Monday, December 28, 2020

Cara Daftar Sebagai Peniaga Bungkusit

Bungkusit berfungsi untuk hantar makanan dan barang-barang tertentu dari satu tempat ke satu tempat. Rider terdiri dari penunggang motor dan pemandu kereta.


Tanpa buang masa jom baca cara-cara nak berniaga guna Bungkusit.

1. Pergi ke merchant.bungkusit.com.my dan tekan 'Create new account'.


2. Lengkapkan maklumat-maklumat yang bertanda *. Bahagian 'Business Name' boleh letak contoh : Nasi Lemak Lantak, Air Buah-buahan Viral, ABC dan Cendol Pak Ali, Kedai Makan Kak Limah dan seumpamanya. Upload sekali gambar logo perniagaan anda dan sijil SSM (Business Certification) anda. Dah lengkap baru tekan 'CREATE ACCOUNT'.





3. Pergi ke app.senangpay.my/payment/158495223372 .


4. Bahagian Additional input letak nama perniagaan anda sama seperti di merchant portal. Contoh nama : Nasi Lemak Lantak, Air Buah-buahan Viral, ABC dan Cendol Pak Ali, Kedai Makan Penganggur dan seumpamanya. 'Refer by' boleh pilih mana-mana je. Isi bahagian 'Name', 'Email' dan 'Mobile Number' anda.


5. Ada 4 pilihan cara nak bayar RM100. Saya cadangkan pilih 'FPX' untuk bayar secara wire transfer guna online bank anda.


6. Lepas tekan 'FPX' anda tekan logo bank akaun milik anda untuk buat bayaran.


7. Sila screenshot success message anda selepas buat pembayaran dan hantarkan ke merchant@bungkusit.com.my untuk pengesahan.

8. Tunggu pihak Bungkusit hubungi anda.


Kenapa nak daftar sebagai peniaga di Bungkusit?

Pihak Bungkusit tak ambil komisen dari hasil peniaga. Jadi, pihak peniaga mesti letak harga jual di app Bungkusit sama seperti di tempat berniaga. 0% komisen!

RM100 untuk satu kali bayar bagi satu tapak perniagaan sahaja. Kalau ada 10 tempat berniaga nak masuk dalam app Bungkusit, bayarlah RM1000.

Pihak Bungkusit cuma ambil 15% dari rider dorang. Buat masa ni hasil jual vendor/merchant/partner tak kena apa-apa caj selain RM100 masa daftar.

Akhir kata, kalau ada info salah dalam content ini sila tegur baik-baik ya. Terima kasih sudi baca.

Sekian.

Source

Bungkusit

Cara untuk daftar dan gaji Rider Bungkusit

6 comments:

  1. Salam sejahtera. Saya nk tya mengenai rm100 utk 1 tapak tu boleh terangkan? Jika saya ada 10 menu makanan ada itu kira 10 tapak? Mohon penerangan. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera tuan/puan. Tapak yang saya maksudkan ialah alamat atau tempat berniaga. Menu bukan tapak jadi takde masalah nak letak 10 atau lebih.

      Bayar RM100 untuk 1 alamat/tempat berniaga.

      Semoga tuan/puan dapat pencerahan.

      Delete
    2. Kalau nak daftar dengan siapa ya nak dihubungi selain dr kena isi sendiri dlm web

      Delete
    3. Saya tak tahu daftar selain web.

      Delete
  2. Saya penjual ayam segar, boleh saya jual melalui bungkusit?

    ReplyDelete