Thursday, July 5, 2018

Kaji sebelum borong dari China

Kalau tak buat research macam mana nak tahu barang yang diborong dari China tu berbaloi atau tak. Sebaik-baiknya elak dari jual barang-barang elektronik atau barang yang orang nak mintak warranty. Dalam topik kali saya amik contoh cincin titanium.

Titanium ring Aliexpress
Harga black titanium ring kat Aliexpress antara USD0.44 hingga USD1.06 tapi harga kat tempat lain?


Titanium ring di Amazon
Nampak tak berapa harga orang jual black titanium ring kat Amazon? USD11.99! Beli kat Aliexpress USD1.06 lepas tu jual balik kat Amazon USD11.99. Anggaran matawang Malaysia beli kat Aliexpress RM4.25 tapi jual balik kat Amazon RM48.00. Ini kiraan secara kasar je. Kalau nak tepat boleh try taip kat google "convert usd to myr".

Harga jual lebih 1000% atau lebih 10 kaliganda dari harga asal. Kalau tolak modal harga asal, courier, packing dll pun masih boleh untung lebih dari 300%. Kalau dia dapat harga USD0.44 atau secara kasar RM1.70 untuk sebentuk cincin sebab dapat diskaun borong banyak-banyak di Aliexpress? Dahsyat untung orang yang jual kat Amazon tu.

Ok sekarang jom tengok orang yang jual kat tempat lain pulak. Ambil contoh dekat je la. Lazada dengan Shopee.

Titanium ring Lazada

Titanium ring Shopee

Harga kat Lazada RM26. Harga kat Shopee lak RM23. Kalau kira harga asal secara kasar RM4.25 maknanya penjual di Lazada dan Shopee letak harga anggaran 5 ke 6 kaliganda lebih tinggi. Persamaan penjual di Amazon, Lazada dan Shopee ialah dorang letak harga 500% lebih tinggi dari harga asal.

Sebenarnya ada lagi barang-barang lain yang boleh dijual lebih dari 500% harga asal. 500% tu tinggi betul bagi saya. Kalau dapat barang yang boleh dijual 200% dari harga asal pun dah kira hebatlah tu.

Black titanium ring ni sebagai contoh sahaja. Apa yang penting? Study sebelum borong barang-barang dari China.

Tips orang baru nak jual barang-barang dari China :
  • Cari supplier yang boleh terima paypal sahaja (Jangan terpedaya dengan helah dorang yang tak nak guna paypal).
  • Cari barang yang mudah dibungkus dan tak mudah pecah.
  • Cari barang yang beli harga rendah tapi boleh jual harga tinggi (Tak naklah beli seunit RM100 tapi jual RM110 je).
  • Cari barang yang latest atau new arrival berbanding barang yang dah popular (popular banyak pesaing).
  • Seboleh-bolehnya jangan jual barang elektrik/elektronik atau barang yang orang boleh claim warranty.
  • Jangan jual barang yang terlalu besar contoh almari, mesin pembancuh simen dan seumpamanya.
Contoh barang yang mudah dijual ialah :
  • Jewelry set
  • Phone accessories
  • Toys
Contoh barang tu mungkin kurang tepat. Kalau nak senang, cari je barang yang orang perempuan suka beli. Orang perempuan kan suka membeli-belah?

Pasal barang elektronik tu kalau setakat jual produk kecik yang ada lampu led tu oklah. Maksud saya elak jual barang elektronik macam smartphone, powerbank dan seumpamanya. Cuba elakkan diri dari berdepan masalah warranty, refund, customer marah-marah tak puas hati dll.

Kalau rasa boleh settle masalah warranty dan bersaing dengan otai-otai smartphone yang sedia ada, silakan. Pada pendapat saya lebih baik jual smartphone accessories contohnya tpu case, screen protector, water proof pouch dan seumpamanya. Kalau modal dah besar nanti bolehlah borong banyak-banyak smartphone dari China pastu jual kat Malaysia.

Dropship sebab tak cukup modal? Kalau nak dropship dari China nanti bertembung pulak dengan orang yang dah borong awal-awal. Harga dropship memang tak boleh lawan otai-otai yang beli secara wholesale. 

Produk yang nak didropship pun kena tengok jugak. Kalau supplier lambat bagitau barang dah habis? Padahal duit customer kita dah bayar. Ish ish ish terpaksa pulang duit customer.

Anyway kalau beli borong lagi senang nak tahu kuantiti produk yang tinggal. Kalau stok habis awal-awal boleh bagitau customer dah habis. Bukan tak boleh buat dropship dari China tapi nak kena hati-hatilah. Orang buat dropship jual beli di Malaysia pun stress bila barang habis atau bermasalah inikan pula dropship China-Malaysia atau China-worldwide.

Kalau modal besar bolehlah borong banyak-banyak pastu jual harga rendah pun masih untung. Sebelum dapat modal besar, mulakan secara kecil-kecilan. Apa-apahal study dulu pasal permintaan barang tu. 

Try tengok ada tak orang lain dah jual dulu? Kalau ada, berapa harga yang dijual berbanding harga asal dari China? Kemampuan nak memborong pun kena amik kira jugak.

Kecilkan target audience. Contohnya kalau jual pakaian wanita try cari khas untuk perempuan plus size. Mungkin boleh kecikkan lagi target customer kepada pakaian perempuan mengandung. Nak kecikkan lagi target audience? Jual baju khas untuk perempuan mengandung susukan anak tanpa menampakkan buah dadanya di khalayak orang ramai.

Kenapa nak kecikkan sasaran? Untuk kurangkan persainganlah. Kurang persaingan baik untuk bisnes anda. Fikirkan apa lagi produk lain yang boleh dikecikkan target audience? Fikir-fikir na na na na na..

Cukuplah pendapat saya yang tak seberapa ni. Anda sendiri jual barang-barang dari China? Kalau anda ada cadangan yang lebih baik, jangan segan untuk berkongsi.

Sumber

10 comments:

  1. Berminat pula nak berniaga..

    ReplyDelete
  2. saya pun buat juga bisnes ni sikit2. tapi bukan di lazada dan shoppe. memang boleh dapat margin keuntungan yang besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jual tempat lain lagi bagus sebab dua ecommerce site tu ada banyak otai-otai berniaga jual murah-murah je.

      Delete
  3. Borong dr China ni ok kalau seller/supplier tu baik & brg berkualiti. Kdg masalahnya peniaga order byk, pilih shipping murah/free - sebulan lebih pun benda x sampai2 jg. Akhirnya customer cabut sbb penat menunggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu. Masalah macam ni yang buat orang teragak-agak nak borong dari China.

      Delete
  4. sy perhatikan masalah org kita ni sbnr nya diorg MALAS NAK MEMBACA. nak kaji apatah lg...x slh pn nk berniaga ke borong ke dari mana sekali pun tp rajin2 kn laa membaca tu... bkn nampak free/ murah trs buat pilihan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Payah jugak golongan kita yang malas baca ni.

      Delete
  5. I truly love your website.. Great colors & theme. Did you
    create this web site yourself? Please reply back as
    I'm trying to create my own personal blog and would love to
    know where you got this from or exactly what
    the theme is called. Thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. I m just an average blogger. I used Simply Simple Theme from Blogger.

      Thank you for your comment mr/mrs anonymous.

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.