Saturday, January 7, 2017

Jangan sakitkan hati customerr

Peniaga ada masa jadi pelanggan jugak. Takkan peniaga 24 jam je walau kedai mamak 24 jam sekali pun. Sampai masanya, tauke kedai mamak 24 jam jadi pelanggan nak beli kereta baru. Contohnya peniaga tepi jalan sampai masa jadi pelanggan di kedai handphone nak cari smartphone baru. Cukup 2 contoh setakat ni.

Jadilah peniaga yang beradab.
Sebelum ni aku pernah cerita pasal pelanggan cerewet dalam topik lain. Sekarang aku nak cerita pasal peniaga bermasalah pulak.

Perkongsian aku kali ni bukan nak mengaibkan sesiapa tapi sekadar peringatan kepada semua peniaga sama ada dalam bidang perkhidmatan atau jualan. Tak kira peniaga baru atau lama dan tak kira bangsa apa sekali pun.

Pengalaman aku nak hantar kereta untuk servis, biasanya aku cari bengkel milik orang Islam sebab nak bantu perniagaan orang Islam. Adalah satu bengkel ni tak jauh dari masjid. Selalu jugaklah hantar kereta ke tempat dia. Bengkel dia takde pekerja maknanya dialah tokey dan dialah pekerja. Bukan sekali dua hantar servis kereta kat dia, dah beberapa kali jugaklah.

Makcik aku pernah bagitau dia sakit hati dengan mekanik tempat aku hantar ni. Sebelum makcik aku nak hantar kereta servis kat dia, makcik aku tanya dulu sebab bengkel dia bukan setiap hari bukak.

Makcik : Nak hantar kereta servis hari isnin ni boleh tak?

Mekanik : Kalau hari isnin ni ada, adalah. Kalau takde, takdelah.

"Best" tak jawapan orang tua tu? Mekanik tu memang tualah macam dah dekat 50 lebih. Sejak dari tu, makcik aku hantar kat bengkel lain je kalau nak servis kereta. Bagitau je la elok-elok hari Isnin takde kan senang. Bole hantar servis hari lain. Tak pasal-pasal dah hilang satu customer.

Kes aku pulak lepas servis, mekanik tua ni tegur pasal minyak break..

Mekanik : Minyak brake kering ni. Eh, macam mana kau bawak ni minyak brake kering?

Aku : Sebab tu la hantar ke workshop.

Mekanik : Eh, mana boleh macam tu.

Aku : Habis tu apa guna pomen?

Mekanik : Pomen dia buat apa yang nak kena buat je bukannya check semua. Bukan kerja pomen nak jaga, kau sendiri nak kena jaga kereta sendiri.

Bukan main "mantap" jawapan mekanik tua ni. Tak pasal-pasal dia dah hilang 2 customer. Benda ni berlaku tahun lepas. Sejak dari tu aku hantar servis kat tempat lain je.

Aku hantar kat satu workshop di Taman Daya dua hari lepas. Aku nampak sorang cina jaga workshop kira dia tokey dan dia pekerjalah macam workshop si mekanik tua.

Lepas tukar minyak enjin dengan oil filter, dia check minyak break/gear. Pastu, dia check pulak air tempat pancut cermin depan dengan air radiator. Dia siap tolong isi air dua-dua tempat tu sampai penuh. Aik, aku tak suruh pun dia tolong buat?

Ini macamlah servis kereta barulah tak sakit hati.
Sebelum ni pun memang pernah hantar van ke tempat yang sama. Ok lah setakat ni takde kata-kata yang menyalitkan hati aku.

Peniaga tepi jalan pun apa kurangnya ada jugak yang menyakitkan hati. Perkara ni berlaku tahun 2015. Hasil jualan masa ni habis licin so aku dengan orang rumah singgahlah satu tempat ni nak beli sarapan. Bukan sekali dua beli malah dah beberapa kali beli dengan dia.

Masa orang rumah aku nak bayar harga makanan tiba-tiba makcik tu kata "Eh, duit koyak macam ni tak laku ni."

Adalah beberapa pelanggan yang nak beli pun ikut dengar apa makcik tu cakap. Dipendekkan cerita, orang rumah aku tukar duit RM20 yang dikatakan tak laku tu dengan RM20 yang lain.

Aku belek-belek duit RM20 yang makcik tu tak terima. Memanglah koyak tapi dah ditampal dengan salotape. Keratannya semua cukup takde yang hilang. Lagipun duit bersalotape ni aku dapat dari customer sarapan aku. Duit koyak yang bertampal takde keratan yang hilang, aku terima.

Aku gunakan duit yang sama untuk pergi beli topup RM10. OK je cina tu terima siap bagi duit balik RM10. Kedai sewa pulak tu, bukan bukak guna payung atau canopy berniaga tepi jalan.

Setiap minggu memang aku ada nampak makcik koyak berniaga pasar malam. Tahun lepas pulak nampak dia berniaga kat bazar Taman Daya. Kalau nampak makcik ni berniaga kat mana-mana, kitorang tak nak beli. Tak pasal-pasal dapat gelaran makcik koyak.

Aku peniaga dan aku juga pelanggan. Bila terkena benda-benda macam ni, aku semakin faham perasaan customer bila berdepan dengan peniaga bermasalah. Mungkin masalah produk low quality tapi harga tinggi melampau. Mungkin masalah ditipu atau diperdaya dengan pelbagai cara yang licik.

Sepatutnya kita yang beragama Islam lebih pandai menjaga adab. Jangan salahkan customer tak nak sokong perniagaan sesama Islam. Peniaga tu sendiri kena jaga cara bercakap supaya tak menyakitkan hati customer. Lagi satu jangan menipu dalam perniagaan. Kesianlah dekat customer yang teraniaya.

Kalau nak berniaga, jadilah peniaga yang baik. Kalau nak membeli, jadilah pelanggan yang baik. Barulah seronok berjual beli.

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.