Tuesday, June 17, 2025

Perhatikan Usaha Syarikat Gergasi Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelanggan

Walaupun anda seorang peniaga kecil-kecilan tetapi anda boleh cari idea dengan memerhatikan usaha syarikat-syarikat gergasi untuk dapatkan lebih banyak pelanggan.

Mungkin anda tak mampu nak buat semua perkara yang dilakukan oleh mereka tapi cuba juga cari sesuatu yang anda sendiri boleh lakukan.


Contohnya syarikat telekomunikasi.

Perhatikan mereka bersaing dengan menyediakan internet plan pada harga mampu milik.

Buat masa ni saya nampak internet plan dari Hotlink paling menarik.

Hotlink RM50 sebulan 900GB.

Mungkin ada di antara anda yang berpendapat lebih berbaloi guna YES sebab RM30 dapat unlimited internet tapi hotspot YES cuma 12GB je. Kalau hanya guna internet di phone sendiri memang okaylah.

Bagaimana pula kalau anda perlukan kuota hotspot yang lebih besar?

Pada pendapat saya Hotlink lebih berbaloi sebab dengan harga hanya RM50 sebulan anda dapat 900GB untuk kegunaan di phone sendiri dan juga hotspot.

Kalau ada modem 5G, boleh masukkan simkad Hotlink dan guna internet di phone, laptop dan device yang lain-lain.

Di sini kita boleh tahu, sasaran Hotlink ialah orang yang memerlukan kuota hotspot yang besar.

Kenapa perlukan kuota hotspot yang besar?

Ada beberapa sebab di antaranya nak guna internet di komputer, tab, Steam Deck, Nintendo Switch 2, Playstation 5..

Playstation 5?

Kalau anda pemilik PS5 Digital Version, anda tak boleh main game disc jadi terpaksalah download game. 

Berapa saiz setiap game PS5?

Secara kasar dalam 100GB ke 120GB. Ada juga game PS5 bawah 100GB.

Kalau takde internet fibre macam mana anda nak download game PS5?

Seandainya di kawasan anda ada coverage internet fibre tapi full port jadi tetap tak dapat guna internet fibre.

Di sinilah kelebihan Hotlink prepaid internet RM50 sebulan kuota 900GB. Kalau risau bateri phone cepat habis, gunakan modem 5G.

Kalau sebulan nak download 5 atau 6 game PS5?

Takde masalah.

Download game PS5 tu sekadar contoh je.

Berdasarkan tarikh 17 Jun 2025, kuota 900GB sebulan RM50 tu memang berbaloilah buat masa ini. Takde kontrak pula tu. Senanglah kalau bila-bila masa nanti nak berhenti guna Hotlink.

Mungkin saya terlepas pandang syarikat telco lain yang ada tawaran lebih hebat dari Hotlink?

Kalau ada nanti sila bagitahu melalui komen.

Seandainya anda seorang peniaga kecil, apa yang anda boleh pelajari dari Hotlink?

Buat tawaran hebat untuk sasaran pelanggan tertentu.

Sasaran pelanggan anda orang tua? orang muda? kanak-kanak? orang sakit? kaum lelaki? kaum wanita?

Tak kisah pelanggan muda atau tua asalkan suka makan kek?

Sasaran anda pelanggan yang suka makanan pedas-pedas manis?

Sasaran anda pelanggan yang malu nak beli sendiri pakaian dalam di shopping mall?

Siapakah sasaran pelanggan anda?

Buat sesuatu untuk tarik perhatian dorang.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.