Sunday, August 28, 2022

Kebun dibinasakan oleh seekor gajah

Kita sedia maklum gajah tu besar. Sekali dia langgar kebun memang habis rosaklah tanaman-tanaman yang ada.

Kebun dilanggar gajah.

Jom baca dulu petikan berita ini

Seorang pekebun yang bernama Mat Rawi Osman berusia 70 tahun dari Felda Mengkawang telah mengalami kerugian kira-kira RM70,000 setelah kebunnya dirosakkan oleh seekor gajah.

Menurut Mat Rawi, kejadian itu telah menyebabkan 3000 pokok nenas, 1000 pokok pisang, 35 pokok kelapa dan 30 pokok durian Musang King telah musnah dengan teruk. Pagar elektrik di sekeliling kebun juga telah rosak akibat diceroboh oleh gajah.

Kebun Mat Rawi musnah, credit photo to Berita Harian.

Mat Rawi mahu berkebun semula tetapi risau jika kejadian sama berulang selagi gajah berkenaan masih berkeliaran di kawasan kebunnya.

Menurut kata Mat Rawi, sejak seminggu lalu gajah berkenaan juga telah merosakkan tiga kebun milik penduduk Kampung Felda Mengkawang dan Kampung Lubuk Periuk.

Walaupun gajah yang ceroboh ini hanya seekor dan bukannya bergerak secara berkumpulan tetapi kehadirannya menyebabkan kebimbangan penduduk setempat terutamanya pekebun.

Berikutan kejadian tersebut, pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHATIAN) telah datang memantau gajah berkenaan.

--Tamat petikan berita--


Kalau kena banjir pun kebun boleh rosak. Tumbuh-tumbuhan diserang serangga contohnya belalang pun boleh rosak.

Jangankan sekumpulan gajah, seekor gajah pun dah cukup nak rosakkan kebun orang. Beribu-ribu pokok buah-buahan boleh musnah macam tu je.

Inilah di antara ujian bagi pekebun. Setiap orang beriman pasti akan diuji.

Kena banyak bersabar. Banyak bersabar bukan bermakna duduk diam tak buat apa-apa. Teruskan usaha tanpa merungut, insha Allah pasti berjaya.

Sama ada anda seorang pekebun atau peniaga tepi jalan, ujian pasti ada. Apa-apa hal jangan putus asa.

Wallahua'lam.


Sumber

Rugi RM70,000 setelah kebun diceroboh gajah

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.