Wednesday, August 28, 2019

Merdekakan Kewangan Anda

Maksud asal merdeka ialah bebas. Kalau nak detailkan lagi maksud merdeka mungkin maknanya lebih mendalam.
Bendera Malaysia dari wikipedia.
Merdeka? Merdeka!
Dalam topik kali ni saya nak kongsikan pasal merdekakan diri dari masalah kewangan. Kepada yang memang takde masalah kewangan tu bersyukurlah kepada Allah. Bukan semua rakyat Malaysia bebas masalah duit ni.

Ada golongan manusia yang terpaksa gadai segala barang kemas, rumah, tanah, kereta dan macam-macam lagi. Duduk dalam negara yang merdeka tapi masih dibelenggu masalah kewangan. Adakah golongan ini merasa nikmat merdeka?

Mungkin dalam golongan tersebut ada yang malas berusaha. Bukannya semua malas sebab ada jugak yang rajin. Bagaimana pula dengan yang rajin berusaha tapi masih dibelenggu masalah kesempitan wang?

Ada sebahagian golongan ini yang terpaksa tebalkan muka pinjam duit ahli keluarga. Ada jugak yang terpaksa pinjam kawan. Seboleh-bolehnya dorang tak nak pinjam duit ahlong.

Bagi golongan ini, merdeka takde makna selagi masih ada masalah kewangan. Ada di antara golongan ini yang dah cuba minta bantuan kewangan dari pusat zakat atau baitulmal. Masalahnya tak semua yang dapat.

Kalau jumpa pegawai di pusat zakat atau baitulmal yang baik, merasalah golongan ini dapat bantuan. Kalau terjumpa pegawai yang buat duit zakat atau baitulmal macam duit sendiri, meranalah golongan ni sebab tak dapat bantuan. Akibatnya sebahagian dari golongan ini terpaksa pinjam ah long.

Bila dah pinjam duit ahlong ingatkan selesai masalah. Rupa-rupanya masalah makin bertambah. Pinjamnya sikit, bayarnya besar.

Ingatlah golongan yang berdepan masalah kewangan. Biarlah masalah hutang sebesar gunung sekalipun, jangan putus asa. Bukankah kita semua adalah hamba kepada Allah yang maha kaya lagi maha pemurah?

Wallahua'lam.

2 comments: