Friday, October 11, 2019

Kenapa Kebanyakan Orang Tak Sabar-Sabar Nak Jadi Kaya?

Walaupun orang ramai sedar sabar itu sebahagian daripada iman tapi orang tetap nak kaya cepat. Walaupun memang dah tahu kebaikan sifat sabar, orang tetap nak cepat jadi kaya.

Usaha itu bukit kejayaan.
Kenapa orang nak kaya cepat?

Jujurlah, siapa nak kaya lambat? Kalau boleh orang berniaga nak untung cepat dan terus jadi kaya-raya. Orang yang dah kaya raya nak jadi lebih kaya.

Sebab itu scammer guna punch line "Kaya dalam masa sebulan", "Duit hari-hari masuk!", "Rahsia dapatkan RM1000 setiap hari", " Jadi Jutawan dalam masa 31 hari" dan seumpamanya. Itu semua punch line bukannya tagline mahu pun topik hangat. Misleading je semua tu.

Nak kaya cepat punya pasal sampai terpaksa berhutang sana sini. Paling bahaya bila pinjam duit ahlong.

Kalau masih nak cepat jadi kaya, sila belajar dari pakar yang betul-betul boleh membantu. Bukannya takde cara nak kaya cepat. Ada tu memang ada tapi kena kuat usaha dan kuat sabar.

Gagal hari ni tak bermakna gagal esok. Fikirkan lokasi dan strategi perniagaan yang lebih baik. Insya Allah dapat hasil yang lebih baik.

Masalah timbul pulak bila ada scammer yang mengaku pakar marketing, pakar selling, pakar itu dan ini. Ada jugak yang sanggup mengaku ada PhD dan guna gelaran doctor. Matlamat tak menghalalkan cara.

Cara mudah nak jadi kaya ialah belajar sendiri dari orang yang dah berjaya jadi kaya. Lipatgandakan usaha berbanding orang yang memang dah berjaya. Teruskan usaha dengan sabar insha Allah pasti berjaya.

Sabar tak semestinya bermaksud kena tunggu lebih lama. Kalau sanggup berusaha lebih berbanding orang lain tu dikira sabar juga. Orang lain kerja 8 jam, kita kerja 16 jam.

Bukan semua orang sanggup kerja lebih 8 jam. Sanggup jadi lebih rajin berbanding orang lain pun dikira sabar juga. Sabar walaupun terpaksa kerah mental dan fizikal untuk berjaya jadi kaya raya.

Wallahua'lam.

2 comments:

  1. Berpada-pada ja dalam apa yang dibuat. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk tidak semestinya dengan wang ringgit. Tapi selalunya wang ringgitlah yang menjadi ukuran kekayaan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, biasanya orang tengok duit banyak baru kaya..

      Delete