalau tak nak buat kerja sendiri, kerja makan gaji pun takpe asalkan jangan join MLM. Sistem MLM memang merosakkan. Boleh lari budget kalau join MLM.

Sebelum aku habiskan artikel ni, aku nak jelaskan lagi sekali tolong jangan perkenalkan MLM dekat aku. Aku memang tak minat MLM. Aku tak nak rosakkan budget harian aku dengan MLM, anda pula bagaimana?

Ada tak MLM yang join tak kena bayar dan tak paksa ahli dapatkan target sales setiap bulan?

Sumber

Uptrend Network Sdn Bhd
Kata Ceo Uptrend
Dato Susie Yeoh founder Uptrend
Uptrend sedia disiasat
Info Dr Sukida PDF
Website M6
Kopi Mahkota Dewa
Penjelasan pasal MLM
Tone Excel
Perbezaan Onexox dan Tone Excel
Info about MLM

15 comments:

  1. Hehe. MLM tu samalah maksudnya dengan Networking. Biasanya yang dah mengalami pengalaman pahit pasti akan bencikan MLM.

    MLM @ Networking bisnis ni bagus sebenarnya. Bisnis utk jangka masa pjg. Sikap manusia yg duduk dlm bidang ni je yg membuatkan orang jadi menyampah & meluat. Sama sahaja MLM & Networking ni... Kalau xcari orang, macamana produk nak laku & bagaimana network nak berkembang? Sebab tu kena pilih MLM & Networking yang betul. Biar sistem yang bekerja untuk kita. Bukan kita yg all out utk sistem...

    MLM @Networking adalah bisnis income jangka masa pjg. Kena bijak handle & cekap memilih tapi tak salah pun mencuba jika minat. Minat duit, On... Tak minat, buat kerja tetap sepenuh masa spjg hayat.

    Saya bisnis sambilan je. Tapi tak minat juga MLM @ Networking yg jenis memaksa² dan membuang masa sampai lewat malam... Lainlah tak bekerja. Bolehla full time bisnis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cikgu ieta, terima kasih banyak-banyak sudi share pendapat pasal MLM dan networking. Saya tak pernah join MLM dan tak pernah rasa pahitnya buat bisnes MLM tapi saya tetap bencikan MLM. Saya dah banyak kali mengalami pengalaman pahit dalam perniagaan non-MLM tapi saya tak pernah bencikan perniagaan non-MLM. MLM mengharapkan keuntungan melalui kemasukan downline tapi bisnes non-MLM dapat keuntungan melalui produk atau perkhidmatan yang disediakan.

      MLM dan networking tak sama maksud sebenarnya. Sekarang ni dah banyak syarikat MLM guna perkataan networking untuk memperdayakan orang ramai. Itu yang menyebabkan orang salah faham ingatkan MLM = Networking / Network Marketing.

      Network Marketing bukannya merekrut orang jadi downline seperti yang dibuat oleh orang MLM. Networking bermaksud mempunyai hubungan baik dengan pihak tertentu yang boleh bantu dalam perniagaan. Contohnya..

      1. Networking antara peniaga sarapan pagi tepi jalan dengan penjual kelapa.
      Kebaikan untuk peniaga sarapan:
      Dapat bekalan kelapa parut dan santan pada harga yang lebih rendah untuk buat nasi lemak serta kuih-muih.
      Kebaikan untuk peniaga kelapa:
      Dapat pelanggan tetap. Lagi banyak peniaga sarapan tepi jalan beli, lagi banyak pelanggan tetap. Itu baru networking dengan peniaga tepi jalan, belum lagi networking dengan peniaga warung, restoran dan seumpamanya.

      MLM bukan bisnes jangka masa panjang sebab dah banyak syarikat berkonsepkan MLM tersungkur. Contohnya pemilik Hyprobulksms yang dulu sibuk dengan MLMnya sekarang dah buka kedai jual barang RM2.00. Syarikat Uptrend dulu pun MLM juga tapi sekarang buat trading sahaja maknanya jual beli produk je, takde lagi MLM. Gelang AC Mizal yang betul-betul hangat dengan MLM beberapa tahun lepas pun dah lenyap sebab ada banyak gelang yang lebih berkualiti di pasaran dengan harga yang lebih rendah.

