Monday, November 9, 2020

Cara Nak Berniaga dari Rumah guna Foodpanda

Tak semestinya kena ada restoran atau kedai makan baru boleh guna servis Foodpanda. Berniaga dari rumah pun boleh. Pastikan anda berdaftar dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) barulah Foodpanda approve.

Foodpanda app
App foodpanda.

Kalau betul-betul nak tahu cara berniaga makanan atau minuman dari rumah guna foodpanda, teruskan membaca..

1. Pastikan dah ada SSM.

Cara daftar SSM boleh tengok di sini. Kalau dah ada SSM, boleh terus baca langkah nombor 2.

2. Buka website http://foodpanda.my

Web foodpanda
Website foodpanda.

Nak daftar sebagai peniaga di foodpanda tak boleh melalui app buat masa ni. Jadi kena daftar melalui website juga.

3. Cari dan tekan "Get Started".

Get start foodpanda
Get started.

4. Tekan "Sign up now".

Sign up di foodpanda
Sign up.

5. Bahagian Restaurant Category pilih "Home Based Kitchen".

Pilih foodpanda

Home Based Kitchen Foodpanda

Business Type : Restaurant.
Restaurant Category : Home Based Kitchen.

Bahagian Cuisine tu terpulang kepada anda. Sebagai contoh kalau nak jual makanan melayu contohnya nasi lemak dan kuih-muih pilihlah Malaysian. Kalau jual makanan orang seberang, contohnya nasi ambang, nasi jawa pilihlah Indonesian.

6. Letak nama restoran anda.

Shop name foodpanda

Walaupun anda cuma berniaga dari rumah tapi kena letak nama juga. Bahagian Restaurant / Shop Name tu tak semestinya mesti sama macam dalam SSM anda.

Letaklah apa-apa nama contohnya Dapur Mak Kiah, Pak Sudin Kitchen, Aneka Lazat Selera, Dapur Pramugari Terasa Hati, Dapur Pilot Berasap, See My Level Kitchen, Dapur Cinta Kita dan macam-macam lagilah.

Bahagian City, letak daerah tempat anda nak berniaga. Bahagian Restaurant / Shop Address, letak alamat rumah anda.

7. Lengkapkan bahagian First Name, Last Name, Contact Number dan Email.

First name Foodpanda

Kalau nama anda Zainal Basri bin Mahmud, anda letak Zainal untuk "First Name" dan Basri untuk "Last Name". Tak perlu letak nama bapa.

Kalau nama anda Zainal bin Mahmud, anda letak Zainal untuk "First Name" dan "Last Name". Maknanya guna nama yang sama untuk kedua-duanya. Tak perlu letak nama bapa.

Untuk bahagian Contact Number, letak nombor handphone anda bermula dengan 1. Dalam tempat isi nombor telefon tu dah ada "+60" sebab tu jangan mulakan dengan nombor 0. Contohnya nombor telefon anda 012-3334444, letak je 123334444.

Bahagian Email, letak email anda. Senang kan?

8. Pilih anggaran harga.

Price at Foodpanda

Ada 3 pilihan iaitu $ (Less than RM15), $$ (RM15 - RM30) dan $$$ (More than RM30). Saya cadangkan pilih yang pertama iaitu $ (Less than RM15) kalau nak jual makanan murah. Apa-apa hal terpulang kepada anda nak jual makanan murah atau mahal.

9. Upload menu anda.

Menu item foodpanda

Sebelum nak upload file, sila baca dulu syarat-syaratnya.


Menu requirement foodpanda

Secara ringkasnya kalau nak ambil gambar tu pastikan pada sudut 90° atau 0° sahaja. Maknanya ambil gambar dari atas atau depan sahaja. Pihak Foodpanda tak terima gambar makanan dari sudut selain dari tu.

Boleh guna Microsoft Word atau Excel untuk buat menu list.

Kalau jual nasi ambang, contoh isi maklumat :
Dish Name : Nasi Ambang
Dish Category : Indonesian
Food Description : White rice, fried noodle, red cooked chicken, fried tempe, long beans, coconut floss and spicy sambal.
Pax : 1
Price : RM7.00

Sertakan gambar sekali dalam Microsoft Word atau Excel.

Anda ada 10 menu? Letak 10 info menu termasuk gambarnya sekali. Bergantung kepada jumlah menu yang anda ada.

Kalau guna PC atau laptop senang je nak upload file word atau excel.

Harga tu pastikan harga yang anda jual sebelum guna Foodpanda. Jangan letak harga mark up sebelum Foodpanda approved. Foodpanda nak cari orang jual makanan murah-murah supaya senang nak dapatkan lagi banyak pengguna app Foodpanda.

Lagi senang kalau dah buat menu macam kat restoran. Ambil gambar dan terus upload file.

10. Tekan Submit Form
 


11. Tunggu dapat contact dari wakil Foodpanda.

Info required by Foodpanda

Another info required by Foodpanda

Kalau dapat whatsapp dari wakil Foodpanda, sila reply secepat mungkin. Nak tunggu approved ambil masa sebulan lebih. Ada yang terpaksa tunggu sampai 3 bulan!

Kalau dapat approved dalam masa seminggu tu memang hebatlah.

12. Tunggu dapat Registration Form.


Registration form tu dalam bentuk pdf. Dalam tu ada maklumat pasal anda dan kontrak anda sebagai peniaga di Foodpanda.

13. Tunggu dapat email Foodpanda.

Email foodpanda
Dalam email tu ada link untuk anda manage menu. Boleh letak gambar, letak harga dan ubahlah apa-apa yang patut. Inilah masanya untuk mark up harga.

