Saturday, December 26, 2020

Lepas Diberhentikan Kerja Dapat Idea Jual Bawang

Bawang sekarang ni tengah mahal. Walaupun mahal tapi orang terpaksa beli juga untuk masak.

Gambar hiasan.
Dalam content kali ni saya nak kongsi pasal orang jual bawang lepas diberhentikan kerja.
Pada bulan Mac lalu, Ariff Nur Ilham Nordin berusia 30 tahun diberhentikan kerja sebagai pegawai pemasaran sebuah syarikat di Bangi, Selangor. Selepas berhenti kerja, Ariff balik kampung di Seremban.

Ariff bantu ibunya berniaga bubur lambuk. Bila bisnes bubur lambuk ibunya semakin mendapat sambutan, dia dan ibunya buat keputusan untuk membuka sebuah kedai.

Setelah membuka kedai makan, Ariff berkenalan dengan Hafiz Ershad Hussin yang sama usia dengannya. Kebetulan Hafiz jual bawang putih kopek di kedai makannya. Dari situlah Ariff dan Hafiz dapat ilham nak jadi rakan kongsi jual bawang.

Kebetulan juga Ariff ada seorang kawan masa belajar di Australia. Kawannya ada permit import bawang dan beberapa barang kering lain seperti kacang tanah dan kentang. Nama kawannya dirahsiakan berkemungkinan tidak mahu ada pesaing.

Ariff sebelah kanan bersama rakan kongsinya Hafiz.

Ariff dan Hafiz ambil peluang untuk menjadi pengedar bawang dengan jenama Bawang King yang diusahakan oleh kawannya itu. Ariff sedar untung jual bawang tidak banyak tetapi sangat berpotensi untuk jangka masa panjang. Pasaran bawang di Malaysia sangat besar kerana memerlukan 40 juta tan bawang setahun.

Keputusan Ariff dan Hafiz untuk menjadi pengedar Bawang King di Negeri Sembilan adalah tepat. Mereka mendapat sambutan yang hebat dari kalangan pemborong, kedai runcit dan kedai makan. Selepas empat bulan mereka berniaga, mereka berjaya mendapat nilai jualan bawang sebanyak RM40,000 sebulan.

Pasaran mereka buat masa ini tertumpu di Seremban dan Senawang sahaja. Ariff dan Hafiz merancang untuk menambah pengedar dan berhasrat untuk mempunyai gudang bagi memudahkan perniagaan mereka beroperasi dengan lebih baik.


Penutup

Anda tidak keseorangan seandainya anda diberhentikan kerja. Ariff pun berdepan dengan perkara yang sama.

Ambil teladan dari kisah kejayaan Ariff dalam perniagaan. Tengok keliling anda, cuba cari peluang melalui keluarga atau kawan-kawan yang anda kenal. Mana tau dari situ, anda dapat idea perniagaan yang baik untuk jangka masa panjang?

Wallahua'lam.


Source

Jual bawang selepas diberhenti kerja

2 comments:

  1. Peluang yg baik utk dimanfaatkan dalam situasi sekarang ni. Moga terus maju jaya.. aamiin. Terima kasih atas perkongsian menarik ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu. Peluang baik bagi mereka yang bijak mencari peluang. Terima kasih juga sudi tinggalkan komen di sini.

      Delete