Wednesday, April 17, 2019

Inilah Masanya

Tak lama lagi nak masuk bulan Ramadhan. Kepada orang yang biasa ambil tempahan buat kuih raya tu memang dah sibuk sekarang ni.

Gambar hiasan tart bunga dari myresipi
Habis tu, kalau baru nak mula hari ni sempat ke?



Insha Allah sempat asalkan mula sekarang. Tak kiralah pandai buat kuih raya jenis apa sekali pun. Contohnya tart bunga, kuih makmur, biskut cip coklat, batang buruk, kerepek dan sebagainya.

Cara promote paling mudah bagi sample percuma untuk orang rasa. Kalau dengan family atau kawan-kawan bolehlah main buka balang suruh dorang rasa. Kalau dengan orang luar, masuklah dalam plastik sambal.

Plastik sambal ni kecik je.
Masuklah sebiji dalam tu kemudian bagi kat orang yang berminat nak mencuba. Kalau jual online tak dapatlah bagi free sample dalam plastik sambal.

Sample kuih tak semestinya free. Boleh buat jual juga sample kuih dalam RM4 ke RM5 ke.

Pembungkusan kuih pun memainkan peranan yang penting ya. Selain masuk dalam balang, masukkan sekali bubble wrap untuk setiap lapisan kuih supaya tak pecah. Kalau jual secara online, kena bubble wrap sekali balang atau bekas kuih untuk elak risiko pecah dalam penghantaran.

Dari segi harga pulak biar berpatutan. Kalau buat kuih raya guna marjerin tu janganlah jual ikut harga macam buat kuih guna butter pulak. Berniaga biar jujur barulah berkat.

Jual murah sebab apa? Jual mahal sebab apa? Kena ada sebab kukuh kenapa harga kuih raya dijual harganya macam tu barulah orang ramai rasa berbaloi nak beli.

Sekian, terima kasih sudi baca.

4 comments:

  1. Bila buat biskut raya guna butter baru la sedap..mahal2 pn org sanggup beli..ada sorang makcik tu setiap tahun orang tempah tart nenas dia berbalang2 wlwpun sebiji tart nenas 60sen..sedap pn sbb dia guna butter yg mahal dn xkedekut inti jem nenas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa rajin usaha dia berpeluang dapat lebih.

      Delete
  2. Kat opis mama dh macam2 tester dah mama try haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi kuih apa yang mama rasa sedap kat opis?

      Delete