Tuesday, May 14, 2019

Jual Ketum di Bulan Puasa

Ada satu orang lelaki umur 32 tahun nak try jual air ketum masa orang lain sibuk jual juadah berbuka puasa. Lokasi dia tepi jalan Taman Serai Wangi, Padang Serai kat Kulim. Tu dia tu dia tu dia...
99 bungkus air ketum.
Sebungkuih RM6 ka RM8 dia juai.
Apa jadi masa dia tengah jual air ketum? Kena tahan polis masa buat rondaan kat kawasan tu. Tak pasal-pasal orang tu kena tahan polis pukul 5 petang.

Lelaki yang ditahan polis tu pernah ada kes jenayah dan kes dadah sebelum ni. Daun ketum ni termasuk dalam Akta Racun 1952. Maknanya kat Malaysia ni orang tak boleh suka-suka nak tanam atau nak jual daun ketum ni.

So daun ketum ni sebenarnya baik ke buruk? Ada khasiat atau mudarat semata-mata?

Kalau nak tahu, orang-orang dulu minum air ketum ni untuk hilangkan penat. Untuk berubat pun guna daun ketum jugak. Ini cerita orang-orang tua kat kampunglah.
Daun ketum yang dibuat eksperimen oleh FRIM.
Menurut Ketua Pengarah FRIM (Forest Research Institute Malaysia) Datuk Dr. Abdul Latif Mohmod, ketum digunakan untuk rawatan kencing manis dan menghilangkan penat untuk orang yang buat kerja berat. Kalau ketum digunakan pada dos yang rendah, ia baik untuk melawan rasa penat. Kalau ketum digunakan pada dos yang tinggi, boleh jadi khayal dan ketagih.

Ada kebaikan rupanya daun ketum ni. Masalahnya kalau orang awam salah guna daun ketum ni.

Tepuk dada tanya iman.

Apa pendapat anda pasal ketum?

Sumber

2 comments:

  1. Selambe badak je jual air ketum tepi jalan..kan dah kena cekup..

    ReplyDelete