Wednesday, April 29, 2026

Gaji RM1700 Cukup Ke Nak Hidup Di Malaysia Tahun 2026?

Soalan ini semakin kerap ditanya oleh ramai rakyat Malaysia pada tahun 2026.

“Gaji RM1700 cukup ke nak hidup di Malaysia sekarang?”

Cukup ke RM1700 sebulan?

Jawapan ringkasnya boleh hidup. Tetapi terus-terang cakap memang sangat mencabar dan bergantung kepada gaya hidup serta lokasi.

Artikel ini akan huraikan secara realistik, bukan teori semata-mata tentang bagaimana kehidupan dengan gaji RM1700 di Malaysia pada tahun 2026, termasuk pecahan bajet, situasi ikut negeri dan cara untuk “survive” atau naik taraf kewangan.


1. Realiti Kos Hidup Malaysia Tahun 2026

Kalau nak faham sama ada gaji sebulan RM1700 cukup atau tidak, kita perlu tengok realiti semasa.

Kos yang semakin meningkat:

  • Harga makanan asas sentiasa naik setiap tahun
  • Sewa rumah/bilik semakin mahal di bandar
  • Kos pengangkutan (minyak, maintenance motor/kereta) meningkat
  • Bil utiliti (air, elektrik) lebih tinggi berbanding 10 ke 20 tahun lalu.

Walaupun gaji minimum sudah meningkat kepada RM1700 pada tahun 2026, tapi jumlah pendapatan tersebut masih berada di kategori “low income survival level” untuk kebanyakan kawasan bandar.


2. Gambaran Paling Jujur Hidup Dengan RM1700

Dengan RM1700 sebulan, kehidupan biasanya jatuh dalam 3 kategori :

✔️ Hidup stabil seandainya :

  • Tinggal dengan keluarga
  • Tiada sewa rumah
  • Tiada hutang besar
  • Kawalan perbelanjaan sangat disiplin


⚠️ Hidup cukup-cukup makan seandainya :

  • Sewa bilik murah
  • Selalu masak sendiri
  • Tiada simpanan konsisten
  • Sentiasa “cukup-cukup sampai hujung bulan”.


😫Hidup tertekan dengan masalah kewangan seandainya :

  • Ada hutang (motor/kereta/personal loan)
  • Tinggal di kawasan bandar
  • Komitmen keluarga
  • Sering “gali lubang tutup lubang”


3. Contoh Bajet Realistik Gaji RM1700 (Bujang)

Berikut contoh kiraan asas :

  • Sewa bilik RM400
  • Makan minum RM600
  • Minyak / transport RM200
  • Telefon RM40
  • Bil & utiliti RM60
  • Bagi keluarga RM100
  • Simpanan / kecemasan RM100

Jumlah yang diperlukan setiap bulan?

RM1500.

Baki duit setiap bulan?

RM200 sahaja.

👉 Itu pun jika semua berjalan lancar.

Kalau ada kecemasan seperti motor rosak, jatuh sakit, atau harga barang naik lagi, bajet perbelanjaan anda semakin meningkatlah jawabnya.


4. Perbezaan Mengikut Lokasi

🏙️ Kalau di bandar besar seperti Kuala Lumpur atau Johor Bahru :

  • Sewa bilik lebih mahal
  • Makanan luar lebih mahal
  • Kos transport tinggi

👉 RM1700 di bandar besar betul-betul sangat mencabar!


🏘️ Kalau hidup di kawasan bandar kecil atau luar bandar :

  • Sewa lebih murah
  • Kos hidup lebih rendah
  • Boleh berjimat lebih banyak

👉 RM1700 di bandar kecil atau luar bandar lebih stabil walaupun mungkin cukup-cukup makan je setiap bulan.


🌾 Tinggal di rumah keluarga :

  • Tiada sewa
  • Kos makan boleh dikurangkan
  • Lebih senang kalau ada sebarang masalah

👉 RM1700 di rumah mak bapak lebih selesa dan lebih jimat.


5. Kalau Sudah Berkahwin?

Ini lagi mencabar. Dengan gaji RM1700 sebulan?

Jika suami sahaja yang bekerja :

  • Hampir mustahil untuk stabil
  • Tekanan tinggi
  • Tidak cukup untuk anak

Jika suami isteri bekerja :

  • Baru lebih realistik
  • Masih perlu kawal perbelanjaan

👉 Gaji RM1700 sebulan bukan pendapatan keluarga yang ideal pada tahun 2026.


6. Kenapa Masih Ramai Orang Rasa Tak Cukup Walaupun Dah “Hidup Sederhana”?

Masalah utama bukan hanya gaji rendah tetapi :

1. Tiada bajet bulanan

Ramai tak tahu kenapa duit cepat habis. Ke mana perginya duit gaji setiap bulan? Tahu-tahu je habis.

