Sunday, November 29, 2020

RM100,000,000 Khas untuk Bantu Peniaga-peniaga di Johor

Berita baik untuk peniaga-peniaga di Johor. Dalam tempoh PKP, PKPB atau PKPD ni memang agak mencabar bagi peniaga-peniaga kecil.

Gambar hiasan - peniaga tepi jalan.
Di antara insentif yang disediakan?
Pengecualian bayaran lesen bagi penjaja, peniaga PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana), mikro, sewa premis dan gerai, sewa tapak pasar malam dan pasar pagi selama setahun berkuatkuasa dari 1 Januari 2021. Ini adalah insentif menarik yang saya rasa seronok nak kongsikan dengan peniaga-peniaga di Johor.

Ada juga insentif lain seperti pembiayaan Johor Niaga-Bank SME Loan dengan kerjasama Bank Rakyat. Syarat-syarat pinjaman dilonggarkan dan kadar faedah rendah. Perkara ni mungkin menarik perhatian peniaga-peniaga yang nak kembangkan bisnes.

Menurut pendapat peribadi saya, sebaik-baiknya elakkan buat pinjaman kalau nak mula berniaga kecil-kecilan.

Ada insensif lain lagi?

Insentif seterusnya untuk peniaga-peniaga foodtruck. PUJB (Perbadanan Usahawan Johor Berhad) dan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) seluruh Johor akan menyediakan ruang dan peluang berniaga yang khas untuk peniaga foodtruck.

Kalau anda peniaga di Johor, gunakan peluang ni terutama insentif yang pertama tu..

Majulah peniaga-peniaga Islam di Johor dan juga di seluruh Malaysia!

No comments:

Post a Comment