      Memang betul dalam perniagaan, kita kena cari orang untuk jadi pelanggan kita. Juallah produk secara konvensional. Lagi banyak cari orang lagi besar peluang menjual produk tanpa menggunakan sistem MLM. Kembangkanlah perniagaan dengan memperkenalkan produk bukannya dengan mencari downline sebanyak mungkin sebab akan sampai masa downline tak akan dapat cari downline lagi. Masa tu memang takkan berkembang punya sebab sistem MLM dah sampai tahap tepu.. Memang susah nak terima tapi itulah hakikat sistem MLM.

      Boleh saya tahu cikgu ieta terlibat dalam MLM apa? Saya berminat nak tahu MLM apa yang betul, yang sistemnya bekerja untuk kita supaya kita tak perlu all out untuk sistem..

      Saya tak nafikan mungkin ada pihak yang memaksa orang join MLM tapi majoriti yang saya tengok lebih kepada tunjukkan "bukti" kemewahan atau kesenangan yang bakal diperolehi kalau join MLM.

      Contohnya ayat-ayat manis agen MLM..
      "Senang je bisnes ni, setiap bulan duit masuk."
      "Tak nak ke duit lebih?"
      "Pelaburan ni baik untuk masa depan."

      Macam-macam lagilah ayat-ayat manis dorang sebab majoriti orang MLM yang saya jumpa memang macam tu. Dorang tak paksa tapi memperdaya.

      Berbeza pendapat bukan bermakna cari gaduh. Dari perbezaan pendapat barulah kita boleh cari kebenaran. Saya sokong Cikgu ieta terlibat dalam bisnes walaupun secara sambilan je. Semoga cikgu ieta berjaya dalam bidang bisnes yang dilakukan asalkan bukan MLM.

      Sekali lagi saya ucapkan terima kasih sebab luangkan masa untuk tinggalkan komen di blog buruk saya ni.

      Delete
  2. MLM?
    sebenarnya MLM sistem yg baek...

    bila aku tengok org jual barang...
    aku tengok ape cerita dia...

    kalau 50% cerita pasal dwonline
    49% pasal kaya...
    1% produk
    SCAM!!!

    99% cerita pasal produk
    1% pasal downline
    maksudnya barang senang jual...
    benda nie yg betul...
    contoh insuran...

    n onexox ke apa ntah...beli simcard pun dah mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi share pendapat anda pasal mlm. Kalau sayalah wlwpn 1% cerita cari down line pun saya tak suka. Sy nk bisnes yg bebas mlm sebab sistem dia pasti akan tepu bila dah tak dpt cari down line. Kan lebih baik cerita pasal produk/servis 100%.

      Delete
  3. Saya pon tak suka mlm

    Harga brang yg sebenarnya harga rm50 tp dijual warga mlm jadi rm250 sebab apa? Sebab dia nk bhagi duit tu kpd upline2 ....

    Kne check balik dr segi agama mcmna hukum MLM sstem piramid ni...

    Wallaualam

    Sy tolak mlm

    Tp sy suka meniaga...just meniaga mcm jafi agen dptkn brang dr stokis...yg tutakpe..

    Tp klau mlm..no lah..sory

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah anda sependapt dgn saya. Semoga anda sukses dlm perniagaan anda.

      Delete
  4. Saya tak join MLM, tapi ada sesetengah kawan saya guna ayat provoke kat FB supaya join benda ni, katanya rugi tak join sebab produk tu dapat buat duit, plus ada banyak kelebihan macam dapat melancong, tebus tiket, beli kereta dll. Pada pendapat tuan, kalau kita pandai berjimat dan tak join MLM boleh ke kita reward diri kita sama macam reward yang MLMers dapat dalam masa yang singkat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada pendapat saya insyaAllah boleh. Daripada habiskn masa cari downline atau jual produk MLM yg melampau mahal, lebih baik berusaha kerja sendiri/makan gaji.

