Di luar, ramai lelaki nampak tenang. Mereka pergi kerja seperti biasa. Mereka senyum bila berjumpa orang.
![]() |
| Masalah duit? |
Mereka jawab “okay je” bila ditanya keadaan sama ada okay atau tak.
Mereka terus memandu ke tempat kerja, balik rumah, keluar beli barang, hantar anak ke sekolah, dan menjalani rutin seperti tiada apa-apa berlaku.
Tetapi di dalam kepala, ada beban yang tak ramai orang tahu. Beban tu tak semestinya masalah besar yang melibatkan nyawa yang terancam.
Di antara masalah yang biasa dihadapi ialah :
- duit tinggal sedikit sebelum gaji masuk
- masih ada bil yang tertunggak
- masih ada hutang yang belum selesai
- duit perbelanjaan untuk anak-anak
- kereta mula buat hal
- isteri bertanya tentang perbelanjaan bulan ni dan bulan berikutnya
- ibu bapa perlukan bantuan
- tak cukup simpanan untuk diri sendiri walaupun umur semakin meningkat
Ramai lelaki memikul semua ni secara senyap.
Mereka tak menangis di hadapan orang. Mereka tak tulis panjang-panjang di media sosial. Mereka tak selalu mengadu.
Mereka hanya diam dan terus pendam dalam hati. Sebab itu topik ini penting:
Ramai lelaki diam-diam stress tentang duit tapi tak cerita pada sesiapa?
1. Kenapa Ramai Lelaki Pilih Untuk Diam?
Sejak kecil, ramai orang lelaki dibesarkan dengan kepercayaan :
- lelaki kena kuat
- lelaki jangan mengadu
- lelaki kena tanggung keluarga
- lelaki jangan nampak lemah
- lelaki kena selesaikan masalah sendiri
Nasihat seperti ini datang dengan niat baik untuk membentuk ketahanan mental dan fizikal seorang lelaki.
Tetapi bila dewasa, kepercayaan itu boleh jadi beban.
Apabila seorang lelaki berdepan masalah kewangan, dia rasa seperti gagal. Bila rasa gagal, dia cenderung menyembunyikan masalah.
Bila masalah disembunyikan terlalu lama, dia rasa tertekan sangat.
Akhirnya dia nampak biasa di luar tapi di dalam sedang penat.
2. Duit Bukan Sekadar Nombor
Ada orang fikir stress tentang duit hanya berlaku bila pendapatan terlalu rendah.
Sebenarnya tak semudah itu.
Ada lelaki bergaji tinggi tetapi masih stress. Ada yang bergaji rendah tapi tetap tenang. Kenapa?
Kena tengok duit yang dibelanjakan itu ke arah mana?
Orang yang bergaji RM40,000 sebulan takkan rasa cukup kalau perbelanjaannya tinggi dan masih behutang.
Hutang kereta mewah, motor besar, rumah besar dan lain-lain. Boleh jadi duit dia habis dekat kos rawatan isteri, anak atau ibu bapa. Duit banyak tapi asyik rasa tak cukup je.
Orang yang bergaji bawah RM4000 sebulan pun boleh rasa cukup.
Boleh jadi hutangnya kurang, guna kereta second hand, isteri dan anak-anaknya takde masalah sakit yang memerlukan kos rawatan tinggi dan mereka juga telah dididik dengan baik untuk berjimat-cermat. Memang tak kaya tapi sentiasa rasa cukup.
Sentiasa bersyukur? Mudah diucapkan tapi samgat susah untuk dilaksanakan.
Pendapatan bukan sekadar jumlah duit yang masuk ke dalam bank setiap bulan. Duit berkait dengan :
- rasa selamat
- kemampuan menjaga keluarga
- maruah diri
- keyakinan masa depan
- kebebasan membuat pilihan
Bila duit tak stabil, emosi boleh terganggu.
Ketidakstabilan boleh jadi berpunca dari perbelanjaan yang membazir.
Contohnya beli kereta mewah dan terpaksa bayar duit loan yang tinggi setiap bulan.
Contoh lain, seseorang mungkin masih boleh selalu makan mahal dan bayar sewa tapi jika tiada simpanan untuk diri sendiri pun susah juga. Setiap kecemasan yang berlaku seperti kereta atau motor rosak akan terasa seperti ancaman besar.
3. Tekanan Yang Semakin Menjadi-jadi
Apa jadi bila seseorang tertekan akibat masalah kewangan yang berterusan?
Di antaranya ialah tidur tak lena. Badan penat tapi dalam kepala masih terfikir tentang bil, hutang dan duit sekolah anak.
Cepat marah. Benda kecil boleh jadi besar sebab emosi terganggu akibat masalah kewangan.
Hilang mood untuk bergembira. Dulu suka bergurau tapi sekarang lebih banyak diam.
