Monday, November 30, 2020

Cara Daftar Sebagai Peniaga di Touch 'n Go

Mudah je nak daftar di TnG (Touch n Go) sebagai peniaga. Pendaftaran pun FREE.

Touch N Go Merchant.

Jom baca dulu syarat-syarat nak daftar.

Ada 3 kategori untuk jadi rakan niaga atau merchant TnG. Anda kategori yang mana?

1. Syarikat yang berdaftar sebagai Sdn. Bhd :

  • Borang Pendaftaran Pedagang TNGD.
  • Kad Pengenalan (Bahagian Depan & Belakang).
  • Set lengkap SSM - Sijil Pemerbadanan (sebelumnya Borang 9), Maklumat Syarikat di bawah Seksyen 14 (sebelumnya Borang 44) dan Butir-butir Pengarah, Pengurus dan Setiausaha di bawah Seksyen 58 (sebelumnya Borang 49).
  • Foto depan kedai/gerai.
  • Penyata Akaun Bank Syarikat - Header dengan nombor akaun bank sahaja.

2. Perkongsian atau Pemilik Tunggal :

  • Borang Pendaftaran Pedagang TNGD
  • Kad Pengenalan Pemilik Perniagaan (Bahagian Depan & Belakang).
  • Set lengkap borang pendaftaran SSM dengan tarikh, alamat dan maklumat perniagaan yang sah.
  • Foto depan kedai/gerai.
  • Penyata Akaun Bank Syarikat - Header dengan nombor akaun bank sahaja.

3. Penjaja atau Penjual Pasar Malam :

  • Borang Pendaftaran Pedagang
  • Kad Pengenalan Pemilik Perniagaan (Bahagian Depan & Belakang)
  • Lesen operasi perniagaan yang sah dari pihak berkuasa tempatan, contoh: MBJB / DBKL / MPS / MBPJ dan seumpamanya.
  • Foto depan kedai / gerai.
  • Penyata Akaun Bank Pemilik - Header dengan nombor akaun bank sahaja.

Dah cukup syarat-syarat?

OK dah boleh register perniagaan anda di Touch n Go Merchant Partner.

Borang Pendaftaran TnG Merchant.

Isi dan lengkapkan bahagian bertanda * iaitu 'Nama pemilik', 'Nombor IC pemilik' dan 'Alamat emel'. Kemudian tekan 'Seterusnya >'. 'Kod rujukan' tak isi pun takpe.

Ada apa-apa caj sebagai TnG Merchant?

Anda dikenakan caj MDR (Merchant Discount Rate) bagi setiap transaksi sebanyak 0.5%. Contoh kalau transaksi RM100, anda dicaj sebanyak RM0.50.

Kalau ada pertanyaan atau nak tahu lebih lanjut pasal TnG Merchant?

Telefon TnG Careline di 03-50223888


Source

T n Go Merchant Partner

2 comments: