Wednesday, July 15, 2020

Jual Murah VS Jual Mahal

Nak jual produk murah atau produk mahal? Tak susah pun nak tahu produk murah atau mahal ni.

Buah-buahan pun ada yang murah dan mahal.
Tengok je harganya sama ada rendah atau tinggi.
Contoh buah nenas madu sebiji RM1 tapi nenas Sarawak sebiji RM4. Maknanya nenas madu lagi murah.

Murah tak bermakna tak bagus dan mahal tak bermakna terbaik. Peniaga jual produk murah atau mahal ni ada sebabnya.

Kita ambil contoh produk murah dulu ya?

Sebab-sebab kebiasaan peniaga jual murah

Nak buat promosi
Contohnya seperti yang dibuat oleh Ustaz Ebit Lew. Beliau buat promosi pembukaan 10 cawangan Elewsmart iaitu Bandar Baru Bangi, Kajang, Cyberjaya, Sungai Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana.

Credit to Chorry

Credit to Chorry



Biasanya orang jual murah sebab nak promote ni sementara je. Bukan selama-lamanya nak jual harga macam tu.

Nak senang dijual
Ada peniaga yang sanggup terima untung rendah asalkan produk senang dijual. Target peniaga seperti ini biasanya untuk dapatkan jualan sebanyak-banyaknya.

Lagi banyak menjual lagi banyak untung.

Nak bantu orang susah
Ada juga peniaga yang jual murah sebab nak bantu orang susah. Kadang-kadang ada orang susah atau miskin tak nak terima kalau kita bagi barang free so kita jual murah supaya dorang tak rasa bersalah nak terima.

Peniaga kategori ini insha Allah takkan rugi sebab bantu orang susah.

Nak lawan harga pesaing
Ini biasa terjadi kalau banyak sangat pesaing jual benda yang sama. Bila nak jual ikut harga biasa, takde siapa nak beli sebab ada peniaga lain jual harga lagi murah.

Walaupun kebanyakkan sifu atau otai bisnes kata jangan main harga sebab boleh rosakkan nilai pasaran sesuatu produk  tapi realitinya?

Syarikat-syarikat gergasi pun main harga untuk berdepan dengan pesaing mereka. Apa lagi peniaga-peniaga kecil.

Terpaksa walaupun tak nak.

Nak habiskan stok
Peniaga nak cepat habiskan barang-barang yang berlambak terpaksalah jual murah.

Boleh jadi sebab nak restock barang-barang baru. Ada yang nak tutup kedai atau nak pindah. Mungkin ada sebab-sebab lain juga.

Ada tak orang nak habiskan stok tapi jual harga lebih tinggi dari harga pasaran?

Entah.

Sebab-sebab kebiasaan peniaga jual mahal

Nak untung lebih
Peniaga mana nak rugi? Kalau boleh nak untung setiap masa. Lagi untung lagi bagus.

Kalau boleh nak untung 1000% untuk satu unit produk. Lebih dari 1000% lagi seronok.

Nak kawal produk
Kalau produk yang dijual ada banyak permintaan memang peniaga naikkan harga. Lepas naik harga tapi orang masih beli? Tunggulah harga naik lagi.

Bila tiada atau kurang permintaan barulah harga turun.

Nak jaga standard
Ada juga peniaga nak jaga standard produk dorang. Biar terjual sikit je asalkan harga tak jatuh.

Jual Murah atau Jual Mahal lebih baik?
Kalau anda rasa jual murah lebih baik maknanya anda betul.

Kalau anda rasa jual mahal lebih baik maknanya anda betul juga.

Kedua-duanya ada kelebihan sendiri. Ada orang fikir mesti jual barang mahal sebab boleh cover 100 unit produk murah. Tak pasal-pasal bertelagah dengan peniaga yang menyokong jual murah lebih baik.

Walau apa pun pendapat anda pasal jual murah atau jual mahal, saya minta kita sama-sama buka minda dan terima pendapat orang lain. Mana tahu perniagaan anda semakin berkembang pesat lepas terima pendapat lain yang anda sangka tak betul?

Jangan rasa pendapat kita saja yang betul sebab sifu A kata macam tu sedangkan mungkin sifu B ada pendapat yang lebih bernas?

Mana tahu ada orang yang takde title sifu tapi mempunyai pendapat yang jauh lebih baik dari sifu A, B, C sampai Z?

Nak jadi kaya-raya tak semestinya mesti  dapat jual hartanah berjuta-juta sahaja. Tak salah jadi kaya hasil dari hartanah tapi ada juga cara lain nak jadi kaya-raya. Ada yang jadi kaya hasil jual makanan, minuman, barang elektrik atau elektronik, produk digital, alat tulis, pewangi, pakaian dan macam-macam lagi.

Kita ambil contoh jual produk murah tapi untung berulangkali.

Tauke kilang OEM jual air tin pada harga antara 50 sen hingga 70 sen untuk satu tin tapi kena order 6000 tin atau lebihlah. Untung satu tin berapa sen je lepas tolak kos elektrik, gaji pekerja, cukai, cop halal JAKIM dan lain-lain.

Memanglah kena jual banyak kalau produk murah tapi boleh jadi kaya juga.

Memanglah kena ada modal besar nak buka kilang besar tapi biasanya perniagaan yang besar bermula dari kecil.

Walaupun anda peniaga kecil dapat keuntungan satu unit produk di bawah RM1, jangan putus asa!

Biarlah belum ada kilang besar. Perkara yang paling penting dalam perniagaan ialah sentiasa fikir positif. Kalau fikiran negatif, strategi pemasaran terhebat di dunia ada depan mata pun anda tak boleh terima.

Orang yang berfikiran negatif ni susah nak terima pendapat orang lain. Siap salahkan orang berfikiran positif lagi dengan kata-kata jahil seperti "Kena berani bertindak, ini belum apa-apa asyik fikir je."

Nak berani bertindak dalam perniagaan kenalah sentiasa fikir positif. Kita bukannya binatang nak bertindak tanpa fikir apa-apa.

Nak majukan bisnes mesti sentiasa positif. Kalau positif Covid-19 sekali pun, jangan jadikan alasan untuk tak nak berniaga lagi.

Orang berfikiran negatif ni lebih teruk dari pesakit Covid-19. Saya sarankan anda semua jauhkan diri dari orang yang berfikiran negatif. Serba sedikit mungkin mereka boleh mempengaruhi anda untuk jadi negatif seperti mereka.

Sama ada jual murah atau jual mahal sebenarnya tiada masalah kalau anda sentiasa positif. Bila dah positif barulah senang nak menjual. Setiap kesusahan dalam bisnes boleh diatasi dengan baik kalau anda sentiasa berfikiran positif.

Kalau nak gabung jual produk murah dan produk mahal?

Boleh! Tak jadi masalah.

Apa pendapat anda pasal jual murah dan jual mahal?

Sila komen..

Mana tahu pendapat anda lebih baik dari sifu-sifu bisnes di Malaysia?

No comments:

Post a Comment