Wednesday, November 30, 2022

Tak Perlu Bagi Subsidi Lagi?

Mungkin sebelum ni dah ada pihak tertentu bagi cadangan hapuskan subsidi. Baru-baru ni viral bila perkara yang sama dicadangkan oleh Datuk Ameer Ali Mydin.


Apa kata CEO Mydin dalam hal ni?


Ada baiknya anda tengok dulu video ini sebelum membuat sebarang penilaian.


Dah tengok video tersebut sampai habis?

OK jom kita bincangkannya.

Menurut Datuk Ameer Ali Mydin jangan bagi subsidi telur, minyak dan barang-barang lain.

Kalau syarikat/kilang tak dapat subsidi nanti dorang naikkan harga. Bila harga naik nanti barang banyak. Bila barang berlambak-lambak barulah harganya turun.

Standard berniaga memang macam tu. Kalau harga barang mahal nanti tak ramai orang yang nak beli. Terpaksalah turun harga supaya orang ramai beli juga.

Sebaik-baiknya duit subsidi tu bagi terus kepada rakyat.

Sasaran dah ada kan?

Bagi duit tu terus kepada golongan B40 sebab mereka lebih memerlukan.

Subsidi untuk minyak masak sahaja dah cecah RM4 bilion. Bukan RM4 juta tapi RM4 bilion tau.

RM4 bilion tu..

RM4,000,000,000.

Ada 9 angka selepas nombor 4.

Menurut pendapat pemilik Mydin, RM4 bilion tu lebih baik bagi terus kepada rakyat.

Begitu juga dengan subsidi berbilion-bilion ringgit untuk petrol, telur dan barang-barang lain.

Bayangkan duit berbilion-bilion ringgit tu bagi dekat golongan B40 dan M40 sahaja?

Tidaklah kaya-raya tapi berduitlah juga.

Boleh elak ketirisan. Contohnya ada pihak tak bertanggungjawab seludup banyak-banyak minyak masak paket 1kg ke negara-negara jiran.. ketirisan tu.

Bukankah lebih bagus kalau duit subsidi tu bagi terus kepada rakyat?

Apa pendapat anda dalam hal ini?

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.