Saturday, May 11, 2019

Jadilah Pembeli yang Berakhlak

Di bulan puasa ni kena banyak bersabar. Jangan jadikan bulan Ramadhan sama macam bulan-bulan yang lain. Always think positive.

Epok-epok
Apa yang saya nak share kali ni?
Sebagai penjual epok-epok saya tak suka orang pegang sebab sibuk nak tahu panas ke tak. Dari tahun lepas dah ada pelanggan jenis macam ni. Tahun ni pun ada jugak pelanggan sibuk nak sentuh atau pegang epok-epok tu panas ke tidak.

Paling dahsyat ada sorang makcik nak pegang siap pecahkan epok-epok tu nak tengok inti. Ini namanya biadab. Apa hal pulak ko nak pecahkan epok-epok tu sebelum beli?

Ko ingat aku jual epok-epok takde inti ke? Jangan disebabkan ko pernah terkena karipap angin dengan peniaga lain, epok-epok aku pulak ko sibuk nak pecahkan dulu sebelum beli. Biadap betullah!

Kalau ia pun curiga epok-epok aku jual tu inti sikit sangat, beli je lah RM1 dapat tiga biji. Balik rumah time berbuka ko makanlah kalau nak tau inti dia banyak mana. Kalau tak puas hati dengan inti dalam epok-epok yang aku jual lain kali tak payah beli lagi, habis cerita!

Aku sabar je... Aku sabar je... Aku sabar je tak nak maki hamun makcik tu!

Saya tak nak pelanggan macam makcik tu lagi. Kepada semua pelanggan yang datang terus beli tanpa pegang atau pecahkan epok-epok, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak. Saya hargai setiap ringgit yang anda keluarkan untuk beli epok-epok saya.

Okay cukuplah luahan hati saya sebagai peniaga picisan di bazar Ramadhan. Saya kena banyak bersabar dan istighfar. Mungkin Allah nak berikan sesuatu yang lebih baik kepada saya nanti.

Insha Allah saya akan terus positifkan minda saya. Bukan positif macam Azizan guna title doktor palsu tu. Saya positif bisnes saya semakin berkembang, pelanggan-pelanggan saya semuanya baik-baik belaka dan hasil untung perniagaan saya semakin meningkat setiap hari.

Jangan lupa akhirat itu lebih baik dari dunia.

Sekian.

2 comments:

  1. Kalau terkena dgn peniaga cepat naik angin awal2 lg makcik tu kena hambur dgn kata2 kesat..apa2pun tahniah sy ucapkn pada admin sbb mampu kawal rasa marah time2 buln puasa ni..:)

    ReplyDelete