Tuesday, July 6, 2021

Kurang Pelanggan Terus Tak Berniaga?

Kekurangan pelanggan ni di antara sebab perniagaan gagal. Saya ada kongsi dalam content sebelum ini.

Apa patut anda buat kalau perniagaan anda kurang pelanggan?

Cuba tengok gambarajah berikut.

Halimaton jual makanan.

Halimaton ni asalnya jual pakaian di Kompleks Dato Kailan di Kepala Batas, Pulau Pinang. Sejak dilarang jual pakaian disebabkan PKP, dia terpaksa jual makanan untuk dapatkan duit.

Walaupun pelanggan kurang tetapi Halimaton, 36 tahun, tetap gigih berniaga walaupun pelanggan kurang. Nak bayar sewa kedai, terpaksalah berniaga juga.

Noriza pun berdepan masalah kurang pelanggan.

Noriza, 43 tahun, pengusaha kedai buah di Kompleks Dato Kailan mendapatkan bekalan buah-buahan setiap hari sebelum pandemik. Sejak pandemik, dia ambil bekalan 3 hari sekali sebab hasil jualan kurang.

Hasil jual kurang sebab orang yang datang beli pun sikit je. Banyak buah yang rosak terpaksa dibuang.

Apa boleh buat?

Ini semua dugaan peniaga-peniaga kecil.

Saya simpati dengan peniaga-peniaga kecil yang susah nak untung sebab kurang pelanggan.

Dorang dah usaha tapi hasilnya masih sedikit. Segala strategi atau taktik perniagaan jadi tak guna kalau pelanggan pun ada masalah kewangan.

Para pelanggan yang sebelum ni bekerja mungkin dah dihentikan kerja. Para pelanggan yang sebelum ni berniaga untung besar mungkin dah semakin kurang untung.

Semoga Allah bantu peniaga-peniaga beragama Islam yang tengah susah sekarang ni.

No comments:

Post a Comment