Contoh nasi ambang RM7.00, letak harga RM10.80. Anda ambil RM7.02, Foodpanda ambil RM3.78. Pihak Foodpanda ambil 35% dari setiap hasil jualan anda.

Senang kira, pihak Foodpanda ambil 35 sen dari setiap RM1 dari anda. 35% dari RM1.00 ialah RM0.35. 35% dari RM10.00 ialah RM3.50.

Harga nasi ambang RM7 tu contoh semata-mata. Nanti anda pandai-pandailah letak harga makanan anda sendiri.

14. Tunggu dapat parcel.





Dalam parcel tu ada barang-barang untuk promote Foodpanda di tempat anda.

Paling menarik ada smartphone / device khas untuk guna app Foodpanda sebagai vendor. Guna untuk terima order dan checkout order Foodpanda je. Tak boleh guna untuk kegunaan lain, kalau rosak atau hilang kena ganti.

Update 11.11.2020

Foodpanda dah ubah design interface untuk daftar.

New form foodpanda


Email and address form foodpanda

Walaupun rupanya dah berubah tapi cara isi tak banyak berubah.

Kalau masih bermasalah masa nak daftar online, boleh contact pihak Foodpanda di 03-92262200 / 0154-8770791.

Penutup
Saya sendiri tak daftar lagi di Foodpanda tapi nak buat juga topik ni. Saya kongsikan info ni lepas saya baca blog dari orang lain punya. Link blog asal pasal info Foodpanda ada saya letak under "Source".

Peniaga-peniaga yang dah daftar dengan Foodpanda amat dialu-alukan untuk beri komen di sini. Mungkin ada perkara-perkara tertentu yang boleh dibetulkan dalam topik ini.

Wallahua'lam.

43 comments:

  1. peluang buat duit. kena rajin je

    ReplyDelete
  2. Mmg totally free ke daftar foodpanda ni? Kontrak dia brapa lama? Klu dah habis kontrak phone dia kena pulang eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daftar memang free tapi kena caj 30% setiap set atau unit makanan/minuman yang dijual. Pasal berapa lama kontrak dan phone kena pulang tu saya tak tau.

      Delete
  3. Foodpanda ni dh sedia kan rider ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya dah sedia sebab memang kerja Foodpanda tu.

      Delete
  4. kalau berniaga duduk rumah bertingkat boleh ke join foodpanda ni?

    ReplyDelete
  5. Boleh tak meniaga barang lain selain makanan food panda ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tapi kena pilih kategori grocery atau runcit. Ada supermarket/hypermarket jual ubat gigi, pencuci muka, tisu, pad, pantiliner dan lain-lain yang bukan makanan.

      Delete
  6. Assalamualaikum, kalau kite tak dapat order dari cust dalam beberapa hari. Food panda akan kenakan penalti tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumussalam, penalty atau denda dikenakan kalau lambat siapkan order atau salah hantar untuk customer. Saya tak tahu pula kalau tak dapat customer dalam beberapa hari pun kena penalty atau denda.

      Cuba contact pihak Foodpanda atau tanya blogger/peniaga Foodpanda di link 'Cara daftar perniagaan makanan di Foodpanda' under Source yang saya dah sediakan.

      Semoga dapat jawapannya.

      Delete
  7. Kalau nk daftar berapa bayaran yg di kenakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada bayaran dikenakan sewaktu mendaftar.

      Delete
  8. Maaf food panda ambil 35% atau 30%

    ReplyDelete
  9. Klau rumah flat boleh buat home based food thru foodpanda ah..pls advise me..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rumah flat atau bertingkat-tingkat saya tak pasti boleh daftar Foodpanda atau tak. Cuba tanya pihak foodpanda atau tanya blogger/vendor foodpanda di bahagian 'Source'.

      Delete
  10. Menu tiap hari tu kita boleh ubah-ubah ke ape yang available,apa yang tak? Yelah, incase certain menu takde stok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tukar, tambah atau tutup menu. Tak jadi masalah.

      Delete
    2. Mcm mna nk tutup menu tu ya? Then katakanlah kita meniaga dari rumah..kita selalu akan open order hari tertentu..so bleh close & open order ke?

      Delete
    3. Dan nk tutup menu tu bleh tunjuk ajarkn caranya tak? ☺️😊

      Delete
    4. Guna device yang Foodpanda bagi tu pilih je menu yang nak ditutup atau bole close terus perniagaan untuk hari-hari tertentu. Detail cara-caranya boleh tanya foodpanda atau vendor foodpanda sendiri dalam topik blog ni di bahagian 'Source'.

      Delete
  11. Pengusaha kantin sekolah boleh mohon ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak tahu. Boleh hubungi pihak Foodpanda untuk pertanyaan.

      Delete
  12. Macam mna pula bayaran dari food panda kepada peniaga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayaran masuk ke akaun bank peniaga. Saya tak pasti sama ada 2 minggu sekali atau sebulan sekali peniaga terima bayaran dari foodpanda.

      Boleh tanya blogger/vendor foodpanda sendiri di bahagian 'Source' untuk maklumat lebih lanjut.

      Delete
  13. Sy nk tnya..sy ni bru je nk start berniaga..klau sy dftar dgn food panda tpi guna SSM yg org lain punya boleh ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti sebab biasanya peniaga daftar guna SSM sendiri.

      Delete
  14. Hi nak tanya foodpanda caj 30% atau 35% ya ? Sebab saya tengok blog lain ada yang kata 35%

    ReplyDelete
  15. saya telah dua kali daftar untuk register buat bussiness dari rumah apakah contact center number ye. saya try num 03 92262200 ni tiada dlm perkhidmatan pulak . bantu saya dah sebulan lebih tunggu orang lain saya tengok cepat jer dapat .

    ReplyDelete