Tuesday, November 9, 2021

Ada Tak Bisnes Tanpa Modal?

Bisnes tanpa modal memang ada tapi kena tengok dulu sekiranya anda ada atau takde benda yamg diperlukan. Apa benda yang ada atau takde ni?

Bisnes tanpa modal?
Perniagaan tanpa modal?

Kena ada smartphone dan internet, selain tu kena teruskan baca..

Senarai bisnes tanpa modal

Saya sediakan 2 kategori untuk anda buat bisnes tanpa modal iaitu perkhidmatan dan jualan.

Perkhidmatan

1. Tukang Masak

Bukan kerja jadi tukang masak di kedai makan atau mana-mana restoran.

Tukang masak yang saya maksudkan ialah masak ikut permintaan pelanggan. Contohnya pelanggan minta masak sup daging.

Daging disediakan oleh pelanggan. Anda tolong masak je.

Kalau pelanggan tak sediakan daging, anda minta pelanggan bagi duit untuk beli daging dulu.

Sebelum jadi tukang masak, kena pastikan bahan-bahan memasak memang cukup. Cuba tengok di dapur kalau ada pisau, papan tempat potong bahan-bahan masakan, garam, gula, kicap, dapur, gas, kuali, periuk, sudip, senduk dan lain-lain yang boleh terus digunakan untuk memasak.

Dapur tukang masak
Masak dari rumah je.

Kalau ada bahan tak cukup contohnya pelanggan minta buat kari ayam. Ayam memang pelanggan dah sediakan tapi rempah kari di rumah anda pulak habis. Mintalah pelanggan bayar dulu upah masak sekor ayam RM20 baru boleh mula masak.

Harga RM20 tu sebagai contoh je. Mungkin anda boleh minta lebih lagi bergantung pada zaman anda hidup. Kalau anda hidup di zaman bawang besar sekilo RM16, terpaksalah minta upah masak lagi tinggi.

Anda boleh bagi pilihan selain masak daging dan ayam. Contohnya ikan, udang, sotong, kerang, kupang, sayur-sayuran dan lain-lain lagi yang anda tahu masak.

Biasakan minta pelanggan bayar dulu baru masak sebab anda mungkin perlu keluar beli bahan-bahan yang tak cukup.

Kalau bisnes dah semakin maju nanti anda boleh jual hasil masakan anda sendiri siap dengan servis penghantaran.


2. Menjahit

Contohnya mak anda memiliki mesin jahit, jarum, benang dan alat-alat menjahit tapi tak selalu guna. Anda pun guna peluang yang ada untuk buat bisnes jahit dari rumah.

Mesin jahit
Mesin jahit.

Cara menjahit pulak boleh belajar dari mak. Mulakan secara kecil-kecilan dan kumpul pengalaman dulu.

Cara mula berniaga tak perlu keluar duit sendiri pun. Minta deposit dulu dari pelanggan baru mula menjahit.

Walaupun Malaysia masih berada dalam pandemik Covid19 tapi masih ada juga orang nak tempah baju raya.

Kalau takde mesin jahit atau alat-alat untuk menjahit tapi nak buat bisnes menjahit juga terpaksalah keluar modal.


3. Pembersihan

Di rumah anda ada penyapu, mop, vakum, sabun, baldi dan alat-alat pembersihan yang lain?

Penyapu
Pembersihan.

Kalau ada, anda boleh mulakan bisnes pembersihan tanpa modal.

Dalam bisnes pembersihan ni ada kategori atau pecahannya. Contoh servis bersihkan rumah, bersihkan pejabat, cuci kenderaan dan lain-lain.

Dalam kategori bersihkan rumah pun ada pecahannya. Bersihkan siling, bersihkan bilik, bersihkan tandas, bersihkan luar rumah seperti parit/longkang, garaj dan sekitar luaran rumah pelanggan.

Anda pilih kategori pembersihan yang anda nak buat dan fokus. Kalau anda nak buat servis bersih rumah dan cuci kenderaan sekaligus pun boleh juga.

Sama ada rajin atau tak rajin je nak buat bisnes pembersihan.

Bisnes pembersihan ni boleh dimulakan tanpa modal kalau barang-barangnya memang dah ada di rumah. Mulakan secara kecil-kecilan dulu sebelum beli alat-alat pembersihan yang lebih canggih.


4. Potong Rumput

Di rumah anda ada sabit atau gunting pemotong rumput? Ada mesin rumput?

Kalau ada, anda boleh gunakannya untuk mulakan bisnes potong rumput tanpa modal.

Rumput panjang
Bila nak potong rumput?

Kebaikan guna sabit atau gunting potong rumput ni, takde risiko batu terpelanting. Kalau guna mesin rumput, ada risiko batu terpelanting pecahkan cermin kereta atau rumah.

Guna sabit atau gunting potong rumput memang lebih penatlah walaupun takde risiko batu terpelanting.

Terpulang kepada anda kalau nak guna mesin potong rumput sebab lagi senang cuma masalah batu terpelanting tu. Kalau terkena cermin kereta atau rumah, terpaksalah ganti.

Mulakan secara kecil-kecilan potong rumput di kawasan rumah-rumah pelanggan yang berhampiran. Nanti bila bisnes dah berkembang boleh terima tempahan potong rumput dan semak di kebun pelanggan pulak.


5. Cat Rumah

Pernah cat rumah sendiri sebelum ni?

Mana tahu anda dengan adik-beradik pernah cat rumah sama-sama suatu ketika dahulu. Cat dinding sampai terbongkok-bongkok, panjat tangga nak cat bahagian siling, panjat tangga nak cat dinding luar rumah..

Cat kaler hijau.
Cat rumah.

Kalau ada alat-alat untuk mengecat, anda boleh buat bisnes cat rumah. Anda tak perlu ada cat sendiri di rumah anda untuk mula buat bisnes ni.

Cat disediakan oleh pelanggan. Kalau pelanggan tak sediakan cat, minta duit pendahuluan dari pelanggan untuk beli cat.

Anda boleh mulakan secara kecil-kecilan. Mungkin boleh mulakan dengan perkhidmatan cat bilik sahaja. Mungkin juga boleh mula cat bahagian dapur sahaja.

Kalau bisnes dah semakin berkembang nanti boleh sediakan perkhidmatan cat dalam dan luar rumah sekali. Dah ada scaffholding lagi senang nak cat luar rumah.

Kalau cat dalam rumah teres satu tingkat sahaja anda boleh caj RM2400. Harga mengecat rumah dua tingkat pulak RM3000. Itu harga kasar upah je tak termasuk cat.

Saiz rumah pun nak kena tengok juga sebelum nak tetapkan harga upah mengecat. Ada rumah dua tingkat tapi kecik je. Ada rumah satu tingkat je tapi besar.

Buat kerja cat-mengecat ni memang penat. Kalau pelanggan terasa mahal, biarlah dia cat rumah sendiri.

Kalau bisnes anda makin berkembang, silap-silap anda boleh dapat tempahan atau tender cat bangunan-bangunan besar pulak.

Harga upah cat tu cuma cadangan saya je. Anda sendiri letak harga ikut kehendak anda.


6. Pasang wallpaper (dindingkertas?)

Anda pernah pasang wallpaper sendiri di rumah?

Kalau dah biasa pasang sendiri biasanya kat rumah ada pembaris atau tape measure (pita ukur), pisau, gunting dan wallpaper glue. Wallpaper glue ialah sejenis gam yang khas untuk tampal wallpaper supaya tahan lebih lama. Kalau dah sedia ada bahan-bahan tampal wallpaper di rumah, bolehla mula bisnes ni tanpa modal.

Orang sekarang lebih suka pasang wallpaper di dinding berbanding cat. Kalau anda seorang yang teliti dan mahir buat kerja tampal-menampal, bisnes pasang wallpaper memang sesuai untuk anda.

Kenakan caj ikut berapa banyak gulungan wallpaper yang diperlukan. Caj upah pasang sahaja satu gulung RM150. Kalau pelanggan tak sediakan wallpaper, anda mintalah duit pendahuluan untuk beli wallpaper dulu sebelum pasang.

Sebelum pasang wallpaper di rumah pelanggan, anda kena tengok dulu keadaan dinding. Kalau dinding rata dan takde masalah, senanglah nak pasang wallpaper.

Kalau dinding tak rata, memang berkedutlah lepas pasang wallpaper. Ada juga dinding rata tapi  tetap bermasalah. Sebab tu buat bisnes pasang wallpaper ni kena teliti.

Jenis dinding sesuai untuk tampal wallpaper?
Credit to Fiqelhomedeco

Seandainya keadaan dinding rumah pelanggan bermasalah, kena setelkan dulu. Sama ada pelanggan setel sendiri atau anda tolong setelkan.

Anda boleh setelkan sendiri kalau tahu caranya atau panggil orang lain yang lebih pandai.

Wallpaper ni bukan setakat untuk tampal dinding atau siling je. Ada juga wallpaper khas untuk ditampal di tingkap. Jangan salah pilih wallpaper sebelum pasang.

Kalau bisnes pasang wallpaper anda semakin berkembang, anda boleh tambah perkhidmatan pasang vinyl di lantai atau tangga pulak. Boleh juga tambah perkhidmatan cabut wallpaper atau vinyl ikut permintaan pelanggan.


7. Jaga kucing

Anda boleh buat bisnes ini kalau anda suka kucing.

Jaga kucing
Jaga kucing?

Boleh buat di rumah sendiri tapi pastikan tempahan yang diterima tidak menyebabkan rumah jadi sempit. Kalau sempit, kesian kucing-kucing pelanggan tu tak selesa.

Bila dapat tempahan, pastikan pelanggan bayar dulu. Kalau anda caj sehari RM20 untuk seekor kucing dan pelanggan minta jaga 3 hari, awal-awal minta RM60 dan deposit RM50. Deposit dipulangkan selepas pelanggan datang ambil kucing.

Kalau pelanggan hantar 2 atau lebih kucing untuk dijaga, bagilah diskaun 50%. Galakkan pelanggan hantar kucing lebih dari seekor barulah dapat hasil lebih.

Kebersihan mesti diutamakan selain bagi makan secukupnya pada kucing-kucing pelanggan. Tak boleh bagi kucing-kucing tu keluar rumah. Kalau hilang tak ke naye jawabnye.

Pasir kucing kena tukar selalu ikut tahap kekerapan kucing "melabur" sama ada kecil atau besar.. Dah diberikan amanah, kenalah jaga kucing-kucing pelanggan dengan sebaik-baiknya.

Harga jaga kucing yang saya bagi tu sebagai contoh sahaja. Anda boleh letak harga ikut kehendak anda.

Kalau bisnes jaga kucing dah berkembang, bolehlah tambah perkhidmatan ambil dan hantar kucing ke rumah pelanggan. Mungkin juga anda boleh kembangkan bisnes dengan menjual makanan dan pasir kucing pada masa akan datang.

Jual mangkuk makan/minum kucing, alat mainan kucing, alat urut kucing, syampu kucing dan lain-lain demi memgembangkan bisnes anda.


8. Jaga kanak-kanak

Anda boleh buat bisnes ni kalau anda seorang penyabar dan suka kanak-kanak.

Tempat jaga dorang?

Rumah anda sendiri.

Makanan dorang?

Makanan yang anda masak.

Jangan masak terlalu pedas. Kesian dorang tak termakan nanti.

Makanan terlalu manis pun patut dielakkan. Budak-budak ni memang suka makan benda-benda manis tapi akibatnya jadi aktif lain macamlah. Serabut kepala tengok dorang tak tau duduk diam nanti.

Budak kecil bermain.
Anak aktif.

Jangan bagi makan ikan bimbang budak tu tercekik tulang pulak. Bagi dorang makanan yang tak merbahaya dari segi kesihatan dan keselamatan.

Paling mencabar kalau nak jaga baby. Sebab tu bayaran untuk jaga baby lebih tinggi berbanding budak-budak umur 2 tahun ke atas.

Cadangan harga jaga anak orang 

  1. Umur 3 bulan hingga 12 bulan RM25 sehari.
  2. Umur 1 tahun hingga 4 tahun RM15 sehari.

Tempoh jaga dari 7 pagi sampai 6 petang. Kalau ambil anak lebih awal dari 6 petang pun kira harga minimum sama ada RM25 atau RM15 juga.

Kalau lebih pukul 6 petang masih tak ambil anak, caj setiap jam RM4.

Kalau anak pelanggan tu cuma boleh makan makanan tertentu je, minta pelanggan sediakan atau bagi duit lebih untuk sediakan makanan ikut kehendak pelanggan.

Contohnya anak pelanggan cuma boleh makan 'daging harimau menangis'. Kalau tak makan nanti anak dia bertukar jadi harimau mengaum.

 

Dalam kes ni kena suruh pelanggan yang sediakan atau bagi duit lebih untuk anda sendiri masak menu 'daging harimau menangis'.

Harga dan tempoh jaga anak orang tu cuma cadangan saya je. Anda boleh letak harga ikut kemahuan sendiri.


9. Jaga orang tua

Kalau anda seorang yang sangat penyabar untuk berdepan dengan orang tua, anda boleh buat bisnes ni. Seandainya ada katil lebih di rumah, anda boleh mulakan bisnes jaga  orang tua tanpa modal di rumah anda.

Jaga orang tua
Jaga orang tua.

Sebelum nak ambil upah jaga orang tua, nak kena ambil tahu dulu keadaannya.

Ada apa-apa penyakit ke?

Boleh berjalan sendiri?

Gerak guna wheelchair?

Perlu pakai pampers dewasa?

Ada alergik makanan tertentu?

Kalau anda ada pengalaman jaga mak atau ayah atau datuk atau nenek sendiri yang sakit dan lanjut usia, sedikit sebanyak pengalaman anda tu boleh digunakan.

Ubat-ubatan untuk orang tua disediakan oleh pelanggan. Anda jangan pandai-pandai belikan ubat untuk orang tua di bawah jagaan anda kecuali pelanggan tu sendiri bagitau jenis ubat yang diperlukan.

Anda ambil upah jaga orang tua je. Kos ubat perlu ditanggung oleh pelanggan.

Buat permulaan, terima tempahan untuk jaga satu atau dua orang tua je dulu. Ambil upah jaga satu orang tua sehari RM40. Minta bayaran awal-awal ikut berapa hari perlu dijaga.

Kalau jaga orang tua kurang dari 24 jam bayarannya tetap RM40.

Kalau pelanggan minta jaga orang tua melebihi 1 minggu, anda mesti minta deposit sekurang-sekurangnya separuh jumlah bayar harian.

Contohnya jaga orang tua 10 hari, upah jaga RM400. Deposit RM200.

Anda perlukan deposit sebab anda tak tahu kalau orang tua bawah jagaan anda tiba-tiba sakit dan perlu dihantar segera ke klinik atau hospital. Potong duit deposit untuk kos hantar dan ubat klinik/hospital.

Deposit dipulangkan sepenuhnya kalau orang tua yang dijaga tiada masalah.

Kalau orang tua tu perlukan perhatian lebih seperti tolong papah sewaktu berjalan, tolong mandikan, makan nak kena suap, dan lain-lain bantuan, minta bayaran lebih dari pelanggan.

Harga yang saya cadangkan boleh diubah mengikut kemahuan anda.


10. Personal Trainer (Pelatih Peribadi)

Anda rajin bersenam?

Ada niat nak ajar orang lain bersenam untuk kurangkan berat badan?

Anda nak ajar orang bersenam supaya otot lebih kuat, stamina lebih tinggi dan lain-lain kebaikan hasil bersenam?

Ini pun contoh bisnes tanpa modal yang anda boleh lakukan.

Personal trainer ni ada kategori tertentu iaitu one on one, one on two dan one on group.

Harga per session dianggarkan RM60. Harga sebenar boleh jadi kurang atau lebih bergantung pada pengalaman, kemahiran dan tempat yang disediakan oleh anda untuk buat senaman.

Saya bagi contoh anggaran harga personal trainer untuk setiap kategori :

One on one

5 session = RM300

10 session = RM500

One on two

5 session = RM500

10 session = RM800

One on group (4 orang)

5 session = RM800

10 session = RM1200

Harga yang saya kongsikan tu cuma contoh sahaja. Terpulang kepada anda nak letak harga berapa.

One on group tu anda boleh terima sebanyak mana yang anda mahu. Cuma kalau terlalu ramai sampai berpuluh-puluh orang nanti susah nak cari tempat pulak. Dahlah Malaysia sibuk dengan Covid19 lagi sekarang ni.

Cukuplah one on group tu 4 atau 5 orang je kalau anda baru nak jadi personal trainer. Sebaik-baiknya mulakan dengan satu orang dulu.

Mulakan dengan latih client anda di tempat yang ada padang seperti taman permainan atau taman rekreasi.

Bawa client anda bersenam di tepi pantai pun OK. Kalau anda pandai berenang, boleh ajar client berenang.

Nak latih client bersenam di rumah dia atau rumah anda pun boleh juga. Terpulang kepada anda.

Kalau anda seorang perempuan, target utama anda ialah datin, ibu-ibu, anak-anak perempuan sama ada remaja atau dewasa. Mungkin ada banyak kaum hawa di luar sana perlukan personal trainer tapi risaulah kalau orang lelaki yang jadi personal trainer dorang.

Kalau bisnes dah berkembang nanti bolehlah buka gym sendiri dan sediakan alat-alat senaman seperti dumbell, barbell, treadmill, cable tricep bar, punching bag dan lain-lain.

Cable Tricep Bar.
Credit to Muscleandstrength

Kalau ada gym khas untuk perempuan sahaja lagi bagus. Tak payah risau kena ganggu lelaki gatal masa bersenam.

