Tuesday, February 14, 2017

Teksi vs Uber

Pemandu teksi dan pemandu Uber sama peranannya. Ambil penumpang dan hantar penumpang. Pemandu teksi mahu pun pemandu uber bekerja ikut keselesaan masa sendiri. Maknanya dorang ni kerja sendiri walaupun terikat dengan syarat-syarat dan sebarang peraturan tertentu dari SPAD atau Uber.

Gambar teksi Malaysia dari website SPAD

Mari kita tengok apa perbezaan Teksi dan Uber.

Warna
Teksi
Warna standard merah putih atau merah kuning bagi teksi bajet. Kalau teksi eksekutif pulak warna biru. Teksi 1 Malaysia color dia macam ni..

Gambar teksi 1 Malaysia dari website teks1m
Uber
Warna kereta uber tak dikenakan syarat mesti seragam macam teksi. Maknanya kereta peribadi pun boleh guna untuk meng'uber' dengan syarat-syarat tertentu dari pihak Uber.

Tambang
Teksi
Bajet
RM3 bagi 1 kilometer atau 3 minit pertama.
RM0.25 bagi setiap 200 meter berikutnya. (RM1.25 per kilometer).
RM0.25 bagi setiap 36 saat berikutnya. (RM1.25 per 3 minit).

Teks1m
RM4 bagi 1 kilometer atau 3 minit pertama.
RM0.30 bagi setiap 200 meter berikutnya.
RM0.30 bagi setiap 36 saat berikutnya.

Eksekutif
RM6 bagi 1 kilometer atau 3 minit pertama.
RM0.20 bagi setiap 100 meter berikutnya.
RM0.20 bagi setiap 21 saat berikutnya.

Teksi lapangan terbang ikut zon lapangan terbang utama.

Uber
Uber X
Base fare = RM1.00
RM0.25 per minute.
RM0.50 per kilometer.

Uber XL
Base fare = RM2.50
RM0.40 per minute.
RM0.75 per kilometre.

Uber Black
Base fare = RM3.00
RM0.50 per minute.
RM1.40 per kilometer.

Jom buat kiraan tambang jarak destinasi 10 km dalam masa 21 minit tanpa sebarang caj tambahan.

Teksi Bajet
(RM3/km dan 3 minit pertama) + 9 km + 18 minit
= 3.00 + (1.25 x 9) + (1.25 x 6)
= 3.00 + 11.25 + 7.50
= RM21.75

Uber X
Base fare + 10 km + 21 minutes
= 1.00 + (0.50 x 10) + (0.25 x 21)
= 1.00 + 5.00 + 5.25
= RM11.25

Itu baru kiraan antara Teksi bajet dengan Uber X bagi kawasan Johor Bahru. Teksi bajet dengan Teks1m kat Penang lagi mahal. Kalau tak percaya nanti boleh tengok sendiri kat website SPAD. Harga tambang Uber pun mungkin tak sama mengikut tempat. Harga naik teksi tak guna meter lain lagi.

Caj tambahan

Teksi
Surcaj bagi Teksi Bajet, Teks1m dan Teksi Eksekutif.
  1. Tambah 50% untuk perjalanan 12 am hingga 6 am.
  2. Tambah RM2.00 bagi setiap tempahan melalui telefon.
  3. Tol ditanggung oleh pelanggan.
  4. Tambah RM7.00 bagi perjalanan ke Airport Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang.
  5. Tambah RM12.00 bagi perjalanan ke Airport Sultan Ismail, Senai Johor.

Uber
  1. Cancel tempahan RM5.00
  2. Tol dibayar oleh pelanggan.
  3. Tempat parking berbayar ditanggung oleh pelanggan.
  4. Surge price iaitu bayaran lebih tinggi jika permintaan penumpang lebih tinggi berbanding pemandu yang berada di kawasan tersebut. Contoh : Surge price 2x bermakna tambang biasa RM10 akan menjadi RM20.

Syarat-syarat
Teksi

  • Warganegara Malaysia.
  • Tiada rekod jenayah.
  • Daftar lesen SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).
  • Memiliki lesen PSV (Public Service Vehicle).
  • Berpakaian kemeja putih dan berseluar panjang hitam.
Untuk mengetahui syarat-syarat pemandu teksi dengan lebih teliti, boleh baca syarat-syarat kelayakan permohonan dan syarat-syarat lesen teksi (31 mukasurat).


