Tuesday, November 20, 2018

Wajarkah boikot peniaga guna polisterin?

Dari tahun 2016 lagi saya dah diberitahu oleh pegawai MBJB (Majlis Bandaraya Johor Bahru) jangan bungkus makanan guna polisterin. Sejak lepas kena tegur tu terus saya tak berniaga guna polisterin lagi. Guna kertas coklat lagi jimat.

Boikot polisterina - Wilayah Persekutuan.
Adakah wajar boikot peniaga guna polisterina?


Menurut Khalid Abdul Samad sebagai Menteri Wilayah Persekutuan..

"Penggunaan bekas polisterina dan straw plastik bukan sahaja menyebabkan pencemaran malah boleh mendatangkan pelbagai penyakit terutamanya kanser."

Kat pasar malam, saya masih boleh nampak orang berniaga guna polisterin. Ada orang jual popia basah dulu guna polisterin harga RM5 tapi bila guna bekas plastik lutsinar dah jadi RM6! Bukan bekas tupperware yang boleh tahan panas masuk microwave tu tapi bekas plastik yang orang guna untuk jual roti jala tu.

Gambar ni diambil dari dapurcom

Haa nampak tak bekas plastik tu? Tak salah guna bekas macam tu tapi tak payahlah naik harga lebih RM1. Kalau nak jimat guna je lah plastik lutsinar yang peniaga guna untuk isi rojak asma atau lauk-pauk tu.


Pasal straw plastik tu susah sikitlah nak boikot. Orang jual air guna straw murah pun dah mahal. Kalau guna straw mahal nanti harga air lagi mahallah.

Mulakan dengan boikot barang yang bungkus guna polisterin je buat masa ni. Nak jimat bungkus je makanan guna kertas coklat. Tak perlu naik harga malah lebih jimat.

Ambil masa sikit nak bungkus nasi ayam guna kertas coklat. Pelanggan lagi suka tengok makanan dorang nak beli kena bungkus depan mata dorang. Nampak macam baru gitu padahal nasi ayam tu dah siap masak dari rumah.

Itu contoh nasi ayam je. Juadah makanan berat yang lain-lain pun boleh dibuat macam tu jugak. Bagi pilihan pada pelanggan kalau guna bekas lutsinar tahan panas microwave kena bayar 50 sen.

Mana tahu ada orang nak senang makan dalam kereta ke? Kalau pelanggan nak jimat, bungkus je la makanan tu guna kertas coklat atau plastik lutsinar. Peniaga senang, pembeli girang.

Apa pendapat anda pula sebagai peniaga atau pembeli?

Sumber

2 comments:

  1. Sy sokong 100%..bungkus mknan guna polisterin memg xelok utk kesihatan..tp peniaga masih pakai jga wlwpn kerajaan melarang..cara yg berkesan ialah pengilang terus berhenti buat polisterin ni..klw bole pihak berwajib pantau kilang2 yg buat polisterin ni dan bg notis segera..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga polisterin makin mahal menunjukkan masih ramai peniaga guna polisterin. Kalau sardin murah bukan main lagi kerajaan banteras habis-habisan sampai dah tak jumpa sardin murah kat Econsave. Kalau polisterin...tak tahulah smpai bila.

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.