Menjauhkan diri. Tak mahu jumpa kaean-kawan sebab rasa malu dengan kerja bergaji kecil.
Sentiasa overthinking. Asyik fikir apa kejadian buruk bakal berlaku pada hari esok, minggu depan, bulan depan dan seterusnya.
Itu semua contoh tanda tertekan dengan masalah kewangan walaupun mulut masih kata “okay”.
4. Bila Lelaki Rasa Nilai Diri Bergantung Pada Duit
Ini di antara punca yang berat.
Ramai lelaki secara senyap mengaitkan harga diri dengan kemampuan kewangan.
Jika gaji kecil, dia rasa dirinya hina.
Jika tak mampu belikan sesuatu, dia rasa gagal.
Jika isteri perlu bantu lebih banyak, dia rasa dirinya tak berguna.
Jika umur meningkat tapi simpanan terlampau sedikit atau kosong, dia rasa nak putus asa.
Masalahnya, hidup pada zaman sekarang lebih rumit berbanding zaman dulu.
Kos hidup naik. Peluang tidak sama rata. Ada yang bermula dengan beban hutang keluarga. Ada yang terpaksa bantu adik-beradik yang masih kecil.
Menilai diri sendiri semata-mata melalui duit boleh dikatakan sabotaj terhadap diri sendiri.
5. Media Sosial Menambah Tekanan
Dulu seseorang hanya banding hidup sendiri dengan jiran atau saudara terdekat.
Hari ini, setiap hari kita nampak di media sosial :
- orang beli kereta baru
- orang bercuti di luar negara
- orang buka bisnes untung banyak
- orang tunjuk rumah besar
- orang tunjuk kemewahan
Walaupun kita tahu di media sosial, ada sebahagian orang sentiasa nak tunjukkan kelebihan diri sendiri tapi adakah mental kita boleh terima semua tu?
Kita sedia maklum mereka di media sosial ada yang sentiasa menunjukkan kehebatan dari segi kepandaian, kewangan yang kukuh, keluarga bahagia dan lain-lain.
Lelaki yang tengah struggle dengan masalah kewangan mula terfikir:
- kenapa aku masih hidup susah?
- kenapa orang lain hidup mewah?
- bila aku nak jadi kaya?
Perbandingan berlebihan boleh jadi punca stress.
6. Tanggungjawab Yang Mungkin Orang Ramai Tak Tahu
Ramai orang lelaki memikul tanggungjawab yang orang lain mungkin tak nampak.
Contohnya:
- bantu ibu bapa setiap bulan
- bayar komitmen adik yang belajar
- tanggung keluarga sendiri
- hutang lama masih belum selesai
- kereta atau motor rosak
- perbelanjaan kecemasan yang datang secara tiba-tiba
Bila orang luar tengok gaji seseorang, mereka nampak angka.
Tapi mereka belum tentu tahu berapa banyak angka tersebut habis setiap bulan.
7. Kenapa Ramai Orang Lelaki Tak Cerita Pada Sesiapa?
Ada beberapa sebab utama.
Tak nak dibebankan dengan nasihat kosong.
Contoh:
- bersyukur je
- usaha lebih sikit
- orang lain lagi susah
Ayat tersebut kadang-kadang tak membantu.
Boleh jadi timbul rasa menyesal pula bila kongsi masalah kalau macam itulah kata-kata nasihat yang diterima.
Ada sesetengah lelaki rasa jika mereka meluahkan atau berkongsi masalah, mereka kelihatan lemah dan gagal.
Itulah di antara sebab mereka pilih untuk simpan sendiri masalah supaya tiada sesiapa yang sibuk nak bagi nasihat yang "terpaling membantu".
8. Bila Diam Jadi Bahaya
Diam ada masanya baik tapi jika dibiarkan terlalu lama, ia boleh makan diri.
Tekanan yang tidak diurus dengan baik boleh menyebabkan:
- hubungan keluarga jadi renggang
- kesihatan mental merosot
- prestasi kerja menurun
- masalah kewangan tak selesai
- rasa nak putus asa
Ada yang akhirnya ambil hutang baru hanya untuk menutup hutang lama. Akibatnya hutang semakin bertambah.
Ada yang melepaskan marah pada orang tersayang.
Ada yang memencilkan diri.
Sebab itu diam terlalu lama boleh menyebabkan tekanan mental semakin menjadi-jadi.
9. Apa Yang Lelaki Perlukan Bila Ada Masalah Duit?
Bukan semua lelaki yang ada masalah duit perlukan motivasi atau kata-kata semangat seperti "hidup ni keras jadi kita kena keras juga!"
Kata-kata motivasi tu tak salah tapi kadang-kadang mereka perlukan ruang untuk meluahkan masalah tanpa dinilai atau dihukum. Maknanya kena ada seseorang yang mendengar tanpa cepat menghukum.