Uber

  • Usia 21 tahun ke atas.
  • Tiada rekod jenayah.
  • Lesen memandu penuh (lesen P ditolak).
  • Mempunyai kenderaan 4 pintu. (Kereta 2 pintu kena reject).
  • Kenderaan berusia kurang dari 7 tahun.
  • Well spoken english language.
Syarat-syarat dan langkah-langkah selanjutnya boleh baca di sini.


Kawasan operasi
Teksi
Seluruh Malaysia.

Uber
Buat masa ini perkhidmatan Uber beroperasi di :
  • Johor Bahru, Johor.
  • Kuala Lumpur.
  • Kuantan, Pahang.
  • Ipoh, Perak.
  • Pulau Pinang.
  • Kota Kinabalu, Sabah.
  • Kuching, Sarawak.
Berkemungkinan besar Uber akan beroperasi di seluruh Malaysia dalam masa terdekat.

Cara dapatkan perkhidmatan
Teksi
  • Tunggu teksi lalu depan bus stop.
  • Ada pondok atau tempat khas untuk teksi kat hypermarket.
  • Teksi pun ada yang tunggu kat airport.
  • Teksi kat stesen bas pun ada.
  • Telefon radio teksi.
  • Direct call driver teksi kalau ada nombornya.
Mungkin ada cara-cara lain lagi untuk dapatkan perkhidmatan teksi..

Uber
Gunakan app Uber dan tunggu je dia datang amik kita.


Kesimpulan
Perkhidmatan Uber lagi murah dari teksi. Walaupun pihak teksi sediakan segala perlindungan dari segi insurans dan sebagainya, penumpang cuma nak keselesaan dan tambang murah je.  Itu sebablah makin ramai orang naik Uber sebab murah.

Buat masa ni, susah sikit nak naik Uber waktu 12 tengah malam ke atas. Dari segi masa tengah malam sampai 6 pagi memang teksilah monopoli. Ini kelebihan teksi yang dah lama beroperasi kat Malaysia. Kalau kat Malaysia makin ramai orang drive Uber waktu 12 am sampai 6 am.. Sendiri mau ingatlah permintaannya macam mana nanti.

Pengalaman saya pernah naik teksi tahun 2015 dari Senai Airport. Kena cas RM45 untuk saya berdua dengan orang rumah. Bayar kat kaunter khas untuk dapatkan teksi. Tunggu punya tunggu sekali teksi sampai berkongsi pulak dengan orang lain. Pasangan suami isteri macam kitorang jugak.

Wah, ini macam banyak untunglah ini teksi. RM45 kali dua sudah RM90! Tapi takpelah, benda dah lepas...

Uber dah beroperasi masa tu tapi saya tetap pilih teksi sebab saya skeptikal dengan Uber masa tu. Dengan isu kecoh driver teksi hentam kereta Uber kat airport lagilah buat saya tak nak naik Uber. Sekarang, mungkin saya pilih Uber pulak pergi/balik dari airport.

Kalau driver Uber bermasalah, kita bagi dia satu bintang je...kalau servis mantap, kita bagi 5 bintang! Kalau driver teksi bermasalah? Call SPAD 1800-88-7723.

Pemandu teksi dengan pemandu Uber pun pernah melalui masalah tersendiri sepanjang bekerja. Pemandu teksi bermasalah dengan Puspakom masa inspection. Duit sewa lagi kena bayar walaupun tak dapat cari penumpang. Kesian pemandu teksi.

Pemandu Uber pun apa kurangnya. Datang dari jauh, sekali rider minta hantar dekat bayar RM2 atau RM3 je. Sejak boleh bayar secara tunai, ada pulak yang ambil kesempatan tak nak bayar lepas naik Uber.

Buat kerja apa sekali pun mesti ada masalah. Bersabarlah.. Mungkin ada hikmah di sebalik masalah tu.

Ok cukuplah setakat ni pasal Teksi vs Uber. Kalau ada info yang salah pasal teksi atau Uber, sila bagitau melalui komen.

P/s : Uber di Malaysia dah diambilalih oleh Grab.

4 comments:

  1. Salam, setakat ni sy dan suami dah 2x guna Uber sbb belum ade kereta sendiri...hihi pendapat sy, mmg Uber best sbb dia amek kita depan rumah, then boleh tau brape minit lagi diorang nak sampai..cuma yg suspennya bila nk tggu diorang sampai, tertanya2 camane bentuknya driver tersebut...muda ke tua, kalau tua okay sikit sebab slalu diorg bawak cermat sikit berbanding driver yg muda...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, terima kasih sudi share pengalaman naik uber. Saya dan isteri pun da try naik uber sekali. Alhamdulillah servis tip top siap amek depan rumah pastu murah lak tu. Insha Allah akan datang nak naik uber lagi.

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.