Tuesday, November 17, 2020

Gunakan duit KWSP i-Sinar untuk berniaga

Berita baik untuk rakyat Malaysia yang kehilangan kerja. Anda boleh keluarkan duit dari akaun 1 KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) mulai bulan Januari 2021.


Kenyataan dari pihak KWSP.

Tapi apa kebaikannya dapat keluar duit akaun 1 KWSP?

Anda boleh gunakan untuk berniaga. Rugi kalau tak gunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya.

Pemegang akaun 1 KWSP bawah RM90,000

Boleh keluarkan duit sehingga RM9000 dengan baki dalam akaun sekurang-sekurangnya RM100. Bulan pertama RM4000 dan 5 bulan berikutnya RM1000 sebulan.

Contoh kalau pemegang akaun 1 KWSP RM5,100.

Dapat keluarkan RM4000 untuk bulan pertama dan keluarkan RM1000 untuk bulan kedua. Maka tinggal baki RM100 yang tak boleh dikeluarkan.

Contoh kalau pemegang akaun 1 KWSP RM10,000.

Dapat keluarkan RM4000 untuk bulan pertama dan keluarkan RM1000 untuk bulan kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam. Maka tinggal baki RM1000 yang tak boleh dikeluarkan.

Pemegang akaun 1 KWSP lebih RM90,000

Boleh keluarkan duit sebanyak 10% dari akaun tetapi tidak boleh lebih dari RM60,000. Bulan pertama RM10,000 dan bulan berikutnya RM10,000 setiap bulan selama 5 bulan.

Contoh kalau pemegang akaun 1 KWSP RM100,000.

Dapat keluarkan 10% dari RM100,000 iaitu RM10,000. Maka tinggal baki RM90,000 yang tak boleh dikeluarkan.

Contoh kalau pemegang akaun 1 KWSP RM500,000.

Dapat keluarkan 10% dari RM500,000 iaitu RM50,000. Maknanya boleh keluarkan RM10,000 untuk bulan pertama dan RM10,000 untuk bulan kedua, ketiga, keempat dan kelima. Maka tinggal baki RM450,000 yang tak boleh dikeluarkan.

Contoh kalau pemegang akaun 1 KWSP RM1,000,000.

Walaupun 10% dari RM1,000,000 ialah RM100,000 tetapi hanya dapat keluarkan RM60,000. Maknanya boleh keluarkan RM10,000 untuk bulan pertama dan RM10,000 untuk bulan kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam. Maka tinggal baki RM960,000 yang tak boleh dikeluarkan.

Apa tujuan dapat keluarkan duit akaun 1 KWSP?

Saya cadangkan sebahagian besar untuk buat bayar hutang dulu. Kalau dah kurang atau langsung takde hutang nanti senang nak buat berniaga.

Boleh cari idea-idea berniaga di sini :

86 idea perniagaan

69 idea bisnes perkhidmatan

Cara buat produk jenama sendiri

Ada idea bisnes yang memerlukan modal bawah RM3000 dan ada juga yang sebaliknya. Apa-apa hal rancang dulu bisnes apa yang anda nak buat.

Gagal merancang itu merancang kegagalan. Gagal sekali bukan bermakna gagal banyak kali. Belajar dari kegagalan untuk dapatkan kejayaan.


Update 19 November 2020

Ringkasan Syarat Permohonan i-Sinar

Permohonan mulai 1 Disember 2020 melalui portal i-Sinar (online - tidak ada borang)

Semua permohonan secara online melalui telefon atau komputer peribadi ahli.

Syarat-syarat :

  1. Berumur 55 tahun dan ke bawah.
  2. Ahli atau pencarum yang diberhentikan kerja atau ditangguh bayaran gaji.
  3. Ahli aktif KWSP : Mempunyai sekurang-kurangnya 1 bulan caruman mulai Mac 2019 sehingga Feb 2020.
  4. Tiada caruman dalam tempoh 2 bulan semasa permohonan.
Kalau macam ni punya syarat anggap je la memang tak dapat keluar duit sendiri dari akaun 1 KWSP!

Update 27 November 2020
8 juta orang boleh keluar duit KWSP.



Boleh daftar atau buka akaun i-Sinar pada pertengahan bulan Disember 2020. Apa-apa hal kita tunggu dan lihat dulu buat masa ni.

Update 23 Disember 2020

Source

KWSP i-Sinar

Minta KWSP longgarkan syarat permohonan i-Sinar

No comments:

Post a Comment