Wednesday, June 1, 2022

Mangsa Datin Ida

Apa yang telah dilakulan oleh Datin Ida? Siapa yang jadi mangsa Datin Ida?

Mangsa Datin Ida.

Takde siapa report polis ke?
Memang dah ada orang report polis. Orang yang buat laporan polis ialah seorang peniaga kosmetik yang bernama Nurul Natrah Idayu binti Ramli, 31 tahun.

Sebelum cerita pasal report polis, jom baca dulu pasal Nurul dengan Datin Ida dulu.

Apa yang terjadi sebenarnya?

Pada 22 April, Nurul telah diajak untuk menyertai pelaburan hari raya oleh individu yang memperkenalkan dirinya sebagai "Datin Ida".

Nurul telah memberi RM100,000 kepada Datin Ida setelah terpengaruh dengan janji-janji manis.

Datin Ida telah menjanjikan pulangan yang lumayan kepada Nurul dan bertambah lumayan sekiranya ajak lebih ramai orang join pelaburan yang diperkenalkan oleh Datin Ida.

Nurul pun dengan bersungguh-sungguh mengajak orang ramai join pelaburan hari raya yang diperkenalkan oleh Datin Ida.

Datin Ida menjanjikan pulangan pelaburan termasuk keuntungan kepada Nurul yang dianggarkan berjumlah RM7,000,000 pada 28 April.

Bila sampai tarikh 28 April, Datin Ida "hilang". Tak dapat dikesan. Nurul tak tahu nak cari Datin Ida kat mana.

Pada 6 Mei, Nurul buat laporan polis.

Nurul tunjuk bukti laporan polis.

Disebabkan Datin Ida tak dapat dicari, Nurul menjadi tempat mangsa-mangsa tuntut duit pelaburan. Walaupun Nurul sendiri merupakan mangsa penipuan Datin Ida tapi mangsa-mangsa pelaburan tetap berkeras minta ganti rugi dari Nurul.

Semua mangsa yang menyertai pelaburan Datin Ida melalui Nurul telah mengecam dan menuduh Nurul bersubahat dengan Datin Ida.

Akibat tak tahan dikecam dan dipaksa bertanggungjawab, Nurul terpaksa bergolok gadai untuk ganti balik duit mangsa-mangsa pelaburan Datin Ida. Jumlah kerugian mangsa dianggarkan lebih RM4,000,000. Sehingga kini RM800,000 telah diberikan oleh Nurul kepada sebahagian mangsa-mangsa scammer Datin Ida.

Datin Ida yang scam, Nurul pula yang bayar ganti rugi?

Senangnya hidup Datin Ida atas dunia.

Kalau sesiapa dapat tangkap scammer "Datin Ida" ni, tolong dedahkan identiti sebenar dia supaya orang ramai tak terpedaya lagi.

Bila saya fikir-fikirkan semula pasal scammer pelaburan..

Banyak juga duit orang-orang Malaysia ni kalau dalam bab pelaburan cepat rugi.

Peniaga tepi jalan jual nasi lemak telur sebungkus RM3, orang kata mahal!

Kalau boleh nak beli nasi lemak RM1 je.

Scammer suruh join pelaburan cepat rugi RM10,000, orang kata murah!

Kalau boleh nak labur beratus-ratus ribu ringgit je.

Wallahua'lam.


Source

2 comments:

  1. sebab makcik nasi lemak tepi jalan tu tak janjikan pulangan "kalau ko beli, esok makcik bagi 1000 ringgit"

    ReplyDelete

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.