Sunday, December 6, 2020

Kartel daging Haram Mesti Dihapuskan!

Saya cukup tak suka bila ada pihak ambil kesempatan membekal / mengedar / menjual daging haram. Kartel daging haram cukup menyusahkan orang Islam di Malaysia.

Pemangku Yang Dipertua DPMMNJ.

Mungkin ada banyak pihak terlibat dengan kartel ni.

Pemangku Yang Dipertua DPMMNJ (Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Johor), Muhammed Farhan Basheer, berkata siasatan menyeluruh bukan hanya terhad oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia), KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) serta MAQIS (Malaysian Quarantine and Inspection Services).

Sebaliknya, beliau berkata, ia perlu membabitkan pihak berkuasa lain seperti pihak berkuasa pelabuhan, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), JKDM (Jabatan Kastam Diraja Malaysia), Jabatan Imigresen serta JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).


Bahaya golongan macam ni. Mana boleh daging haram dibungkus semula siap letak cop halal? Tak boleh!

Halal tetap halal, haram tetap haram. Kartel daging haram ni sepatutnya didedahkan kepada umum supaya orang-orang Islam di Malaysia boleh elak dan boikot. Biar bungkus lingkup terus kartel daging haram ni.

Pengedar atau pengimport daging halal sepatutnya diwar-warkan supaya orang Islam rasa yakin nak beli. Biar kartel daging halal makin maju dan berkembang.

Kartel tu apa? Entah.

Anyway, jual daging halal je la. Kelebihan makanan halal ni orang Islam boleh makan dan orang kafir pun boleh makan. Kalau makanan haram tu faham-fahamlah.

Makanan yang berkualiti mesti halal. Tak guna daging babi dibasuh mengikut SOP (Standard Operating Procedure) lalu dimasak dan disediakan pula oleh chef paling hebat di dunia. Babi itu tetap haram dimakan.

Jangankan babi, lembu yang tak disembelih ikut cara Islam pun haram dimakan. Sembelih lembu atau haiwan-haiwan yang halal dimakan ikut cara Islam adalah yang terbaik.

Oleh itu, isu kartel daging haram adalah masalah yang sangat berat di Malaysia.

Wallahua'lam.

Source

2 comments: