Sunday, April 24, 2022

Berniaga pun ada pasang dan surut?

Kalau boleh orang berniaga nak keuntungannya sentiasa banyak bagaikan air pasang yang takkan surut. Kalau dah namanya air pasang, ada masa surutlah walaupun tak diminta.

Bisnes pun ada pasang surutnya?
Air pasang?

Macam itulah juga dengan perniagaan.
Perniagaan pun ada masa pasangnya, ada masa surutnya.

Adakah surut bermakna rugi?

Mungkin rugi.
Mungkin kurang untung.
Mungkin sekadar balik modal.

Perniagaan yang surut tak semestinya rugi.

Ada masa orang ramai beratur panjang nak beli nasi Arab. Ada masa orang tak nak beratur panjang lagi untuk beli nasi Arab.


Adakah ini bermakna Chef Ammar rugi?

Tidak.

Selain bulan puasa pun Chef Ammar tetap jual nasi Arab. Dia ada restoren di USJ 4, Subang Jaya, Selangor. Tetap dapat untung sebab dah ada pelanggan tetap.

Rezeki tak salah alamat.

Bagaimana dengan perniagaan anda di bulan Ramadhan?

Kalau untung, Alhamdulillah.

Kalau rugi, insha Allah akan datang untung juga.

Apa yang penting mesti fikir positif.

Jangan merungut sebab perniagaan tak untung seperti yang diharapkan. Banyak-banyak berdoa kepada Allah.

Lebihkan mengadu kepada Allah berbanding di media sosial.

Oleh sebab saya bimbang kalau ada orang salah faham, saya ulang lagi.

Lebihkan mengadu kepada Allah berbanding di media sosial. Bukannya langsung tak boleh minta simpati dan bantuan netizen di media sosial.

Allah lebih mengetahui masalah anda dan cara nak selesaikan masalah anda.

Minta Allah bagi petunjuk untuk selesaikan masalah perniagaan anda. Insha Allah ada jalannya.

Kenapa takut miskin dan rugi sedangkan Allah Maha Kaya?

Jangan putus asa.

Alang-alang dah penat berniaga, teruskanlah berniaga sampai berjaya. Kejayaan tu adalah ganjaran besar untuk anda setelah penat lelah dan susah payah berniaga.

Segala usaha anda itu jadi berbaloi setelah anda berjaya.

Berniaga sampai berjaya.

Wallahua'lam.

2 comments:

  1. Alhamdulillah, rezeki nak kata banyak tu tak jugak. Tapi ada dan cukup.

    ReplyDelete

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.