Thursday, April 11, 2019

MDSB Larang Berniaga Luar Sekolah

Orang berniaga luar sekolah ni beruntung sebab ada banyak pelanggan-pelanggan bawah umur singgah. Kalau jual aiskrim time budak-budak balik sekolah memang masyuuuk.

Operasi MDSB di Sabak Bernam.
Akan tetapi adakah yang berniaga di luar sekolah tu 100% orang tempatan?
Apa-apa hal bacalah dulu petikan berita ni.
--petikan berita--
SABAK BERNAM: Sembilan penjaja dipercayai tanpa lesen, yang berniaga di luar pagar sekolah di daerah ini dikenakan kompaun dan tindakan sita dalam satu operasi yang dijalankan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) selama dua hari minggu lalu.
Setiausaha MDSB, Mohd Muktafi Sarpan, berkata serbuan dijalankan hasil aduan dan maklumat awam mengenai kewujudan penjaja makanan tidak berlesen di kawasan sekolah berkenaan.
“Hasil pemeriksaan pada Khamis dan Jumaat lalu (4 dan 5 April) itu membawa kepada tindakan terhadap sembilan penjaja terdiri daripada lima rakyat tempatan dan empat warga asing."
--tamat petikan berita--
Saya cukup tak suka tengok penjaja jual jajan luar sekolah. Jajan tak baik untuk perut budak-budak. Kalau selalu makan nanti boleh jatuh sakit.

Cubalah jual buah-buahan ke, air buah ke, aiskrim buah ke.. Barulah baik untuk kesihatan budak-budak. Kalau jual keropok lekor, ayam goreng, kuih-muih dll pun boleh juga asalkan halal dan bersih.

Dah baca petikan berita? Dari sembilan penjaja tu ada empat orang penjaja warga asing. Jangan bagi can kat warga asing berniaga sesuka hati kat Malaysia.
Kalau warga tempatan ni, janganlah berkeras sangat. Suruh dorang amik lesen penjaja, ajar dorang cara-caranya. Lagi bagus kalau dapat daftar on the spot kat tempat penjaja tu.

Ambil segala maklumat penjaja tu pastu suruh tunggu panggilan telefon dari pejabat majlis. Nanti dorang tinggal datang ke pejabat amik lesen je. Kalau penjaja tu masih berdegil, barulah denda atau sita barang-barang dia.

Masalah penjaja luar sekolah ni bukan masalah baru. Mana-mana peniaga kantin pun memang tak suka penjaja kat luar sekolah. Teringat masa sekolah rendah, kat perhimpunan guru besar tua ganyut selalu cakap jangan beli dari penjaja luar sekolah.

Dalam sekolah pun ada jugak cikgu yang berniaga. Itu belum lagi budak-budak yang ikut meniaga dalam kelas. Kat luar sekolah lagi ada penjaja.

Selagi boleh berniaga kat dalam atau luar sekolah tu, teruskanlah. Dah ada peluang kan?

Sana sini orang berniaga tapi kalau kena halang berniaga tu, faham-fahamlah jangan berniaga kat sekolah lagi. Orang awam yang buat aduan tu berkemungkinan besar ialah orang kantin jugak tu hahaha. Dorang mana senang duduk bila ada pesaing.

Ok cukuplah setakat ni. Anda cikgu yang berniaga di sekolah? Anda sendiri penjaja luar sekolah atau peniaga kantin sekolah? Jom kongsi pendapat anda pasal meniaga di luar sekolah melalui komen.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.