Tuesday, August 7, 2018

Pelan Internet Prepaid Bawah RM40 Sebulan untuk Peniaga Kecil-kecilan (Updated)

Walaupun ada pilihan untuk langgan internet broadband tapi penggunaan data internet prepaid masih diperlukan. Mana tahu kat tepi jalan berniaga tapi nak guna internet sementara customer belum ada? Kalau tempat ada wifi tapi tak tahu password tapi nak guna internet pun masih terpaksa langgan pelan internet prepaid jugak. Berapa banyak tapi da..

Pelan internet prepaid mana terbaik?

Jom kita buat comparison now.

Xpax


Celcom tawarkan 5GB base data untuk sebulan. Extra 10GB tu untuk 3 hari pertama sahaja. 50% lebih internet pulak maknanya tambah 2.5GB kepada 5GB base dapatlah 7.5GB sebulan. 50% extra tu khas untuk Xpax Youth maknanya untuk pengguna xpax 25 tahun ke bawah je.

Dail *118*2*6# untuk melanggan pakej ini.

Pro
  1. Unlimited youtube 1am to 7am.
  2. Bagus untuk peniaga perkenalkan produk/servis di Youtube 1am to 7am.
  3. Unlimited music walla.
  4. iflix vip access (kena daftar dulu kat iflix).
  5. 50% extra base internet untuk user 25 tahun ke bawah dapatlah 7.5GB sebulan (5GB + 2.5GB = 7.5GB).
  6. Balance base data yang tak habis boleh bawa ke bulan depan. (Auto renew)

Cons
  1. Extra 10GB untuk kegunaan 3 hari je, masuk hari keempat sampai ketiga puluh guna base data 5 GB je.
  2. User umur lebih 25 tahun tak dapat extra 50% internet base data. (5GB je sebulan)
  3. No more unlimited untuk kegunaan selain youtube malam-malam buta.
  4. Tawaran internet kurang menarik berbanding telco lain sedangkan dah 30 tahun bertapak di Malaysia.



Digi





Digi menawarkan 3 pakej bawah RM40 sebulan. Pakej Big bonus ada yang RM30 dan RM38. Pakej Super Tererrr lak RM38. Dari 1 Ogos hingga 30 September 2018, Digi buat promosi langgan pakej big bonus RM38 ke atas dapat unlimited internet dari 12am to 12pm.

Dail *116*1# untuk langgan Big Bonus 30.
Dail *116*1# untuk langgan Big Bonus 38 (aik sama lak macam nak langgan Big Bonus 30?).
Dail *116*2# untuk langgan Super Tererrr 38.

Pro
  1. Ada 3 pilihan pelan internet bawah RM40 dengan kelebihan masing-masing.
  2. Pengguna internet yang ringan boleh pilih big bonus 30 je (5GB sebulan).
  3. Big bonus 30 ada free quota 1GB dari 1pm to 7pm.
  4. Pengguna internet yang sederhana boleh pilih big bonus 38 (7GB sebulan).
  5. Big bonus 38 ada free quota 2GB dari 1pm to 7pm.
  6. Promosi hingga 30 September big bonus 38 dapat unlimited internet 12am to 12 pm.
  7. Pengguna yang banyak member guna nombor Digi boleh pilih Super Tererrr 38 untuk dapatkan free call Digi to Digi (Quota 5GB sebulan).
  8. Super Tererrr 38 ada unlimited internet 12am to 12pm.
  9. Bagus untuk peniaga guna kesempatan promote produk/servis pada 1pm to 7pm (Big bonus 30/38) atau 12am to 12pm (Super Tererrr 38).

Cons
  1. Kalau tak sempat habiskan free quota 1pm to 7pm dalam pakej Big Bonus 30 atau 38, kira burn macam tu jelah tak boleh bawak ke hari berikutnya.
  2. Habis promosi habislah unlimited internet 12am to 12pm untuk Big Bonus 38.
  3. Kalau nak beli pelan Big Bonus 38 atau Super Tererrr 38 terpaksa top up RM50 atau RM30 dan RM10 sebab takde topup tepat-tepat RM38.
  4. Kalau hotspot tethering nanti quota asal kena potong walaupun ada free quota pada 1pm to 7pm untuk Big Bonus 30/38 atau unlimited data pada 12am to 12pm untuk Super Tererrr 38.


Hotlink


Hotlink menawarkan 6GB sebulan pada harga RM35. Boleh pilih nak free chat atau free social. Free chat maknanya unlimited data untuk Whatsapp, Wechat, Line, IMO dan QQ. Free social lak unlimited data untuk Facebook, Instagram, Snapchat, Twitter dan Pinterest.

Dail *100# atau donload Red app untuk dapatkan pelan internet hotlink.

Pro
  1. Boleh pilih nak Free Chat atau Free Social.
  2. Bagus untuk peniaga yang aktif promote produk/servis atau berhubung dengan customer guna Whatsapp.
  3. Bagus untuk peniaga yang nak promote produk/servis di Facebook dan Instagram.


Cons
  1. Nak dapat Free Chat atau Free Social mesti download Red app dulu.
  2. Kalau pilih nak free data guna Facebook tak dapat free data untuk Whatsapp dan begitulah sebaliknya.
  3. Nak beli pakej Hotlink RM35 terpaksa beli topup RM30 dan 10 sebab takde jual topup tepat-tepat RM35. Topup RM5 lak bukan semua kedai ada tu yang terpaksa jugak top up RM10.


