Sunday, December 10, 2017

Caj transfer online bakal dimansuhkan

Pembeli dan peniaga online tahun depan seronoklah. Selama ni tak kiralah sama ada nak beli produk ke, nak bayar bil air ke, bayar bil letrik ke, bayar top up ke dan sebarang jenis bayaran online mesti kena caj transfer kan? Bayangkan bila online transfer tak kena caj?

Gabenor BNM, Tan Sri Muhammad Ibrahim

Bila nak mansuhkan caj bayaran atas talian?


Baca petikan berita ni dulu..

KUALA LUMPUR: Caj perpindahan wang atas talian secara segera (instant transfer) sebanyak 50 sen akan dimansuhkan bermula 1 Julai, 2018.

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), ini bagi mengalakkan lebih banyak pihak menggunakan kaedah pembayaran digital berbanding tunai.

Bagaimanapun, pemansuhan tersebut hanya berkuat kuasa terhadap perpindahan wang berjumlah RM5,000 ke bawah yang dilakukan oleh individu serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Selain itu, untuk matlamat yang sama, bank pusat juga akan meningkatkan caj pemprosesan cek dari 50 sen ke RM1 bermula 2 Januari, 2021.

Sementara itu, Gabenor BNM Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, sudah tiba masa Malaysia menjuarai peralihan dari tunai ke digital. 

"Kita mesti menerima gelombang perubahan teknologi dalam industri e-pembayaran. Sebagai sebuah negara, kita perlu rebut peluang yang menarik ini dan menjadi proaktif berbanding reaktif.

"Kita juga perlu memanfaatkan peluang yang akan dibawa oleh teknologi untuk meningkatkan keselamatan, kecekapan dan produktiviti sistem pembayaran kita,” katanya sewaktu memberi ucaptama Forum Dan Pameran Sistem Pembayaran 2017 di sini hari ini. 

Muhammad berkata, dengan menerima pembayaran melalui kad debit atau kredit, perniagaan di Malaysia telah berjaya menjimatkan RM422.4 juta dari 2015 hingga September tahun ini. 

Beliau menambah, ia juga penting untuk Malaysia menghentikan penggunaan cek secara berperingkat.

“Kajian kami menunjukkan, kos untuk seunit cek diproses oleh bank meningkat dari RM3 pada 2011 kepada RM4 pada 2016, dan dijangka meningkat kepada RM6 pada 2020. 

"Dengan kadar 120 juta unit cek setahun pada masa ini, ini bermakna kos keseluruhan memproses cek adalah RM484 juta – satu pembaziran kepada ekonomi negara,” katanya.

--tamat petikan berita--

Pemansuhan caj secara segera atau instant transfer akan dilaksanakan pada bulan Jun 2018. Untuk siapa? Untuk pengguna individu dan peniaga kecil-kecilan. Asalkan transfer duit bawah RM5000.

Satu kali tahun depan bulan Julai pulak. Ingatkan bulan Jan. Kalau dilaksanakan bulan Jan 2018 lagi seronok kan? Buat masa ni bawak bersabarlah pembeli-pembeli secara online. Memang kena caj dululah buat sementara ni.

Online transfer ke transfer online? Asalkan pembaca faham apa yang saya nak sampaikan. Bukannya jadi grammar nazi di sini haha.

Sumber
Caj instant transfer atas talian dimansuh tahun depan

2 comments:

  1. Tksih kerajaan. Kerana dah tiba masanya kerajaan memikirkan bgmana nak galakkan ramai penduduk Msia melibatkan diri dlm bisnes online ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kita tengok tahun depan sama ada rancangan ni dapat direalisasikan atau tak oleh kerajaan.

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.