Saturday, August 25, 2018

Kerja Sendiri VS Kerja Makan Gaji 2.0

Walaupun tujuan orang kerja sendiri dan kerja makan gaji ni sama tapi tetap ada perbezaannya. Apa yang sama? Nak dapatkan kepingan besi/perak/emas, kertas bernombor dan tambah nombor di akaun bank. Pendek cerita nak cari duitlah.

Lima sen
5 sen pun duit jugak.
Jom sama-sama tengok perbezaan antara kerja sendiri dan kerja makan gaji.


Maksud
Kerja sendiri
Maksudnya mengusahakan sesuatu sama ada dari segi menjual atau menyediakan perkhidmatan atau kedua-duanya sekali. Jadi pemilik dan pekerja untuk diri sendiri. "Kerja sendiri" jugak menjadi jawapan bagi tauke-tauke besar yang rendah diri apabila ditanya "kerja apa?".

Kerja makan gaji
Maksudnya bekerja untuk orang atasan. Bila ditanya kerja apa kadang-kadang golongan pekerja makan gaji jawab "kerja biasa-biasa je" atau "kerja makan gaji je".


Langkah Awal
Kerja sendiri
Kena ada modal untuk mulakan berniaga. Sama ada guna duit masa pernah kerja makan gaji, pinjam duit orang, gadai barang kemas dll. Nak dropship pun kena ada modal. Kena langgan internet kan? Desktop PC, laptop atau smartphone kan kena beli? Lainlah kalau family belikan segala-galanya. Maknanya kena ada modal jugaklah walaupun ditanggung oleh family.

Kerja makan gaji
Kena pergi interview. Duit permulaan mungkin dari family jugak untuk pakaian sesuai, duit minyak kenderaan atau duit tambang, duit makan dan segala keperluan sebelum dapat gaji. Tak panggil duit modallah sebab bukan nak buat berniaga.


Pendapatan
Kerja sendiri
Tidak tetap. Ada masa naik, ada masa turun. Kena dapat sale tinggi, repeat customer dan lebih banyak first time customer. Barulah untung lebih. Lepas tolak duit modal hasil bisnes, itulah pendapatan kerja sendiri.

Kerja makan gaji
Ada gaji basic dan mungkin ada tambahan elaun, overtime, bonus dan sebarang ganjaran yang disediakan oleh majikan. Kalau kerja bahagian sales mungkin gaji tak tetap sebab bergantung kepada berapa banyak sales dibuat. Baik kerja sendiri bila dah banyak pengalaman dalam kerja bidang sales.


Fikiran
Kerja sendiri
Sentiasa fikir nak naikkan hasil perniagaan.

Kerja makan gaji
Sentiasa fikir nak dapat gaji lagi besar.


Cabaran
Kerja sendiri
Bila susah nak dapat sales. Customer lebih berminat dengan pesaing. Bila pelanggan complaint atau kritik produk atau perkhidmatan yang disediakan. Bila ditipu pelanggan. Bila disantau oleh orang yang dengki. Bila rugi berpanjangan sampai terpaksa kerja makan gaji.

Kerja makan gaji
Interview banyak tempat tapi masih tak dapat kerja. Kalau dapat kerja pun, dalam bidang yang tak digemari dan dapat gaji yang tak setimpal. Dianiaya rakan sekerja yang jahat contohnya diumpat, dihina, dimarah, dipulaukan dan sebagainya. Gaji lambat masuk. Syarikat tutup atas sebab tertentu contohnya bankrap, pindah luar negara dll.


Kejayaan
Kerja sendiri
Bila menjadi usahawan yang berjaya dan perniagaan pun semakin maju. Hasil pun berkoyan-koyan. Ada banyak pekerja yang baik, produk atau perkhidmatan yang ada permintaan dan untung yang sangat besar. Walaupun untung bersih seunit hanya RM1 tapi bila terjual sejuta unit dah dapat untung bersih RM1,000,000.

Kerja makan gaji
Bila jadi pekerja terbaik, dapat naik pangkat dan naik gaji. Majikan baik, teman sekerja pun baik dan tempat kerja yang selesa merupakan idaman setiap pekerja makan gaji.


Kesimpulan
Tak salah sama ada anda lebih selesa kerja sendiri atau kerja makaj gaji. Apa yang penting? Halal.

Apa pendapat anda? Mungkin nak baca  yang dulu punya? Klik sini untuk baca post kerja sendiri vs kerja makan gaji versi pertama.

14 comments:

  1. keduanya ada pro dan kon tersendiri yang penting kita rasa selesa dan bahagia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahagia tu yang penting sama ada kerja makan gaji atau kerja sendiri.

      Delete
  2. Perkongsian yg menarik..Sy memilih untuk berniaga..bila berniaga rasa seronok sbb kurang tekanan jika di bandingkan masa sy bekerja dulu..di tambah pula dgn perangai kwn sekerja yg mcm2 karenah..cukup stress..!Alhamdulillah,bila berniaga ni hasil byk atau sedikit kita kena sentiasa bersyukur..in sha Allah rezeki xprnah putus..:)

    ReplyDelete
  3. Allhamdulillah... yg penting halal...

    ReplyDelete
  4. Of course kerja sendiri lagi best...tapi kena make sure bisnes stable..duit masuk tiap2 Bulan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang bisnes ni kalau boleh nak duit masuk setiap hari, setiap saat..

      Delete
  5. saya dapat keduanya...

    kerja sendiri dan kerja makan gaji..

    kelebihan : peace of mind

    kekurangan : limited of time

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat kerja sendiri dan kerja makan gaji? Saya lebih sokong kalau mrhanafi kembangkan lagi kerja sendiri atau bisnes. Semoga bisnes makin maju!

      Delete
  6. Lapan tahun juga tak merasa makan gaji.
    tapi teringin pula nak kerja dan menikmati suasana kerja dgn ramai pekerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah 8 tahun berniaga? Syabas encik hairul! Bila bisnes dah maju nanti buatlah suasana kerja dengan ramai pekerja. Semoga sukses dalam bisnes.

      Delete