Thursday, July 11, 2019

Tambang Grab naik mulai 12 Julai?

Seriously Grab nak naikkan harga tambang mulai 12 July 2019? Apasal nak naik pulak ni? Angkara orang ini ke yang tak senang  duduk tengok orang ramai pilih Grab sebagai pemandu atau penumpang?

Grab naik harga ke?
Apa-apa hal, baca dulu statement dari pihak Grab pasal kenaikan harga tambang ni.

KUALA LUMPUR 11 Julai - Kadar caj bagi perkhidmatan e-hailing dijangka akan berlaku kenaikan serta tempoh tempoh menunggu lebih lama berikutan penguatkuasaan peraturan baharu perkhidmatan itu mulai esok.

Grab dalam kenyataan menerusi laman sesawangnya memaklumkan, peraturan baharu, program khas lesen kenderaan pengangkutan awam (PSV) menyebabkan akan berlakunya kekurangan pemandu e-hailing khususnya pemandu sambilan.

Grab turut memberi amaran kepada pengguna terhadap situasi ini dengan meminta pengguna merancang perjalanan dan pilihan pengangkutan dengan baik.

“Menerusi peraturan baharu ini, rakan pemandu Grab akan berdepan dengan proses yang ketat untuk memenuhi syarat tertentu.

“Ini kerana pemeriksaan latar belakang, enam jam latihan memandu, ujian pemanduan Jabatan Pengangkutan Jalan, pemeriksaan kereta oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer dan pemeriksaan kesihatan,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, menurut Grab, pengguna berdepan dengan kenaikan tambang secara dinamik terutamanya pada waktu puncak dan hujan.

“Kami memahami kesukaran pengguna apabila berdepan dengan tambang yang tinggi tetapi ia disebabkan kekurangan pemandu di jalan raya,” katanya. - Utusan Online.


Mengada-ngada betullah nak susahkan pemandu Grab. Orang ramai nak jadi pemandu Grab sebab tak nak buat benda-benda leceh tu semua. Bukannya nak bawak teksi pun.

Berkemungkinan besar ramai pemandu Grab berhenti nanti. Kekurangan pemandu ni jadi faktor utama Grab ambil kesempatan nak naikkan harga tambang. Tak boleh biar orang bayar harga murah naik Grab ke?

Nak jadi pemandu Grab bukan setakat keadaan kereta mesti baik tapi kereta yang digunakan mesti keluaran 2009 ke atas. Itu pun bukan semua kereta keluaran 2009 yang diterima oleh Grab.

Grab reject kereta-kereta ni :

  1. Perodua Kelisa
  2. Perodua Viva
  3. Perodua Kancil
  4. Perodua Kembara
  5. Perodua Kenari
  6. Inokom Atos (Old model 2007-2010)
  7. Inokom Matrix
  8. Renault Kangoo
  9. Proton Wira
  10. Proton Iswara
  11. Proton Gen 2
  12. Proton Savvy
  13. Proton Satria Neo (2 Doors)
  14. Proton Waja (Only rejected in Sabah)
  15. Kia Spectra/Naza Spectra
  16. Kia Sutera/Naza Sutera
  17. Kia Picanto / Naza Picanto (Old model 2007-2010)
  18. Honda CR-Z (2 Doors)
  19. Hyundai Getz (Old model 2007-2010) 
  20. Hyundai i10 (Old model 2007-2010) 
  21. Chevrolet Aveo (Old model 2007-2010) 
  22. Changan Era CM8
  23. 2 Doors Vehicles
  24. Taxi vehicles / Personal Advertised vehicles

Banyak jugak kereta-kereta yang direject oleh Grab. Kereta reject ni memang dari dulu lagi dorang dah buat. Mungkin makin bertambah senarai kereta yang dorang reject pada masa akan datang.

Selain Grab, ada tak yang terkena jugak? Lepas ni Mycar dan e-hailing service yang lain pun kena jugak peraturan ketat macam teksi?

Last-last prebet sapu pun semakin banyak macam cendawan tumbuh selepas hujan. Tak pasal-pasal prebet sapu pun ada app sendiri.

Di sebalik keburukan ni ada kebaikan tak? Kebaikannya Grab dan pemandunya yang lebih untung. Try tengok contoh yang saya buat ni..

Sebelum tambang Grab naik :
Jarak A ke B = RM20
Grab ambil 25% dari RM20 = RM5
Driver ambil 75% dari RM20 = RM15

Selepas tambang Grab naik :
Jarak A ke B = RM30
Grab ambil 25% dari RM30 = RM7.50
Driver ambil 75% dari RM30 = RM22.50

Itu contoh mudah je. Mungkin selepas tambang Grab naik takdelah dari RM20 terus jadi RM30. Contoh nak senang kira je tu nak bagi nampak perbezaan pendapatan yang bakal diperolehi oleh Grab dan pemandunya.

Kalau ada salah atau silap dalam artikel saya ni, sila tegur melalui komen. Sekian.

12 comments:

  1. Kenaikan tambang grab memang cukup menyusahkan..lepas ni orang nak naik grab pun dah mula berkira2..kerajaan memang tak boleh tengok rakyat senang sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa boleh buat. Benda yang orang ramai tak sukalah yang kerajaan sibuk nak buat.

      Delete
  2. takpala kalau naik pun sy paham cuma diharapkan tahap keselamatan pemandu pun dijamin.. harap takda la kes bunuh pemandu grab lagi lepas ni.. kesian..niat nak cari income lain pula jadinya

    i think this was ma first time dorpping here so salam perkenalan and happy blogging :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat kerja apa pun ada risiko..kalau tak dibunuh masih ada risiko kemalangan..kena sentiasa berwaspada contohnya setiap pemandu grab prepare spray pemedih mata untuk pertahankan diri? Kat youtube ada tunjuk cara driver defend dari serangan penumpang..

      Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog saya.

      Delete
  3. Wah Grab naik harga start hari ni la xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut statement dorang tu memang dah naiklah sekarang ni.

      Delete
  4. Ya ampun sakitnya hati.. eh emo sikit sebab selalu guna Grab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesiapa yang selalu naik Grab pun sakit hati bila tambangnya naik harga.

      Delete
  5. adui dah naik tambang rupanya. btw pertama kali dengar kereta jenama inokom tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah kat Malaysia jarang orang pakai kereta jenama inokom.

      Delete
  6. Tambang grab naik dan promo pun kurg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Grab betul-betul ambil kesempatan nampaknya.

      Delete