Selain itu mereka perlukan rancangan bebas masalah kewangan yang jelas. Masalah kewangan terasa lebih ringan bila tahu cara-caranya.
Sokongan emosi? Ayat mudah seperti “kita fikir sama-sama” sangat besar nilainya.
Harapan realistik? Bukan janji kaya cepat tapi jalan keluar yang masuk akal.
10. Langkah Praktikal Jika Sedang Stress Tentang Duit
Jika anda berada dalam keadaan ini, cuba langkah-langkah berikut.
1. Tulis semua komitmen di atas kertas
Kadang-kadang masalah nampak lebih besar dalam kepala berbanding di atas kertas.
Senaraikan:
- pendapatan
- hutang
- bil
- belanja keperluan
- baki setiap bulan
Bila nampak jelas, barulah strategi bebas masalah kewangan boleh dibuat.
2. Bezakan keperluan dan kehendak
Apa yang wajib dibayar?
Apa yang boleh ditangguh?
Apa yang boleh dikurangkan?
3. Bina simpanan kecil dahulu
Jangan tunggu dapat kerja gaji lebih besar baru nak menyimpan.
Mulakan simpan RM300 je setiap bulan. Kalau tak dapat simpan RM300 sebulan, cuba simpan RM200 setiap bulan.
Paksa diri untuk simpan juga setiap bulan walaupun hanya RM50. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
4. Cari pendapatan tambahan yang realistik
Contoh:
- kerja part time hujung minggu
- jual barang preloved
- servis ikut kemahiran
- buat bisnes kecil-kecilan
5. Bercakap dengan orang dipercayai
Contohnya bercakap dengan peniaga tepi jalan yang berpengalaman melebihi 10 tahun. Bukan sahaja dapat pengetahuan malah boleh mengurangkan sebahagian dari beban mental anda.
Silap-silap anda boleh dapat idea baru nak tambah pendapatan dengan lebih banyak.
11. Untuk Lelaki yang Masih Ada Keluarga
Jika anda masih ada ayah, abang, adik atau saudara-mara yang nampak berubah terhadap anda, jangan terus anggap dia pemalas atau dingin.
Mungkin dia sedang bergelut dengan tekanan yang dia sendiri tak tahu macam mana nak luahkan.
Cuba mulakan perbualan atau pertanyaan mudah seperti:
“Kalau ada apa-apa masalah kita bincang sama-sama okay?”
Mungkin dengan cara tersebut, baru mereka terbuka hati nak kongsi masalah.
12. Lelaki Tidak Perlu Jadi Mesin
Ramai orang lelaki hidup seolah-olah mereka hanya bernilai jika mampu menghasilkan duit tanpa henti.
Tetapi lelaki juga manusia.
Ada masa mereka penat.
Ada masa mereka rasa takut.
Ada masa mereka keliru.
Ada masa mereka perlukan rehat.
Mereka juga perlukan sokongan.
Menjadi bertanggungjawab tidak bermaksud perlu menderita.
13. Jika Duit Masih Sedikit, Itu Bukan Pengakhiran
Ramai orang bermula lambat.
Ada yang umur 35 baru mula simpan.
Ada yang umur 40 baru jumpa side income yang sesuai.
Ada yang umur 45 tahun baru bebas dari hutang.
Jangan ukur hidup ikut timeline orang lain.
Selagi masih bernafas, masih ada ruang untuk berubah jadi lebih baik.
14. Realiti Paling Penting
Kadang-kadang masalah timbul bukan sebab anda lemah.
Masalahnya ialah:
- ekonomi makin keras
- kos hidup meningkat
- sistem kerja menekan
- beban keluarga tinggi
- peluang tidak seimbang
Memahami perkara ini penting supaya seseorang tidak membenci diri sendiri atas masalah yang tak dapat ditanggung seorang diri.
Kesimpulan
Ramai lelaki diam-diam stress tentang duit tetapi tak nak cerita pada sesiapa. Mereka terus bekerja dan terus jalankan tanggungjawab sambil menanggung beban dalam diam.
Jika anda sedang melalui fasa ini, ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan.
Tekanan kewangan bukan satu keaiban. Ia adalah realiti yang ditanggung oleh orang lain juga.
Yang penting bukan berpura-pura kuat sepanjang masa, tapi mula ambil langkah kecil untuk keluar dari masalah kewangan :
- susun semula strategi kewangan
- cari bantuan bila perlu
- tambah pendapatan perlahan-lahan
- jangan tanggung semua seorang diri
Lelaki yang tabah takkan mudah putus asa selagi belum berjaya.
Pada pandangan anda, kenapa ramai lelaki lebih suka diam bila stress dengan masalah duit? Adakah sebab ego? malu? atau risau menyusahkan orang lain?
Wallahua'lam.

No comments:
Post a Comment
Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.