Friday, August 13, 2021

Cabaran Berniaga Masa PKP 2021

Sebelum PKP pun, perniagaan memang mencabar. Apa lagi bila PKP diteruskan sehingga semakin ramai orang takde kerja.

PKP masih diteruskan buat masa ni..

Apa jadi bila ramai yang kehilangan kerja?

Tak dinafikan pelanggan memang ada walaupun PKP diteruskan. Ingat lagi pasal bekas pilot berniaga mee kari?

Bukan bekas pilot je, artis pun berniaga. Masing-masing nak cari rezeki halal.

Saya faham mungkin ada yang fikir kalau peniaga makin ramai maknanya makin susah nak berniaga. Sebab? Persaingan jadi semakin kuat.

Saya tak salahkan orang yang berfikiran begitu. Mana-mana peniaga pun seboleh-bolehnya tak nak tambah persaingan yang dah sedia ada.

Kalau boleh nak kurangkan persaingan sampai ada peniaga zalim sanggup menganiaya peniaga lain. Tak dapat buat cara kasar, dibuatnya cara halus.

Kepada peniaga yang rasa susah disebabkan persaingan, ingatlah Allah yang bagi rezeki. Mungkin ada yang anggap tu jawapan "clichè" tapi memang Allah yang bagi rezeki.

Bersangka baik dengan Allah. Mana tahu kalau anda gagal berniaga nasi lemak tapi dapat peluang jual takoyaki dan dapat untung lebih banyak dari jual nasi lemak.

Selagi anda hidup dan tak putus asa, insha Allah peluang untuk berjaya sentiasa ada. Sama ada nak atau tak nak je.

OK, kali ni saya nak cerita sikit pasal hubungan antara peniaga dan pelanggan pula.

Peniaga dan pelanggan ni saling memerlukan. Kalau pelanggan takde, peniaga yang susah. Kalau peniaga takde, pelanggan pun susah juga.

Contohnya, saya nak beli nasi lemak sambal power dari sorang makcik tepi jalan. Kebetulan makcik tu cuti masa saya nak beli. Saya sebagai pelanggan rasa susah sebab terpaksa cari kat tempat lain pulak yang belum tentu sambalnya menepati citarasa saya.

Oleh itu, peniaga dan pelanggan saling memerlukan.

Kalau kebanyakan pelanggan hilang pekerjaan?

Wallahua'lam.


No comments:

Post a Comment