Gym khas untuk perempuan bertujuan nak jaga aurat perempuan masa bersenam. Dengan syarat orang Islam yang tahu hukum agama jadi pemiliknya. Nak buka gym pun kena ada ilmu


11. Pendidik

Anda pandai Matematik atau Matematik Tambahan atau kedua-duanya sekali?

Pendidik
Pendidik (Tutor).

Anda dapat A atau A+ dalam subjek Biologi? Fizik? Kimia?

Ada subjek lain yang anda dapat gred A atau A+?

Kalau anda pandai agama contohnya bacaan Quran serta tajwid pun boleh mengajar sama ada secara part time atau fulltime.

Gunakan kepandaian anda untuk mendidik anak-anak orang lain.

Sama ada anda pergi ke rumah pelanggan atau minta pelanggan yang datang ke rumah anda.

Tak semestinya jadi pendidik mesti target budak-budak sekolah je. Anda boleh buka kelas terbuka untuk orang dewasa juga. Contohnya ajar Bahasa Arab, English, Mandarin, Korea, Jepun dan lain-lain.

Mengajar atau mendidik pun boleh jadi bisnes tanpa modal kalau anda pandai gunakan peluang yang ada. Mulakan secara kecil-kecilan dulu nanti kalau bisnes dah berkembang barulah sewa tempat yang lebih besar siap tambah tenaga pengajar.


12. Translator (Penterjemah)

Masa sekolah dulu, anda dapat A+ dalam Bahasa Melayu dan English?

Translator
Penterjemah.

A+ dalam Bahasa Arab? Mandarin?

Gunakan kelebihan bahasa yang anda mahir selain Bahasa Melayu untuk tambah pendapatan.

Tugas translator ialah bantu client untuk mengetahui bahasa yang tertentu.

Contoh client orang Korea tak pandai Bahasa Melayu. Tugas anda ialah tolong terjemahkan Bahasa Melayu kepada Bahasa Korea dan sebaliknya bila client anda berkomunikasi dengan orang Melayu.

Bila client anda habis bertanya atau bercakap, anda terjemahkan ke Bahasa Melayu. Lepas orang Melayu bagi jawapan atau habis bercakap, anda terjemahkan ke Bahasa Korea pulak. 

Selain itu, tugas translator juga melibatkan terjemahan bahasa dari tulisan artikel, blog, buku dan lain-lain yang perlu diterjemahkan.

Lagi banyak bahasa yang anda faham lagi besar peluang anda dalam bisnes translator.


13. Transcriber

Ada desktop computer atau laptop?

Transcriber
Transcriber.

Ada headphone? Internet pun ada?

Kalau ada semua tu anda berpeluang untuk mulakan bisnes transcriber.

Tugas seorang transcriber ialah untuk tukar kata-kata dari audio/video ke dalam bentuk tulisan.

Contohnya client anda bagi satu file audio temuramah dengan seorang usahawan dalam bahasa English selama 35 minit. Jadi tugas anda ialah taip segala butir perkataan English dari audio tersebut dengan menggunakan Wordpad atau sebarang software yang sesuai.

Kalau rakaman audio/video tu orang yang fasih berbahasa Melayu atau English takpelah.

Contoh orang speaking English loghat Tamil. Kalau cakap berdepan, kita boleh suruh dia kurangkan kelajuan atau ulang balik supaya kita faham.

Kalau dah rakam dalam bentuk audio/video? Takkan nak suruh client pergi rakam balik audio/video tu sebab susah nak faham English loghat Tamil?

Inilah di antara cabaran tugas seorang transcriber. Anda bukan setakat mendengar tapi mesti peka dan faham setiap perkataan dari audio/video yang diberikan oleh client.

Kalau dulu client bagi audio atau video dalam bentuk kaset, video tape atau CD. Sekarang boleh bagi melalui email atau pendrive je.

Dari segi harga, saya cadangkan seperti ini :

Tempoh Siap

5 hingga 7 hari : 1 minit RM3

3 hingga 4 hari : 1 minit RM6

1 hari : 1 minit RM10

Text Format

Clean verbatim : RM0

Full Verbatim : 1 minit RM1

Jumlah Orang Bercakap

1 atau 2 orang : RM0

3 orang atau lebih : 1 minit RM1

Low Quality Audio

No : RM0

Yes : 1 minit RM1

Timestamping

No : RM0

Yes : 

  1. Setiap 10 saat 50 sen (1 minit RM3)
  2. Setiap 30 saat 30 sen(1 minit 60 sen)
  3. Setiap 1 minit RM0.20
  4. Setiap kali tukar orang bercakap RM0.20

Apa itu clean verbatim?

Maksudnya anda tak perlu masukkan ayat-ayat seperti "hm", "oh", "ah", "eh" dan seumpamanya.

Apa itu full verbatim?

Maksudnya anda perlu masukkan semua kata-kata yang keluar dari mulut orang yang bercakap seperti "hm", "oh", "ah", "eh", "uhuk-uhuk", "haaakkktuih", "srooot", "sreet" dan seumpamanya. Bunyi batuk, bersin, menguap dan lain-lain yang keluar dari mulut orang bercakap pun kena taip jugak.

Low quality audio tu bukan bermaksud langsung tak jelas. Bunyi orang bercakap jelas tapi ada bunyi menganggu dalam audio file seperti hon kereta, siren ambulan, budak menangis, kucing gaduh, pinggan pecah, kuali terjatuh, laki bini bergaduh, adik-beradik bertengkar, periuk api meletup, mamak melatah, burung gagak menjerit dan sebagainya.

Andaikata quality audio terlalu teruk sampai tak faham walau satu patah perkataan, anda terpaksa tolak permintaan client.

Timestamping pula berfungsi sebagai penanda. Kalau timestamping 10 saat, transcriber mesti letak masa dalam format HH:MM:SS.

Contoh :

Assalamualaikum. Waalaikumussalam. How are you today? I am fine  thank you. [00:00:10] How about you? I'm great and glad to have you here as my guest today. Anyway I am Ismail Zulkifli a Youtuber from KL. [00:00:20] Could you please introduce yourself  before we continue with our interview?  Sure of course I am Muhammad Lee. I am 35 years old. [00:00:30] Just started my own small business after 10 years working in plastic factory.


Timestamping macam penanda buku. Ada client perlukan timestamping untuk nak tahu bahagian mana paling penting, paling kelakar, paling sedih atau lain-lain.

Timestamping dari setiap client mungkin berbeza. Boleh jadi ada yang nak setiap 15 saat, 2 minit, 10 minit, 30 minit dan lain-lain.

Harga upah transcriber juga berubah-ubah bergantung pada kehendak client.

Saya bagi contoh client bagi anda audio file berkualiti tinggi temuramah 2 orang selama 50 minit. Client nak text format clean verbatim, tak perlu timestamping dan transcription siap dalam tempoh 7 hari.

Caj untuk client seperti ini :

RM3 × 50 = RM150

Saya bagi contoh lagi satu. Client bagi anda audio file berkualiti rendah mesyuarat 5 orang selama 50 minit. Client nak text format full verbatim, timestamping 10 saat dan transcription siap dalam masa sehari.

Caj untuk client seperti ini pula :

(1 minit RM10 × 50 minit) + (Full Verbatim 1 minit RM1 × 50 minit) + (Jumlah 3 orang atau lebih bercakap 1 minit RM1 × 50 minit) + (Low Quality Audio 1 minit RM1 × 50 minit) + (Timestamping 10 saat RM0.50 jadi 1 minit RM3 × 50 minit)

(RM10 × 50) + (RM1 × 50) + (RM1 × 50) + (RM1 × 50) + (RM3 × 50)

= RM500 + RM50 + RM50 + RM50 + RM150

= RM800

Kerja transcriber agak mencabar sebab walaupun 1 audio file tu cuma 10 minit, boleh jadi anda ambil masa kira-kira 1 jam untuk siapkan.

Nak kena dengar 1 audio beberapa kali untuk pastikan tak salah taip. Kalau taip lambat, lebih 1 jam pun belum tentu siap.

Mula-mula je mungkin ambil masa nak siapkan satu transcription. Lama-lama nanti insha Allah laju je.

Harga yang saya kongsikan hanya cadangan semata-mata. Anda sendiri letak harga ikut kemahuan anda.


14. Copywriter (Penulis Salinan?)

Kalau anda seorang yang kreatif, copywriter sesuai untuk anda.

Copywriter
Penulis salinan.

Kalau tak kreatif tapi nak jadi copywriter pun boleh juga tapi mesti rajin buat research.

Di antara tugas copywriter ialah sediakan slogan atau ayat-ayat marketing yang menarik untuk lariskan hasil jualan client anda.

Seorang copywriter mesti rajin buat kajian sebelum menulis.

Contohnya klien anda nak lariskan jual produk kosmetik. Sebelum anda nak promote produk tu melalui tulisan, anda kena kaji pasal kelebihan serta kekurangan produk klien dan juga pesaing-pesaing klien anda.

Anda mesti tonjolkan kelebihan produk klien anda sama ada dari segi harga, kualiti, kuantiti dan lain-lain yang boleh menarik minat target audience.

Target audience ialah golongan yang menjadi sasaran untuk anda perkenalkan produk klien anda. Kalau nak lariskan produk kosmetik, target audience ialah perempuan.

Pastikan slogan, artikel, katalog atau risalah produk klien anda ditujukan khas pada perempuan. Secara umumnya memang nak target orang perempuan untuk beli tapi sebagai copywriter anda boleh perincikan lagi target anda.

Contohnya target perempuan chubby XXXL untuk beli produk kurangkan berat badan, target perempuan muka banyak jerawat untuk beli produk anti-jerawat, target perempuan muda yang muka kelihatan lebih tua dari usia untuk beli produk awet muda atau anti-penuaan.

Tak dinafikan ada juga orang lelaki beli produk-produk kosmetik seperti anti-jerawat, anti-jeragat dan lain-lain.

Perkara yang saya cuba sampaikan di sini ialah tugas copywriter macam tugas advertiser. Menjadi tanggungjawab anda untuk naikkan hasil jualan client anda melalui tulisan.

Paling kurang anda boleh cuba tahap kreativiti anda sebagai copywriter tanpa modal dengan menjual produk dropship. Kalau hasil jualan dropship laris manis, anda boleh jadikannya sebagai bukti kejayaan anda untuk dapatkan client sama ada individu atau syarikat yang memerlukan khidmat copywriter.

Copywriter yang hebat tahu nak bezakan cara promosi barang tertentu. Contohnya cara nak perkenalkan alat senaman tak sama macam nak perkenalkan perabot.

Kalau nak jadi kreatif, jangan takut gagal untuk cuba sesuatu yang baru. Setiap kali gagal, jadikan pengajaran. Lama-lama nanti insya Allah jadi kreatif.


15. Ghostwriter (Hantu Penulis?)

Tugas ghostwriter ialah menulis artikel untuk orang lain tapi pembaca tak tahu anda sebagai penulis artikel tersebut.

Ghostwriter
Penulis hantu.

Contohnya saya upah anda sebagai ghostwriter blog kerjasendirijb. Anda tulis artikel untuk saya tapi saya akan buat-buat artikel tersebut ditulis oleh saya sendiri. Pembaca-pembaca blog saya takkan tahu artikel tu ditulis oleh anda.

Begitulah tugas ghostwriter. Cuma buat masa ni saya tak nak upah ghostwriter sebab saya lebih berminat untuk buat sendiri content blog saya.

Harga upah ghostwriter boleh jadi rendah atau tinggi bergantung kepada kualiti dan kuantiti dalam sebuah artikel.

Contoh harga upah ghostwriter bagi 1000 patah perkataan ialah RM100. Anda tak boleh tulis ikut suka hati hingga menjatuhkan kualiti semata-mata untuk dapatkan 1000 patah perkataan.

Kalau penulisan anda betul-betul hebat, anda boleh caj lebih tinggi dari RM100 bagi setiap artikel.

Seandainya anda nak jadi ghostwriter untuk blog, gaya penulisan anda mesti sama macam gaya penulisan blogger tersebut. Kalau blogger tulis artikel ada campur sikit perkataan english, anda pun kena tulis artikel ada campur sikit english.

Kalau blogger buat content guna bahasa sastera, anda pun kena tulis content guna bahasa sastera.

Ghostwriter tak semestinya untuk buat content blog je. Boleh juga tulis untuk majalah, suratkhabar, manuskrip, journal, biografi, ucapan dan lain-lain lagi.

Biasanya ada perjanjian antara ghostwriter dan client iaitu ghostwriter tak boleh dedahkan dirinya sebagai penulis asal. Credit sepenuhnya diberikan kepada client. Ghostwriter kekal sebagai anonymous.


16. Resume Writer

Ada orang tak pandai nak buat resume sendiri jadi inilah peluang anda. Anda boleh caj RM50 untuk buat satu resume client anda.

Terpulang kalau anda nak caj lebih.


17. Virtual Assistant

Tolong client uruskan sesebuah syarikat seperti buat jadual appointment, terima atau buat panggilan telefon, uruskan email dan lain-lain tugas pejabat.

Virtual Assistant
Pembantu Virtual?

Biasanya individu atau company yang nak kurangkan beban layan kerenah customer perlukan bantuan virtual assistant.

Upah virtual assistant dianggarkan satu jam RM10 atau lebih bergantung kepada tugas-tugas yang diberikan oleh client.

Kalau anda dah ada pengalaman dan pandai SEO, graphic design, digital marketing, social media marketing, email marketing dan lain-lain marketing skill, anda boleh minta harga 1 jam RM300. Tugas dah banyak  harga kenalah tinggi.

Bukan setakat buat kerja-kerja admin dengan customer support je tapi siap nak tolong naikkan sales untuk client.

Kalau permintaan semakin banyak, anda boleh buka satu syarikat dan tambah pekerja.


18. Consultant (Perunding)

Kalau anda pandai bagi cadangan untuk tingkatkan hasil jualan seseorang, anda boleh jadi consultant. Jangan keliru dengan agen internet fibre atau agen penapis air yang guna perkataan consultant contohnya Unifi consultant atau Coway consultant.

Consultant yang saya maksudkan di sini ialah orang yang bagi bantuan dari segi nasihat, cadangan, analisis dan penyelesaian kepada client untuk naikkan hasil jualan.

Consultant
Business Consultant.

Tugas consultant ni sesuai untuk orang yang pandai bercakap dan boleh praktikkan apa yang dia cakap. Bukannya guna gelaran palsu kemudian adakan seminar.

Saya bagi satu contoh anda seorang agen jual kereta yang berjaya. Anda boleh jadi consultant untuk bantu orang yang baru dalam bidang perniagaan walaupun bukan bidang jual kereta.

Tak perlu sewa pejabat pun untuk permulaan. Kejayaan dan pengalaman anda dapat jual banyak kereta boleh digunakan untuk mendapatkan kepercayaan client.

Orang yang memerlukan bantuan consultant tak semestinya pemilik perniagaan. Orang yang bekerja sebagai salesman atau saleswoman pun perlukan bantuan consultant.

Tak dinafikan kebanyakan orang dalam bidang sales susah nak dapat komisen sebab susah nak dapat customer. Kalau tugas salesperson betul-betul senang, semua orang dah buat.

Tugas consultant ialah bantu dorang untuk naikkan hasil jualan. Bermula dengan kenal pasti masalah yang menyebabkan client susah dapat sale. Dari situ barulah boleh bagi nasihat, cadangan dan penyelesaian untuk tambah hasil jualan.

Bayaran atau upah seorang consultant bergantung kepada kebijaksanaan dan pengalaman dalam membantu client tambah hasil jualan.

Anda try tengok caj consultant yang dikenakan oleh McKinsey & Company.

Consultant McKinsey caj beribu-ribu sehari.
McKinsey caj USD16,000 sehari.

Dahsyat betul caj consultant dari Mckinsey. Beribu-ribu USD untuk sehari je perkhidmatan dorang.

Kalau anda nak tahu di Malaysia pun ada cawangan Mckinsey. Alamatnya di Petronas, Level 27, Menara 3, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur.

Seandainya anda baru nak mula jadi consultant, kenakan caj serendah RM50 satu jam. Bila dah berjaya bantu banyak client barulah naikkan harga perkhidmatan anda.

Andaikata susah sangat nak dapat client, cuba bantu seorang atau dua orang client tanpa bayaran. Lepas dorang berjaya naikkan sales, suruh dorang bagi testimoni untuk bantu anda dapatkan lebih banyak client lain pulak.

Bila perkhidmatan consultant anda semakin dapat permintaan, barulah sewa pejabat. Upah banyak pekerja dan kembangkan lagi bisnes consultant anda. Tambah cawangan consultant anda sampai ke seluruh dunia.

RM2000 atau lebih satu jam pun orang sanggup bayar kalau anda betul-betul boleh bantu client jadi jutawan atau billionaire.


19. Youtuber

Di antara cara nak buat duit dari Youtube ialah melalui Google Adsense tapi dengan syarat ada sekurang-kurangnya 1000 subscriber dan jumlah tontonan 4000 jam di channel anda.

Youtube
YouTube.

Kalau anda baru jadi Youtuber, nak dapatkan 1000 subscriber tu agak mencabar. Pilih niche yang anda nak buat dan teruskan. Apa-apa hal jangan putus asa.

Selain dapat duit dari Adsense melalui Youtube, anda boleh gunakan peluang untuk promote blog, affiliate, dropship dan lain-lain untuk tambah pendapatan.


20. Influencer

Anda boleh jadi influencer kalau followers anda ramai. Kalau followers masih sedikit, anda perlu tonjolkan diri anda untuk tambah followers di media sosial.

Influencer
Pemberi pengaruh?

Kalau ada 100,000 followers, anda boleh caj RM1000 untuk satu post pasal produk atau servis client anda. Kalau dah ada 1,000,000 followers bolehla caj RM10,000 untuk satu post.

Seandainya followers anda masih rendah, anda kena usaha dulu untuk naikkan followers. Asalkan bukan followers yang dibeli.

Harga satu post influencer tu saya cadangkan je. Anda boleh tukar ikut kehendak anda.


Jualan

1. Preloved Item (Barang Pra-sayang?)

Preloved item ialah barang yang sudah dimiliki dan digunakan. Orang dulu panggil barang second hand je.

Orang sekarang panggil preloved untuk tarik lebih perhatian.

Preloved item
Preloved items.

Kalau anda ada pakaian yang masih elok untuk dipakai, anda boleh jual harga rendah untuk cepat dapatkan duit.

Selain pakaian, anda boleh jual carpet, buku, majalah, perabot dan lain-lain.

Saya akui jual preloved item bukan untuk dapat untung macam jual produk baru. Walaupun begitu, jual preloved item ni di antara cara cepat nak dapat duit.

Dapat duit nanti boleh buat modal bisnes kecil-kecilan, bayar hutang atau beli barang-barang keperluan

Anda fikirlah nak buat apa dengan duit hasil jual preloved item nanti.


2. Dropship

Kalau anda ada smartphone dan internet, anda boleh buat bisnes secara dropship.

Dropship
Dropship?

Apa itu dropship?

Anda jual produk yang dimiliki oleh pihak lain tapi menggunakan nama, nombor telefon dan alamat anda.

Contohnya anda jual produk syarikat 'ZZZ'. Harga asal ialah RM20 tapi anda jual produk tersebut pada harga RM30.

Orang yang nak beli akan bayar anda RM30. Anda pula bagi nama, nombor telefon, alamat pelanggan dan bayar RM20 kepada syarikat 'ZZZ'. Lebihan RM10 jadi milik anda.

Syarikat 'ZZZ' pula bungkus produk dengan menggunakan nama, nombor telefon dan alamat anda sebagai penghantar. Pembungkusan dan penghantaran produk kepada pelanggan dilakukan sepenuhnya oleh syarikat 'ZZZ'.

Tugas anda dalam bisnes dropship ialah promote produk seolah-olah anda pemilik produk tersebut.

Ada bisnes dropship perlukan bayaran dan ada juga yang percuma.

Buat permulaan, anda pilih dropship yang tak kenakan bayaran.


3. Affiliate

Cara buat bisnes affiliate ialah anda dapatkan komisen hasil jualan melalui link pemilik produk.

Affiliate link
Affiliate link.

Contohnya anda daftar affiliate syarikat 'ZZZ'. Lepas daftar anda dapat link affiliate.

Kalau ada orang tekan link affiliate anda dan beli produk, anda dapat komisen.

Biasanya kalau join affiliate memang percuma. Mungkin ada syarikat-syarikat tertentu hanya benarkan orang yang mempunyai trafik tinggi di blog/website atau banyak followers di social media sahaja join affiliate dorang.

Kalau anda baru berjinak-jinak dalam bisnes affiliate, anda kena cari company yang tak kenakan syarat affiliate macam tu.


4. Ebook

Kalau tahun 2007 bolehla jual ebook "buat duit" guna tajuk super dahsyat. 'Rahsia duit berjuta-juta', 'Rahsia buat blog dapat duit berjuta-juta', 'rahsia kentot keluar duit jejuta', 'rahsia ditipu untuk jadi jutawan' dan macam-macam ada.

Ebook
Buku digital.

Memang boleh buat bisnes ebook tanpa modal kalau kena caranya.

Cara nak buat ebook pun senang. Guna Google Docs kemudian 'Share and export', pilih 'Save as' sebagai PDF. Jadilah ebook.

Anda boleh guna app atau software lain sekiranya sesuai untuk dijadikan ebook.

Contoh buat duit melalui ebook ialah jual novel dalam bentuk ebook. Kalau dulu nak buat novel mesti melalui syarikat penerbitan buku novel atau terbitkan sendiri buku novel dalam bentuk fizikal.

Sekarang boleh jual novel dalam bentuk digital iaitu ebook tapi pastikan anda memang pandai buat novel. Sekiranya anda ada pengalaman berurusan dengan syarikat penerbitan buku novel sebelum ini, lebih bagus!

Sekurang-kurangnya anda dah tahu perkara-perkara yang boleh dan tak boleh dibuat novel.

Andaikata anda tak pernah hantar manuskrip ke syarikat buat buku novel, anda masih boleh buat novel sendiri melalui ebook. Asalkan cerita yang anda buat tu betul-betul menarik.

Selain buat novel, anda boleh pilih topik-topik menarik yang lain untuk dijadikan ebook. Contohnya agama, biografi, motivasi.

Kalau pandai english, pasaran ebook anda boleh tembus luar negara. Anda boleh jual sendiri ebook anda melalui Blog, Whatsapp, Telegram dan lain-lain social media anda.

Selain itu anda boleh jual ebook di Amazon, Ebay, Payhip dan lain-lain ebook marketplace.

Topik atau niche ebook yang saya kongsikan hanya cadangan saya semata-mata. Anda sendiri buat keputusan.


5. Blog

Mulakan dengan buat blog percuma. Saya sendiri mula buat blog secara percuma sebelum beli domain.

Melalui blog, anda boleh dapat duit hasil ambil tempahan nasi lemak, kuih-muih, lauk-pauk, air, pencuci mulut dan sebagainya.

Melalui blog juga anda boleh buat bisnes dropship atau affiliate.

Kalau tak nak menjual, anda boleh jadikan blog anda untuk kongsi pengetahuan secara percuma dan kongsi pendapat berkaitan isu-isu terkini. Cara dapat duit ialah melalui Google Adsense. Tak menjual pun masih boleh dapat duit asalkan trafik blog anda tinggi.

Blog
Blog apa benda ni?

Kalau bajet dah cukup barulah beli domain. Dari segi SEO (Search Engine Optimization), domain yang dibeli lebih mudah dapat trafik tinggi berbanding domain percuma.

Selain itu, anda boleh buat review produk kalau trafik blog anda betul-betul tinggi. Sama ada review anda untuk bisnes affiliate/dropship atau advertorial.

Ada banyak niche yang anda boleh pilih untuk mula buat blog. Contoh niche blog ialah pakaian, kesihatan, pelaburan, hartanah, keluarga, haiwan dan macam-macam lagi.

Nak buat duit dari blog ni memang ambil masa tapi berbaloi kalau anda teruskan. Asalkan jangan putus asa.

Boleh dapat duit guna blog dengan cara menjual, advertorial dan letak iklan seperti Google Adsense.


Ulasan yang lagi memulaskan

Nak letak Surprise Planner (Perancang Kejutan) tapi mungkin pelanggan nak tengok dulu rupa gift, warna bungkusan, pilihan warna belon dan sebagainya sebelum tempah.

Terpaksa keluar modal juga untuk tunjukkan rupa hiasan yang anda boleh buat demi menterkejutkan sasaran pelanggan anda.

Kalau anda tahu cara buat bisnes surprise planner tanpa modal, sila bagitau melalui komen nanti insha Allah saya update content ni demi kebaikan netizen yang nak jadi surprise planner.

Event planner (perancang majlis) pun saya nak letak sebagai bisnes tanpa modal tapi kalau takde pengetahuan interior dan exterior design memang tak boleh.

Orang yang jadi event planner ni mesti pakar dalam design. Mana boleh main hentam je. Tak pasal-pasal majlis kahwin orang dikecam netizen secara berjemaah.

Paling kurang kena ada sijil Diploma Event Management atau yang berkaitan. Ditambah lagi ada pengalaman kerja dalam bidang event management, barulah boleh yakinkan client.

Nak study dalam bidang event management pun nak kena keluar duit juga. Nak cari pengalaman kerja lagi supaya lebih faham selok-belok nak jadi event planner. Anda perlu keluarkan duit dan tenaga untuk jadi pakar event planner.

Kalau tak study pasal event management mungkin anda boleh jadi event planner untuk majlis ulangtahun keluarga dan kawan-kawan? Berapa anda nak caj dorang?

Kalau hiasan majlis nampak kelakar sekali pun, boleh jadi bahan ketawa keluarga dan kawan-kawan. Terhibur juga hati dorang. Boleh jadi kenangan sampai ke anak cucu.

Seperti biasa kalau anda tahu cara buat bisnes event planner tanpa modal, sila komen.

Saya terfikir juga nak letak idea pertukangan tapi saya rasa kalau nak buat bisnes ni kena keluar modal juga. Kalau kat rumah setakat ada screwdriver memang tak cukuplah nak buat bisnes pertukangan.

Jangan pandang rendah bisnes pertukangan. Alat-alat penting seperti tukul, paku, skru, drill, impact driver, power saw dan lain-lain yang berkaitan pertukangan diperlukan. Nak bertukang bukan setakat kena cukup alat tapi nak kena dapatkan ilmu pertukangan dulu.

Anda boleh buat bisnes pertukangan tapi mesti keluar modal untuk belajar pertukangan dan modal beli alat-alat pertukangan.

Walaupun anda nak mulakan perniagaan dalam bidang pertukangan secara kecil-kecilan, anda terpaksa keluar modal juga untuk beli drill, screw, paku dan lain-lain lagi untuk memudahkan kerja pertukangan anda. Kalau anda ada cara untuk buat bisnes pertukangan tanpa modal, sila kongsikan cara-caranya melalui komen.

Bisnes sebagai seorang photographer pun saya nak letak sebenarnya. Bila difikir-fikir balik, orang yang nak jadi photographer kena ada camera DSLR (Digital Single-Lens Reflex).

Harga sebiji camera DSLR pulak mahal bergantung pada kualiti dan jenama.

Mungkin anda tahu cara buat bisnes photographer tanpa modal? Mungkin boleh pinjam kamera DSLR kawan punya?

Saya ada terfikir juga nak letak idea jadi graphic designer, web designer dan lain-lain designer yang menggunakan software.

Takkan nak guna Free Canva atau Snapseed je?

Setakat buat untuk blog atau akaun social media sendiri bolehla. Kalau nak design untuk client, kurang moleklah setakat guna Snapseed atau Canva (Free Version).

Kalau nak professional, gunakan software khas untuk design. Terus-terang saya cakap software untuk designer memang mahal. 

Contohnya Adobe Photoshop. Setiap bulan kena bayar USD20.99 (RM87.18).

Adobe Photoshop
Credit to Adobe.

1 USD sama dengan RM4.15 pada 12 November 2021.
1 USD = RM4.15

Mahu atau tak mahu mesti kena keluar modal kalau nak menceburkan diri dalam bidang ini.

Itu belum lagi Adobe Illustrator, Adobe Dreamweaver dan lain-lain.

Kalau beli software pirate memang tak berkatlah.

Kalau guna software Adobe free trial, terhad 30 hari je. Mungkin ada tools atau elements yang tak dapat digunakan dalam software tu.

Selain tu mungkin anda boleh jual insurans atau takaful tanpa keluar modal?

OK cukuplah setakat ni content saya. Semoga bermanfaat.

Wallahua'lam.

12 comments:

  1. Wow..banyaknye idea yg di kongsikan..tinggal nk pilih je mana yg berkenan dan mampu buat..terima kasih Boss😁👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK sama-sama. Semoga berjaya buat bisnes tanpa modal.

      Delete
  2. Boss memang rajin betul..

    nasib saya rajin membaca sampai habis.

    panjang artikel ini...boleh naik ranking SEO

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mrhanafi sanggup baca artikel saya sampai habis.

      Mudah-mudahan naiklah ranking SEO saya.

      Delete
  3. Allahu... banyaknya rezeki dan cabang kerja.. nak dengan tak nak je kan...

    ReplyDelete
  4. banyak pilihan
    Tapi kena fikirkan incomenya juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Income takde masalah kalau rajin dan tak putus asa.

      Delete
  5. Wow...macam-macam idea ada. Siapa rajin akan dapat hasilnya.

    ReplyDelete