Umobile




Umobile ada dua pilihan bawah RM40 je asalnya iaitu UMI 30 dan UMI 36. UMI 26 saya tak masukkan sebab quota dia sikit sangat 2.5GB je sebulan. UMI 30 tu sebenarnya 7.5GB quota asal campur 2.5GB quota video. Kira 2.5GB untuk tengok youtube, daily motion, video kat Facebook dan ada lagi 22 video online provider yang lain. Youtube unlimited streaming dari 2am to 10am untuk pakej UMI 30 dan UMI 36.

Sekarang Umobile ada promosi gila-gila. GX30 boleh dapat unlimited internet data pada harga RM30. Memang wow gitu.

Dail *118# untuk pilih nak pelan internet Umobile.

Pro
  1. Pelan UMI 30 dapat free call to same network.
  2. Pelan UMI 30 bagi free call 30 minit to other networks.
  3. Pelan UMI 36 ada free Whatsapp bagus untuk peniaga aktif promote produk/servis di group-group Whatsapp.
  4. Pelan UMI 36 ada free Waze bagus untuk peniaga cari alamat kalau nak COD.
  5. Pakej GX30 dah kalahkan pakej internet dari telco-telco sedia ada di Malaysia (Baik untuk peniaga dan pelanggan guna internet sepuas-puasnya).
Cons
  1. Macam biasa kalau nak langgan UMI 36 tak boleh beli top up tepat-tepat RM36.
  2. Habis promosi nanti takdelah unlimited data internet GX30.
  3. GX30 bagi 3GB je kalau nak hotspot tethering.

Update 24/6/2020
Celcom
Pada harga RM35, anda dapat guna unlimited data internet dan unlimited call to all networks selama 30 hari. Free 3GB hotspot.

Walaupun kelajuan sehingga 3Mbps sahaja tapi unlimited quota.

Hotlink
Pada harga RM35, anda boleh guna unlimited internet dan unlimited call to all networks selama 30 hari.

Kelajuannya hanya cecah 3Mbps tapi unlimited quota.

Digi

Ada dua pelan bawah RM40 dari Digi.

Pelan pertama ialah Bigbonus RM28 dapat internet data high speed 4GB dan setiap hari dapat 1GB dari 1pm to 7pm. Tambah lagi unlimited call to all networks selama 30 hari.

Pelan kedua ialah Internet Cili Padi RM35 dapat high speed internet 6GB dan unlimited guna Youtube, Facebook, Twitter dan Instagram selama 30 hari. 3GB tu internet promo maknanya sampai masa nanti takde lagi extra 3GB tu.

Saya cadangkan baik pilih pelan Bigbonus RM28 je. Lagi murah, lagi jimat siap dapat unlimited call.

Umobile
Pelan GX38 berharga RM35 tu promosi sementara je. Harga asal RM38.

Unlimited data dan unlimited call to all networks selama 30 hari. Kelajuan internet sehingga 6Mbps dan 6GB hotspot.

Dari segi harga, kelajuan dan hotspot memang Umobile terbaik. Dari segi coverage, masih tak boleh kalahkan Celcom, Maxis atau Digi.

Anda boleh pilih pelan ni kalau tempat anda ada coverage Umobile yang mantap. Kalau coverage takde langsung atau hidup segan mati tak mahu di tempat anda, lebih baik anda jangan pilih Umobile.

Kesimpulan
Saya perhatikan Umobile ni ada study and researh market telco di Malaysia. Di website Umobile ada buat comparison dari segi servis dengan telco-telco lain di Malaysia. Kalau nak berniaga ni bukan setakat harap pengalaman je tapi mesti bijak ambil peluang.

Kalau anda nak berniaga produk yang orang lain dah jual pun kena study and research. Insha Allah anda akan nampak peluang yang lebih baik dalam perniagaan.

Namun Umobile bukan pilihan utama di Malaysia sebab coverage tidak seluas Celcom, Maxis dan Digi.

P/s: Masih tercari-cari idea nak jual apa? Klik sini untuk dapatkan 86 idea perniagaan.


Sumber




8 comments:

  1. saya menggunakan data 1 GB sehari..

    sebulan perlukan 30 GB atau lebih..

    telco postpaid yang saya guna cuma ada 20GB dan 10 GB lagi saya terpaksa cover guna prepaid ..

    besar juga belanja untuk telco

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penggunaan 30 GB sehari tu mungkin dah boleh ambil prepaid umobile sebulan RM30 unlimited data. Kalau hotspot tethering limit 3 GB.

      Kalau Umobile postpaid ada pelan RM50 sebulan internet unlimited data dan free call all network. Hotspot tethering limit 10 GB.

      Terpulanglah tuan nak pilih yang mana satu.

      Delete
  2. Ada banyak pilihan di pasaran. Hanya perlu bijak memilih yang mana sesuai dengan keperluan.

    ReplyDelete
  3. Kalau Digi super tererr tu yg 12am-12pm tu mmg unlimited betul ke ? Sbb baru perasan plan ni ade , last subscribe tahun lepas dan masa tu tulis unlimited jugak, last2 ade quota.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Digi super terrer 12am-12pm tu unlimited kecuali hotspot dan P2P (contohnya download guna torrent). Hotspot tu tak kiralah sama ada guna untuk laptop atau handphone lain nanti kena potong quota asal.
      Kira guna kat handphone sendiri je la, jgn share dgn sesiapa baru unlimited.

      Delete
    2. Saya kurang faham dgn 12am-12pm . 12 am tu kira 12 pagi or tengahari?

      Delete
    3. Maknanya dari 12 tengah malam sampai 12 tengah hari. 12 am tu pagi atau bahasa kita tengah malam.

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.