Biasa cari maklumat atau tengok video di internet?
Bagi credit? |
Kadang-kadang ada info yang kita pernah tengok di website "A" tapi telah dikongsikan oleh orang lain di website "B" pula.
Kalau kita dah ambil info dari orang lain sepatutnya kita hargai dia dengan meletakkan sumber asal dari orang tersebut.
Di Youtube ada golongan tertentu yang kelihatan jelas memang dorang ambil video-video dari orang lain. Dah ambil satu hal, tak nak bagi credit kepada owner video asal pulak tu.
Soalan ini khas untuk anda sekiranya anda ambil video orang lain kemudian upload di Youtube, Tiktok atau media social yang lain seolah-olah video tu anda yang punya.
Kenapa tak nak letak sumber atau credit kepada owner asal?
Takut orang ramai beralih tengok video asal?
Cuba tengok contoh video ambil dari orang lain punya tapi masih boleh cecah 10K views di sini kemudian tekan 'more'.
Saya bagitahu caranya melalui 3 screenshot.
Tekan 'more'. |
Tekan lagi 'more'. |
Tekan link tersebut. |
Selepas anda tekan link tersebut, anda boleh tengok sumber asal content tersebut.
Itu contoh di Youtube.
Kalau content selain video?
Sama juga kalau buat content untuk blog. Sekiranya anda ambil info dari website atau blog orang lain, anda mesti letak sumber dari website atau blog tersebut.
Tak perlu risau kurang view di blog anda. Insha Allah view di blog anda tetap tinggi sebab anda lebih dipercayai sekiranya anda kongsi sumber asal. Berani kerana benar.
Dah ambil info orang lain, buat cara dah ambil info orang lain.
Biasanya owner asal lebih suka kalau content dia diberi credit. Nanti makin banyaklah view dia dapat.
Kalau owner asal suruh anda delete walaupun dah bagi credit?
Delete je la. Itu hak dia. Anda cari je content dari orang lain pula.
Kalau nak buat content tanpa bagi credit kepada sesiapa?
Buat content sendiri.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.