Monday, August 20, 2018

Mahligai Impian Katering mungkir janji?

Kalau client dah bayar duit, kenalah buat kerja ikut seperti yang ditawarkan atau dijanjikan. Kalau tak boleh buat, awal-awal bagitau tak boleh buat supaya tak menyusahkan orang lain.

Nombor plat lori SS 4166 X.
Kesian dekat tuan rumah majlis pernikahan di Kuantan, Pahang.

Apa dah jadi ni Mahligai Impian Katering?


Video tu saya ambil dari "Malaysia Viral". Dah tengok video tu? Kalau dah tengok jom baca statement dari pihak tuan majlis pulak.

Statement pihak client
Elakkan dari menggunakan perkhidmatan Mahligai Impian Katering Kuantan.

18.8.2018
Pihak katering mahligai impian Kuantan tidak menetapi syarat seperti yg dipersetuji dan apa yg telah kami bayar pada majlis pernikahan adik ipar saya.

1. Lauk pauk sampai lambat iaitu pada jam 12.30 tghari sedangkan majlis berlangsung pada jam 11.00 pg. Ada antara tetamu balik setelah mengetahui perkara tersebut.

2. Kami pihak tuan rumah terpaksa menurunkan semua lauk pauk dari lori kerana tiada seorang pun pekerja catering yang datang. Hanya pemandu lori sahaja yg datang menghantar lauk pauk tersebut. Sedang telah dipersetujui dlm perjanjian, pihak mahligai katering kuantan menghantar 9 org pekerjanya.
Kami pihak tuan rumah terpaksa serve segala lauk pauk dan hidangan kepada tetamu dan tetamu dpt menikmati hidangan lebih kurang pukul 1 tghari. Kami pihak tuan rumah terpaksa jadi "org penanggah".

3. Panggilan telefon berpuluh kali dibuat kpd pihak katering tetapi tidak berjawab dan watsap juga tidak berbalas.
Pagi td pihak katering membalas watsap dan hanya meminta maaf. Tiada seorang wakil pun dari pihak katering yg datang untuk berjumpa dgn pihak keluarga kami utk memberi penjelasan atau meminta maaf.

4. Pihak keluarga kami sangat kesal dgn apa yg terjadi dan ia telah menjatuhkan maruah seluruh keluarga kami. Laporan polis telah dibuat semalam dan tindakan susulan akan kami lakukan.

Statement pihak Mahligai Impian Pahang
Takde? Minta maaf dekat whatsapp je?

Info Syarikat Mahligai Impian Pahang
Alamat :
820, Lorong Mat Kilau 16,
Taman Jade,
25100 Kuantan, Pahang.

Telefon : 019-3045121

Kesimpulannya
Pihak Mahligai Impian kena jelaskan kalau perkara ni hanya rekaan semata-mata atau jika ada sebarang konflik dalam perjanjian dengan pihak tuan majlis. Seandainya memang betul perkara ni berlaku, pihak Mahligai Impian kena bayar ganti rugi pada pihak tuan majlis nikah. Mana boleh lepas tangan macam tu je?

Kalau nak dapatkan kepercayaan orang ramai, lebih baik Mahligai Impian Katering ganti rugi sekurang-kurangnya 50% kepada client. Benda dah viral ni. Kalau kena boikot nanti lingkup bisnes. McD kat Malaysia pun tak senang duduk bila ramai-ramai boikot inikan pula Mahligai Impian Pahang.

Kalau saya pemilik Mahligai Impian Pahang, saya ganti 100% kepada client sebagai tanda minta maaf. Saya siap nak belanja makan besar-besaran client sekeluarga termasuk keluarga belah besan atau menantu sekali. Mudah-mudahan lembutlah hati client, janganlah pengaruh orang lain suruh boikot Mahligai Impian Pahang. Client pun manusia biasa ada hati perut bukannya haiwan.

Itu kalau sayalah pemilik Mahligai Impian Pahang. Saya tak sanggup bisnes saya kena boikot. Anda pula bagaimana? Ada cadangan yang lebih baik? Apa pendapat anda pasal isu kali ni?

Sumber
Mahligai Impian Pahang

6 comments:

  1. memang teruk isu ni..
    kalau nak cari catering carilah yang berkaliber.. mahal sikit takpe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Catering yang berkaliber tu yang orang nak walaupun terpaksa bayar mahal sikit. Catering yang pura-pura berkaliber ni yang teruk.

      Delete
  2. Biasanya kita nak support business org melayu. Kalau jadi macam ni..susahlah.
    Duit boleh diganti, tapi part reputasi tuan rumah, macam mana pulak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju pasal part reputasi tuan rumah. Duit boleh diganti tapi sampai sekarang Mahligai Impian Catering Kuantan tak bayar ganti rugi pada tuan rumah.

      Delete
  3. saya bersimpati kepada klient dam faham bagaimana situasi tersebut..

    saya juga risau kepada pihak yang terbabit jika tiada penjelasan ke atas isu terbabit..

    nama dan reputasi terjejas teruk isu seperti ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan Tuan Hanafi. Pihak satu lagi mesti buat sesuatu untuk jaga nama dan reputasi bisnes.

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.