Tuesday, December 15, 2020

OKU Pun Boleh Berniaga Nasi Lemak

Tak dinafikan memang orang OKU (Orang Kurang Upaya) susah nak berniaga nasi lemak seorang diri. Dalam content kali ini saya nak kongsi sikit pasal peniaga nasi lemak bujang OKU.

Peniaga Nasi Lemak Dekk's Mat.

Jom tengok video ni dulu..


Mohammad Nor Abdullah merupakan peniaga nasi lemak tepi jalan di Amber Business Plaza, Cheras, Kuala Lumpur. Kecekalan hatinya untuk berniaga jadi motivasi kepada saya supaya jangan putus asa dalam perniagaan.

Kalau dah tengok video tu, memanglah M.Nor tak berniaga sorang-sorang. Ada orang yang bantu dia berniaga. Sedangkan orang bukan OKU berniaga tepi jalan pun perlukan bantuan juga bila pelanggan semakin bertambah.

Bak kata pepatah 'Usaha itu tangga kejayaan'. Kalau kita tak putus asa insha Allah pasti ada jalannya. Asalkan jangan putus asa.

Alhamdulillah saya terjumpa video pasal peniaga nasi lemak OKU masa boring-boring tengok Youtube. Sekurang-kurangnya dapat jadi konten blog saya.

Selain tu jadi motivasi bagi saya. Saya harap anda yang tengok video tu pun dapat motivasi. Jangan sesekali putus asa dalam perniagaan walaupun serba kekurangan.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment