Sunday, April 23, 2023

Apa kebaikan berniaga di hari raya Aidilfitri?

Ada orang awal-awal lagi dah minta cuti sebab nak beraya. Begitulah lumrah pekerja-pekerja makan gaji.

Berniaga di hari raya?

Tujuan ambil cuti mungkin berbeza.

Ada yang ambil cuti sebab nak balik kampung, nak buat lemang, nak bawa keluarga jalan-jalan, nak santai kat rumah je dan lain-lain.


Jangan lupa ada juga orang bekerja masa raya. Contohnya polis dan askar. Dorang terpaksa bekerja demi menjaga keselamatan orang ramai.

Selain tu ada juga pekerja-pekerja stesen minyak, kilang atau syarikat tertentu yang terpaksa bekerja sebab tak dapat cuti.

Bagaimana pula dengan peniaga?

Ada peniaga memang cuti pada hari raya. Mungkin ada yang cuti sehari dua je dan ada juga yang cuti lebih 3 hari.

Ada tak peniaga yang tak cuti di hari raya Aidilfitri?

Ada. Cuba tengok di kawasan perumahan anda. Ada tak kedai runcit beroperasi?

Pasaraya pun ada yang buka. Tak mustahil kedai makan pun ada yang buka macam biasa.

Apa kelebihan orang berniaga masa hari raya?

Dapat untung lebih sebab peniaga-peniaga lain cuti.

Simple kan jawapan saya?

Contohnya peniaga kedai runcit. Biasanya masa hari raya Aidilfitri ni ramai orang nak beli air batu, ayam, bawang besar, bawang putih, sayur dan lain-lain.

Selain itu?

Kita ambil contoh peniaga online. Tak kiralah jual tudung, jubah, baju kurung, baju melayu, sambal dan macam-macam lagi produk. Terima je order masa hari raya.

Kalau Pejabat Pos Malaysia dan syarikat-syarikat delivery yang lain tutup sebab cuti raya, anda ada 2 pilihan.

Pertama, hantar sendiri. Kalau jarak anda dengan pelanggan dekat memang tak jadi masalah guna cara pertama.

Kedua, anda tunggu je sampai Pejabat Pos Malaysia atau syarikat delivery lain buka baru hantar.

Risiko takde orang beli di hari raya?

Saya faham tahun ni ada sebahagian peniaga kongsi pengalaman dorang berniaga tak laku di social media. Kebanyakannya ialah peniaga-peniaga kecil di bazar Ramadhan.

Tahun ni kebanyakan orang berjimat-cermat. Harga barang mahal jadi peniaga susah nak jual murah dan pelanggan pun susah nak beli banyak.

Di antara sebab lain pelanggan tak nak beli di bazar Ramadhan ialah masalah makanan tak sedap, basi, kotor, berulat dan lain-lain. Ini masalah peniaga tu sendiri.

Ada peniaga ambil kesempatan menipu pelanggan. Contohnya jual popia inti 2 batang taugeh je.

Selain tu ada orang tak pandai masak tapi nak berniaga juga di bazar Ramadhan. Akibatnya orang rasa lebih berbaloi masak sendiri je kat rumah.

Ada sebahagian peniaga pula tak jaga kebersihan. Makanan kotor, basi, berulat.. tapi masih nak dijual juga.

OK kembali ke topik risiko takde orang beli dari anda di hari raya.

Risiko rugi dalam perniagaan tu perkara biasa. Kita kena belajar dari kegagalan.

Contohnya anda penjual baju raya. Orang sekarang pula kebanyakannya pakai baju raya tahun lepas je sebab nak jimat duit.

Kalau permintaan baju raya rendah, adakah berbaloi untuk anda teruskan perniagaan baju raya?

Tanya diri anda dan jawablah dengan jujur.

Teruskan jual baju raya atau jual benda lain?

Maintain jual baju raya dan tambah produk-produk lain untuk tarik perhatian pelanggan?

Adakah terpaksa jual semua baju raya pada harga rugi untuk dapatkan duit modal buat perniagaan lain pula?

Apa-apa hal jangan putus asa dalam perniagaan.

Setiap perniagaan ada risiko. Kita perlu buat sesuatu untuk kurangkan risiko.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.