      Delete
  5. Join MLM pon x pernah.Acah2 tahu je sistem MLM.Sistem MLM tu semua bisnes ada.Faham MLM bebetul dulu.Baru tembak.

    Senang cerita macam ni.
    Jimak haram?
    Tak haram.

    Tapi kalau jimak lalu belakang?
    Haram tak?

    Salah siapa?
    Salah jimak ke salah manusia???

    Kalau bisnes biasa?
    Salah?

    Tak salah.

    Kalau bisnes biasa tapi tak jujur.
    Siapa salah?

    Bisnes ke manusia tu sendiri?

    Manusia bro.Bukan semua orang kita boleh ubah.
    Ubah diri sendiri aje lah kan.
    Tak payah nak memekak dalam blog.

    So sistem betul.Perangai orang dalam sistem yang tak betul.Manusia bro.Mana ada yang sempurna.

    Networking memang x sama dengan MLM.
    Yang sama Network Marketing.
    Alahai kesian.

    Takpe lah.Tabah lah wahai sahabat.
    Teruskan berjuang dalam dunia perniagaan anda.
    Saya hanya memberi pendapat.

    Selamat Maju Jaya ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terus amik contoh jimak ya? Ganas betul komen.

      Bisnes pun ada yg salah dan ada yg betul. Bukan semua bisnes tu betul. Manusia diberi akal so pilihla bisnes yg betul barulah berkat.

      Orang tak nak berubah,kita tak boleh paksa. Biarlah dia nak terima MLM atau tak nak.

      Saya pilih untuk tidak menyertai MLM. Bro ada masalah ke saya benci MLM?

      Saya memekak dalam blog? Blog saya kan? Suka hati sayalah nak luahkan pendapat saya benci MLM. Bro tu yang dah menyibuk memekak kat blog saya ni apa hal? Bukan main lagi komen macam bagus sangat.

      Networking memang tak sama dengan MLM tapi saya dah jumpa manusia MLM guna perkataan networking ganti perkataan MLM. Perkataan Network marketing pun digunakan jugak oleh manusia MLM. "Rugi tak join" adalah ayat popular/terdesak manusia MLM. Aduhai kesiannya manusia MLM...

      Ingatlah saudara, kita tak boleh paksa orang terima pendapat kita. Biarlah pendapat saya tak suka MLM, tak payahlah melalak kat blog orang lain. Saya tak nak ubah pendirian saya yang tak suka MLM. Saya tak paksa pun orang lain jadi macam saya.

      Kalau orang lain tak nak berniaga tepi jalan macam saya pun saya tak kisah.

      Terpulanglah nak berniaga dari rumah ke, sewa kedai ke dll. Nak kerja mkn gaji pun boleh, tak jadi masalah bagi saya.

      Tapi bila saya tak suka MLM, kenapa bro macam tak puas hati pulak?

      Ini tidak adil tapi takpelah. Tabahlah saudara dalam bidang kerjaya yg saudara ceburi. Saya pun ada hak beri pendapat terutama dalam blog saya sendiri.

      Selamat maju jaya jugakla untuk bro.

      Delete
  6. Maaf nak cakap. Tone Excel dan Onexox adalah 2 company yg berbeza. Tone Excel lain. Onexox lain. Tone Excel yg ratus2 tu. Onexox simkad Rm10 je dan Onexox adalah MVNO yg bermaksud telco provider. Bukan program MLM. SO, kena betulkan entri ni untuk elak fitnah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tolong tegur. Dulu saudara saya pernah tunjuk plan marketing onexox...

      Saya tak berminat tapi sekali lagi terima kasih sebab sudi kunjung dan komen di blog saya.

      Delete
  7. Ramai yg keliru antara syk mlm murni dgn yg mempergunakan nama mlm..bayak nama contoh syk di atas tak berlesin dan plan yg melanggar aktar ajl.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tetap tolak MLM. Terima kasih sudi komen di sini.

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.