2. Gaya hidup tidak sesuai dengan pendapatan

  • makan luar terlalu kerap
  • beli barang bukan keperluan
  • sibuk nak buat hutang baru

3. Hutang lama

Loan motor, personal loan, hutang adik-beradik, hutang kawan-kawan.

Jangan pandang rendah hutang dengan adik-beradik dan kawan-kawan walaupun tak dikenakan kadar faedah, interest atau bunga yang tinggi.

Anda tidak akan bebas dari masalah kewangan walaupun dalam bank ada RM100,000 tapi hutang RM200,000.

Jangan ingat hutang dengan orang yang baik, boleh boleh diambil kesempatan. Hutang itu WAJIB dibayar.

Jangan sibuk nak beli phone baru, kereta baru dan berbelanja sakan sedangkan hutang adik-beradik dan kawan-kawan masih belum dilunaskan.

Lebih baik duit dalam bank tak sampai RM10,000 tapi bebas dari hutang.

4. Tiada pendapatan tambahan

Bergantung 100% pada satu gaji. Tak salah jika gaji anda RM1700 pada tahun 1990. 

Pada tahun 2026? Sangat mencabar.


7. Perbandingan Ringkas RM1700 vs Realiti Kehidupan

Single tinggal di kampung? Cukup.

Single di bandar? Agak mencabar.

Ada hutang? Lagi mencabar.

Berkeluarga? Tak cukup.


8. Cara Survival Dengan Gaji RM1700 (Realistik)

Ini bukan teori motivasi tapi ini adalah strategi praktikal untuk anda lakukan.


✔️ 1. Kawal duit sewa rumah

Sewa adalah kos terbesar jadi anda mesti :

  • kongsi satu rumah sewa
  • duduk kawasan luar bandar
  • duduk rumah keluarga kalau boleh


✔️ 2. Masak sendiri

Masak sendiri boleh jimat 30% ke 50% kos makan.


✔️ 3. Elakkan hutang baru

Terutama:

  • personal loan
  • penggunaan credit card
  • beli barang mahal bukan keperluan


✔️ 4. Cari side income RM300 ke RM800

Contoh realistik:

  • buat kerja part-time
  • jual produk online (affiliate/dropship)
  • servis kecil seperti cuci rumah, cuci kereta, repair paip dan lain-lain.


✔️ 5. Simpan walaupun sedikit

Simpan RM50 setiap bulan pun dah okay walaupun sedikit. Kalau anda rasa simpan RM50 setiap bulan tu terlalu banyak, cubalah simpan RM20 je sebulan.

Yang penting berusaha untuk menyimpan. Kalau anda konsisten, lama-lama nanti anda lebih bersemangat untuk menyimpan lebih banyak.


9. Realiti Yang Ramai Tak Suka Dengar

Gaji RM1700 sebulan bukan masalah utama.

Masalah sebenar ialah bila tiada peningkatan pendapatan selama bertahun-tahun lamanya.

Tak salah kalau anda nak redha dengan gaji RM1700 sehingga 5 tahun berturut-turut tapi bukankah lebih baik kalau anda tambah lagi usaha untuk tambah lagi pendapatan?

Kalau anda tak berusaha keras untuk tambah pendapatan mulai sekarang, percayalah anda sendiri yang akan rasa menyesal pada masa akan datang.


10. Jalan Keluar Paling Logik

Kalau gaji sekarang RM1700 sebulan, sasaran realistik:

Fasa 1: Survival

  • kawal kos
  • elak hutang

Fasa 2: Stabil

  • Tambah side income RM300 ke RM800

Fasa 3: Upgrade

  • tambah skill/pengalaman
  • cari kerja gaji RM2500 atau lebih sebulan

Fasa 4: Bebas kewangan asas

  • ada simpanan
  • ada 2 income stream


11. Soalan Cepu Emas

❓ Gaji RM1700 sebulan cukup untuk bujang?

Cukup jika bebelanja secara jimat dan tiada hutang.

❓ Gaji RM1700 boleh beli kereta?

Sangat tidak digalakkan kerana komitmen akan jadi lebih tinggi.

❓ Boleh simpan duit dengan RM1700?

Boleh tapi kena berjimat dan berdisiplin untuk menyimpan setiap bulan.

❓ Apa kerja tambahan sesuai?

Jual produk online sama ada secara affiliate atau dropship, buat kerja part time setiap hari minggu, atau buat sebarang jenis perniagaan kecil secara part time.


Kesimpulan

Gaji RM1700 sebulan di Malaysia pada tahun 2026?

👍 Boleh hidup (survival mode)

⚠️ Mesti berjimat-cermat

👎 Tidak sesuai untuk gaya hidup mewah

Kunci sebenar bukan sekadar gaji tetapi bagaimana anda mengurus dan menambah pendapatan.

Apa pendapat anda?


Wallahua'lam.


No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.